Khamis, 24 Ogos 2017

Buka Akaun Baru ASNB dan Cara Mudah Daftar Online My ASNB

Cara Mudah Daftar Online My ASNB dan Buka Akaun Baru| Dua hari lepas, Selasa, time waktu rehat Mimi singgah pergi cawangan ASNB Seremban. Nak kemaskini selepas 6 tahun mengabaikan akaun ASNB. Nak check aktif lagi ke tak. Lepas tu, kalau aktif nak daftar online terus dan buka buku simpanan anak anak. So, nak tahu lebih lanjut cara mudah daftar online My ASNB dan buka akaun baru korang baca sampai habis okey.

BUKA AKAUN BARU ASNB DAN CARA MUDAH DAFTAR ONLINE MY ASNB 


Borang Buka Akaun ASNB Baru


Sampai di cawangan ASNB, Mimi terus pergi ke kaunter beritahu nak check baki. Staff yang bertugas minta ic dan dia semak baki yang ada. Kemudian, Mimi beritahu nak daftar online dan buka akaun baru untuk anak anak. Untuk buka akaun baru, Mimi kena isi borang yang diberi. Perlu diingatkan, pastikan masa nak buka akaun baru untuk anak anak, bawa MyKid diorang ya. 

Dah selesai isi semua maklumat yang diperlukan, Mimi ambil nombor dan tunggu turn. Sampai turn, Mimi ke kaunter serahkan semua borang yang ada dan MyKid anak anak. Jumlah minimum untuk buka akaun baru ialah RM10.00 ya. Untuk simpan duit dan keluar duit masih lagi boleh dilakukan di Pejabat Pos. Cuma untuk kemaskini kena pergi Cawangan ASNB yang terdekat ya. 

Untuk maklumat korang juga sekarang ni kalau buka akaun baru dah tak ada buku. Kita akan diberi Salinan Borang Pelaburan yang warna kuning tu. Pada borang tu nanti ada nombor akaun yang tertera. Hah sebelum terlupa, nombor akaun ASNB dulu ada 9 angka saja kan. Sekarang ni ada 12 angka ya. Okey selesai dah buka akaun baru untuk anak anak, urusan daftar online ASNB Mimi pula. Kena bagi kad pengenalan untuk pengesahan ibu jari. Nanti pihak ASNB akan update akaun kita, daftarkan nombor telefon dan alamat. Sekejap saja buat tak sampai 5 minit pun.

Nanti kita akan diberi dua kertas yang di print tertera maklumat kita dan kena tandatangan pada kedua dua kertas tu. Dah selesai semua, kita akan diajar cara daftar online.

Cara nak daftar online mudah saja korang. Selepas dah daftar nombor telefon korang buat langkah seterusnya.

1. Layari myASNB Portal - www.myasnb.com.my.
2. Klik "Daftar di sini"
3. Lengkapkan maklumat peribadi korang tau dan pastikan tepat maklumat tu tepat.
4. Selesai dan pastikan salin kata laluan sementara untuk Log Masuk Kali Pertama nanti.

Pastikan semasa tukar kata laluan (password) nanti ada sekurang kurangnya satu aksara huruf besar, nombor dan simbol. Contoh : Abcdef00@

Mudah saja kan. Bila dah selesai daftar, korang boleh lah semak baki akaun, tambah pelaburan dan dapatkan penyata tahunan korang. Semuanya jadi mudah. Hanya di hujung jari saja. Jangan lupa daftar tau!

6 ulasan:

  1. Mudah bila semua boleh buat melalui online ni :)

    BalasPadam
  2. Nak buat jugalah.. lama dah x update buku asb.setahun sekali je buat huhuu

    BalasPadam
  3. senang lepas ni, check online je kan

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  4. Menarik..akak nak cuba juga la...buat online lagi senang...

    BalasPadam
  5. Tahniah dah buka. Wahhh, mudah je. Ena dlu, parents yang buat kan

    BalasPadam
  6. ala.. haritu org bank xde ckp psl sistem oline.. kalo x, boleh daftar online jugak.. huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.