Isnin, 31 Julai 2017

Kenapa Anak Luar Nikah Tidak Boleh di Bin atau Binti dengan Nama Bapanya

Anak Luar Nikah Tidak Boleh di Bin atau Binti dengan Nama Bapanya | Baru baru ini Mahkamah Rayuan membenarkan anak luar nikah di bin atau binti dengan nama bapanya. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan ini seolah olah menggalakkan zina berlaku secara berleluasa. Apa yang Mimi tahu anak luar nikah tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya sekiranya tiada akad nikah berlaku dalam tempoh melebihi enam bulan.

Kenapa Anak Luar Nikah Tidak Boleh di Bin atau Binti dengan Nama Bapanya

Semasa Mimi belajar dulu, anak luar nikah hendaklah di bin atau binti dengan nama Abdullah. Ini bertujuan untuk menjaga keturunan dan nasab seseorang itu. Anak luar nikah tidak boleh dinasabkan seperti anak yang lahir dari pernikahan yang sah. Contoh pergaulan anak luar nikah perempuan dengan bapanya sama seperti pergaulan anatara anak tiri dan bapa tirinya. Walaupun dari segi biologinya anak luar nikah itu mempunyai pertalian darah dengan si bapa, ia tetap tidak boleh diwalikan bapanya. Sekiranya berlaku, pernikahan tersebut tidak sah dan berlakulah penzinaan sepanjang hayat. Nauzubillah min zalik.

Walaubagaimanpun, seperti yang Mimi katakan sebelum ini anak luar nikah itu boleh di bin atau binti dengan nama bapanya sekiranya berlakunya pernikahan dalam tempoh lebih dari enam bulan. Sekiranya tempoh pernikahan tidak melebihi enam bulan hendaklah di bin atau binti kan dengan nama Abdullah. Bukanlah nak kata Mimi arif tentang hukum hakam atau ilmu agama ni tapi apa yang Mimi ingat dan share dengan semua hasil dari apa yang Mimi belajar di sekolah dahulu. Kiranya ini benda basic yang perlu semua pelajar tahu dan wajib ambil tahu.

Keputusan yang telah dibuat Mahkamah Rayuan dilihat seolah olah cuba mencabar hukum hakam yang telah ditetapkan. Sepatutnya sebelum keputusan dibuat, pihak mahkamah seharusnya mengkaji dari pelbagai sudut agama tentang kesan dan akibat yang bakal berlaku sekiranya sesuatu keputusan itu dibuat. Islam agama yang mudah. Tidak memudaratkan umatnya. Bukanlah Islam itu kejam langsung tidak membenarkan anak luar nikah di bin atau binti dengan nama bapanya tetapi dengan syarat tempoh pernikahan melebihi enam bulan. 



Boleh baca keratan akhbar yang Mimi sertakan di atas untuk penjelasan yang lebih jelas mengenai isu ini. Bukanlah satu isu kecil yang perlu dipandang enteng. Seharusnya sebagai umat Islam, perlu tahu hukum yang ditetapkan supaya hidup kita tidak bergelumang dengan dosa sepanjang hayat lantaran ceteknya ilmu dangkalnya fikiran kita memikirkan kesan dan akibat yang bakal terjadi. Sekiranya perkara ini berterusan berlaku, akan berlakunya penzinaan sepanjang hayat di kalangan umat Islam di negara kita. Sanggupkah kita perkara seperti ini berlaku secara berleluasa tanpa dapat dibendung? Tepuk dada tanya iman!

4 ulasan:

  1. Saya pun ada tengok berita fadal ni, tapi masa tu belum ditetapkan sepenuhnya.

    BalasPadam
  2. akak setuju ngn mimi.... sbb benda ni kalau kite baljar agama mmg ada sebab musababnya kene di buat tak boleh, bukan suka2...

    hukum hakam agama tak blh nk suka2 di ubah, sbb nnti di kemudian hari, tkt jd apa2... kn ssh

    BalasPadam
  3. Kesian anak liar nikah yg x berdosa tu

    BalasPadam
  4. setuju..benda macam ni tak boleh dijadikan sebagai satu isu..dalam agama dah ditetapkan seperti sebelum ni, kenapa perlu diubah..huhu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.