Rabu, 30 Ogos 2017

Baju Kurung Dhia Cotton Sangat Selesa Dipakai

Baju Kurung Dhia Cotton Sangat Selesa Dipakai | Bila time free tak ada apa nak buat kat rumah memang Mimi duk layan facebook dan instagram sajalah. Bila duk skrol instagram ternampak post daripada seorang blogger yang jual baju kurung cotton. Mimi memang sekarang ni nak kumpul baju kurung banyak banyak. Senang nak pakai pergi berjalan atau kerja. Memandangkan jubah pun dah banyak, Mimi try beli baju kurung pula. So, untuk pertama kalinya Mimi beli Baju Kurung Dhia Cotton secara online.

BAJU KURUNG DHIA COTTON


Baju Kurung Dhia Cotton


Masa mula mula nak beli tu risau juga takut kualiti kain tak seperti yang diharapkan. Tapi selepas baca feedback blogger yang jual baju kurung ni, keyakinan tu meningkat sikit lah. So, tak fikir banyak terus whatsapp tanya stok dan buat payment terus. 

Servis memang cepat tau korang. Mimi bayar malam hari Rabu, Jumaat dah sampai. Masa mula mula buka parcel tu, tengok baju dah jatuh hati tau. Bukan saja cantik tapi material kainnya lembut tau. Tak keras macam sesetengah kain cotton. Tu first impression Mimi tau. Terdetik dalam hati memang tak menyesal beli.

Ahad baru ni Mimi pakai baju kurung Dhia ni nak pergi kenduri kahwin. Tapi sebelum pergi kenduri kahwin sempat lagi singgah IKEA Damansara dulu. Masa nak gosok baju kurung ni sangat senang tau korang. Sekali gosok saja kesan lipat dan kedutan pada baju dan kain dah tak ada. Kerja menggosok jadi mudah dan cepat tau. Jimat masa. Peluh pun tak sempat nak keluar.

Sempat posing mengayakan baju kurung Dhia cotton

Bila dah pakai baju kurung Dhia cotton, memang selesa sangat sangat. Material kainnya yang sejuk dan tak panas. Jahitan pada baju kurung juga kemas tau. Bayangkan dari pagi sampai petang pakai baju kurung tu, langsung tak rasa rimas ke apa. Ada sesetengah baju kalau kita pakai lama mesti nak tukar kan tapi baju kurung Dhia ni tak perlu pun. 

Potongan baju kurung Dhia cotton ni ialah potongan baju kurung moden yang longgar. Kain pula jenis lipat depan. So, tak perlu risau baju kurung ni ketat ke apa sebab potongan yang dibuat memang longgar. Baju kurung yang Mimi pakai ni bersaiz L. Memang bila pakai cantik terletak saja pada badan.

Baju kurung Dhia cotton ni sesuai di pakai ketika nak ke pejabat, kuliah atau kelas, kenduri atau ketika bersantai bersama keluarga. Boleh juga jadi pakaian rasmi atau kasual. Baju kurung memang sesuai nak pakai ke mana mana sahaja. Untuk sehelai baju kurung ni harganya RM65.00 sahaja tidak termasuk postage tau.

Kalau korang nak cuci mata nak tengok design lain baju kurung Dhia cotton boleh terjah instagram ni >> @mawarmadeenastyle <<

7 ulasan:

  1. Mimi pakai pun cantik terletak je baju ni

    BalasPadam
  2. baju kurung cotton memang best,sejuk dan tak panas...wahhh tq bagi link..boleh cuci mata lepas ni...

    BalasPadam
  3. Selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 60

    Assalamualaikum dan selamat pagi sis mimi

    amboi bukan main suka pakai baju cotton baru ya

    BalasPadam
  4. harga pun berpatutan...

    tak rugi membeli ..

    serius nie

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.