Trauma Masih Ada - Terlibat Kemalangan di Kawasan Perumahan

Trauma Masih Ada | Lebih kurang dua bulan yang lepas, 19 Mei 2017 Mimi terlibat kemalangan di kawasan perumahan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Walaupun kemalangan tu telah pun berlalu tapi trauma masih ada. Kesan dari kemalangan tu, Mimi akui masih trauma dan keyakinan menurun sedikit bila berada di jalan raya.

Imbas semula kemalangan yang berlaku dua bulan lalu, tiada siapa yang sangka akan berlaku. Ikutkan pada hari kejadian, Mimi tak balik rumah pun. Lepas jemput Aina dari sekolah, Mimi bawa Aina pergi office. Cadangnya nak tidur sementara tunggu Zohor. Tapi tak jadi sebab suami call suruh hantar Aina dan Auni balik rumah. Sebab lepas Solat Jumaat dia balik rumah. Baru saja baring baring dah kena bangun semula hantar anak anak. Ketika itu, memang Mimi rasa berat hati sangat nak balik. Rasa malas semua ada tapi dah suami suruh hantar anak anak takkan kita nak bantah.

Dengan rasa malas, Mimi bangun dari pembaringan ajak Aina jemput Auni pula. Sebelum balik, Mimi sempat bagitahu officemate yang ada, Mimi balik dan sempat minta maaf kalau lambat masuk office. Motif minta maaf? Tak tahulah spontan tau.

Dipendekkan cerita, di rumah Mimi sempat tidur sekejap sebab terlalu mengantuk. Bangun tidur, siap siap dan solat. Lepas tu terus bersiap pergi kerja. Masa salam suami, Mimi duk tenung muka dia sambil dalam hati berharap dia hantar Mimi pergi kerja. Masa tu, memang rasa malas dan berat hati sangat nak drive. Tak tahulah kenapa. Tapi tetap juga start enjin kereta dan gerak pergi kerja.

Drive macam biasa. Mimi di lane sebelah kanan. Sampai saja berhampiran simpang perumahan di sebelah kiri Mimi, tiba tiba satu motor yang ditunggang seorang lelaki meluru keluar terus langgar sebelah kiri bumper kereta. Mimi time tu hanya mampu sebut Allah sambil control kereta yang tidak stabil. Kereta dapat dihentikan lebih kurang 10 meter dari tempat kejadian.


Dalam keadaan menggigil, sempat call suami bagitahu Mimi kemalangan sambil berjalan ke arah penunggang motor yang terbaring di tepi jalan. Dari jauh Mimi nampak kawan penunggang motor tu cuba angkat dia, tapi Mimi jerit jangan angkat takut ada kecederaan dalaman. Rupanya penunggang motor tu, budak sekolah menengah. Nak pergi kelas tambahan di sekolah yang berhampiran dengan tempat kejadian. Sempat tau Mimi marah budak tu sebab dia meluru keluar tak tengok kiri kanan. Mimi risau tengok keadaan budak tu sebab dia tak pakai helmet. Risau jadi apa apa walaupun hakikatnya bukan salah Mimi.

Kemudian, makin lama makin ramai yang datang. Ada yang datang membantu dan tak kurang juga sekadar melihat saja. Dalam keadaan menggigil, Mimi call 999 untuk dapatkan bantuan ambulans. Sambil tu, Mimi minta bantuan kawan kawan budak tu pergi ke rumah dia maklumkan kepada family dia mengenai kemalangan tersebut. Sementara tunggu ambulans, suami Mimi datang dengan jiran. Kemudian kereta peronda polis tiba.

Sempat Mimi berkenalan dengan abang dan pakcik budak tu. Menurut pakciknya, anak saudaranya baru belajar tunggang motor dan pertama kali tunggang motor ke sekolah. Masa dengar speechless dibuatnya. First time? Aduh, mengundang masalah sungguhlah. Dahlah baru belajar first time tunggang motor pergi sekolah, lepas tu tak ada lesen plus tak pakai helmet. Tepuk dahi!

Ambulans sampai beberapa minit kemudian, bawa budak tu terus ke hospital. Polis pun dah ambil statement Mimi dan minta ke balai buat laporan. Suami pun dah bincang dengan pakcik dan abang budak tu, nanti hal kereta pandailah mereka settle. Suami bawa Mimi naik motor pergi balai buat laporan. Lepas tu, hantar Mimi balik rumah untuk bersiap siap balik kampung di Sg Rambai nak ambil kereta pak mertua. Baby di rumah pengasuh dan barang Mimi di pejabat suami uruskan.

Alhamdulillah, segala urusan Mimi di permudahkan. Selama 7 tahun Mimi ada lesen kereta, ini kali kedua Mimi terlibat dengan kemalangan dan yang paling teruk. Kesan dari kemalangan inilah Mimi masih trauma lagi. Setiap kali drive, bila dari jauh nampak kereta atau motor dari simpang jalan, automatik Mimi akan tekan brek kereta sebab terasa seolah olah kereta atau motor tersebut nak meluru keluar dan langgar kereta Mimi. Sedangkan benda tu tak jadi pun. Tapi itu apa yang Mimi alami. Ya, trauma masih ada hingga ke hari ni. Doa Mimi supaya suatu hari nanti, Mimi akan pulih dari trauma ni. 

Post a Comment

8 Comments

  1. Allahu. Kesian Mimi trauma sampai macam tu skali. Walaupun bukan Mimi yang salah kan. Semoga dipermudahkan Mimi drive hari2 & dikuatkan hati utk lupakan trauma ini. Amiiinnn

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan semuanya....

    ReplyDelete
  3. Alahai..moga dipermudahkan buat mimi..memang pon takot weh bila pas accident. saya pon ada juga orang langgar ada, kita langgar orang pun ada huhu..Alhamdulillah semua minor accident.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah syukur lah tak ada apa yg serius baik kepada mimi mahupun budak tu.. Malang sungguh tak berbau kan.. moga kita dalam lindungan Allah selalu..amin...

    ReplyDelete
  5. Lupa pulak nak letak tadi..template/theme blog ini cantik! :)

    ReplyDelete
  6. aduhla.... lama jgn traumanya ye mimi....

    akak, aritu awal bln kene langgar kejap je rasanya trauma, tp tak tau la sbb lps dr masa kemalangan tu akak tak drvie kete... tak tau la klu kete dh siap nnti akak lak trauma mcm mimi...

    kadang bila kita dh abis berhati2, org pulak yg langgar kita, nasib kn

    ReplyDelete
  7. Munir Mimi xde apa2 ngeri juga terlibat sign kemalangan. Mama yg pernah hampir kemalangan pun jd trauma

    ReplyDelete
  8. kemalangan bukan kita pinta..

    apa nyang telah berlaku itu jadikan satu pedoman dan pengajaran pada masa yang datang..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com