12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki

12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki | Sebagai umat Islam kita harus percaya bahawa rezeki kita ditentukan oleh Allah SWT. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk bukan terhad pada rezeki dari segi kewangan atau harta. Anak, pekerjaan, kesihatan juga dikategorikan sebagai rezeki. Jadi, apakah 12 amalan pembuka pintu rezeki perlu kita amalkan.

12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki


12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki
Sumber : Facebook

Dari kita mula belajar dan mengenal wajibnya solat, kita ditekankan solat di awal waktu adalah lebih afdhal. Melainkan ada sebab sebab tertentu kita diberi kelonggaran solat lewat sedikit sekiranya kita tidak sengaja kerana terlalu sibuk dengan kerja atau tertidur. Namun, itu bukan tiket untuk kita sengaja melewatkan waktu solat ya. Bila teringat yang masih belum tunaikan solat, cepat cepatlah solat. Nak rezeki melimpah ruah, jaga solat. Selalukan kita dengar pesanan ni.

Seterusnya, sebagai anak jangan sesekali kita buat ibu bapa kita rasa marah dan terkilan. Jangan bagi mereka berkecil hati dengan sikap dan perbuatan kita. Selagi kita tidak minta maaf atas kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan, maaf cakap memang tiada ketenangan dalam hidup kita. Pasti akan datang masalah bertimpa timpa.

Nak pintu rezeki kita terbuka luas? Ringan ringan kan tulang korang bantu orang lain yang memerlukan pertolongan. Jangan berkira kira untuk membantu atau mengharapkan balasan atau ganjaran. Ikhlas membantu, pahala kita dapat in shaa Allah ganjaran diberi olehNya pasti lebih nikmat.

Percaya dengan kuasa bersedekah? Jadi, jangan kedekut untuk bersedekah walaupun sepuluh sen. In shaa Allah, bila kita bersedekah, kita menggembirakan orang lain secara tidak langsung kita juga akan rasa gembira. Mimi memang terapkan amalan bersedekah pada anak anak sejak mereka kecil.

12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki

Rajin buang sampah atau halangan di jalan raya. Kita permudahkan urusan orang lain, pasti urusan kita akan dipermudahkan. 

Setiap kali lepas solat amalkan baca surah Al-Waqiah. Mimi biasanya amalkan setiap kali selepas solat maghrib. Sepanjang amalkan bacaan al-Waqiah memang nampak hikmah disebalik amalan ni. Korang cubalah amalkan, in shaa Allah pasti korang juga rasa apa yang Mimi alami.

Amalan lain yang boleh diamalkan ialah selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 1000 kali. Mimi amalkan juga tapi tak pernah sampai 1000 kali pun. In shaa Allah lain kali akan cuba selawat sebanyak 1000 kali. Jika kita ada sesuatu ilmu yang berguna yang mana mungkin orang lain tidak tahu apa salahnya kita berkongsi ilmu dan sampaikan dengan jelas. Ini juga merupakan amalan pembuka pintu rezeki.

Selain daripada itu, elakkan daripada mengungkit pemberian kita pada seseorang. Bergaduh macam mana sekali pun jangan biasakan diri mengungkit pemberian kita. Ini menunjukkan seolah olah kita tidak ikhlas dalam memberi. 

Sebagai hambaNya, sentiasa niatkan dalam hati kita mencari rezeki kerana Allah SWT. Lillahi Taala.  Kerana setiap rezeki yang kita terima itu datangnya dari Allah. Jangan lupa juga amalkan puasa sunat. Bukan sahaja amalkan puasa wajib di bulan Ramadhan, kita juga boleh amalkan puasa sunat sebagai contoh puasa Isnin dan Khamis. Jadikan ia amalan sebagai satu usaha kita agar pintu rezeki buat kita sentiasa terbuka.

Akhir sekali, amalkan beristighfar sebanyak 1000 kali. Apa kita lakukan, apa kita hadapi beristighfar lah. Banyak hikmah yang kita boleh perolehi dengan amalkan istighfar ni. Sebenarnya banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan sebagai pembuka pintu rezeki. Ini antara amalan yang wajib dan harus dilakukan. Yang penting solat di awal waktu tau.

Post a Comment

5 Comments

  1. Insha Allah Mimi. Tq ye for sharing. Boleh mama tambah ilmu

    ReplyDelete
  2. Luah rezeki yang Allah beri. Percaya rezeki itu datang dari pelbagai rupa.
    TQ mimi sharing info yang berguna ni.

    ReplyDelete
  3. Bagus info ni kak. Boleh print poster 12 amalan rezeki tu and tampal di dinding sebagai peringatan kepada kita agar tidak lupa semua amalan itu. :)

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah akan di amalkan... Semoga awak dimurahkan rezeki...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/19/ovarian-cyst-ketika-mengandung/

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat !
    Solat tuh pembawa rezeki..walau apa pon melanda...saat sedih, atau happy gila....tetap kena jaga solat...

    Kita ni hambaNYA, selalu berharap padaNYA....kan :)

    Semoga kita semua dimurahkan rezeki yang diberkatiNYA...AMIN

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com