Rabu, 5 Julai 2017

Kedai Online yang Jual Casing Handphone Comel dan Cantik

Kedai Online yang Jual Casing Handphone Comel dan Cantik | Sebelum ni Mimi share dengan korang baju raya untuk Redmi 4A yang Mimi beli dekat entry SINI. Kali ni Mimi nak share dengan korang kedai online yang jual casing handphone comel dan cantik.

Memandangkan ada kawan blogger yang minta Mimi share kedai online yang jual casing Mimi beli tu, so why not share kan? Sharing is caring kan. Tak kisah lah korang guna jenama handphone apa pun semua ada. Samsung, Iphone, Xiaomi, Vivo, Oppo dan sebagainya.

Ada dua kedai online yang jual casing handphone comel dan cantik yang Mimi nak share dengan korang.


Casing handphone comel dan cantik

Ini lah FB page yang Mimi beli casing handphone pink yang cute tu. Cara berurusan, korang pm terus kat messenger. Nanti dia akan minta gambar jenis handphone yang korang guna tau. Lepas tu, diorang akan send gambar gambar casing yang korang nak ikut pada jenis model handphone korang. Nanti korang pilih mana korang berkenan dan dia akan bagi cara pembayaran dan berapa lama korang kena tunggu batang sampai.

Untuk pengetahuan korang, casing yang comel dan dan cantik ni diterbangkan jauh dari Hong Kong tau. So, makan masa sikit untuk sampai. Macam Mimi, dimaklumkan akan ambil masa 10 hari waktu bekerja untuk sampai. Memang ngam hari ke 10, Mimi selamat terima casing handphone yang ditunggu tunggu.


Casing Handphone Comel dan Cantik


Kedai online isellanything ni Mimi suka juga terjah sebab kat sini ada juga casing handphone yang comel dan cantik cantik tau. Page ni juga rajin buat giveaway tau. Korang yang suka join giveaway, elok sangat cuba. Mana tau nasib menyebelahi korang, korang menang cenderahati yang cute.

Mimi belum pernah lagi beli casing kat page ni tapi ikut pada testimoni/review customer, ramai berpuashati dan suka dengan servis isellanything ni. So, korang boleh juga usha page ni sebelum membeli.

Buat korang yang nak beli casing handphone baru untuk handphone jangan lupa terjah dua page yang Mimi share ni tau. Mesti korang rambang mata nanti. Selamat bershopping korang.


1 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.