Bertandang ke Rumah Terbuka Kawan Pejabat

Bertandang ke Rumah Terbuka Kawan Pejabat | Sabtu lepas Mimi bawa anak anak pergi rumah terbuka. Suami tak ikut sebab kerja. Asyik duduk terperap saja dekat rumah sekali sekala keluar tengok alam sekeliling. Bila Sabtu Ahad, nak nak time suami kerja Mimi memang malas nak keluar rumah. Lebih suka duduk terperap dekat rumah. Tapi kalau terperap saja bosan pula kan. Jadi, Sabtu lepas Mimi dan anak anak bertandang ke rumah terbuka kawan pejabat Mimi. Yang jemput ni seorang anggota polis berpangkat SM. Mimi panggil dia Encik Anuar saja. Sebelum pergi rumah Encik Anuar, Mimi jemput kawan sepejabat yang lain.

First time tau nak datang rumah Encik Anuar ni. Tahun lepas tak pergi sebab Mimi dalam pantang. So, bila pertama kali pergi faham faham sajalah, memang sesat jawabnya walaupun ikut maps. Sabar sajalah.

Kami berempat bertandang ke rumah terbuka kawan pejabat

Mimi sampai lebih kurang pukul 3 petang lebih jugalah. Duk pusing pusing cari rumah. Kawan Mimi yang ikut pun dah lupa jalan. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga. Banyak menu habis yelah sampai pun lambat kan tapi masih ada lagi beberapa menu yang ada. Antara menu yang disediakan nasi beriani, ayam masak merah, kuah dhal, rendang ayam, nasi impit, kuih muih, air oren dan air sarsi. Ni menu yang tinggal. Ada menu lain tapi banyak habis sebab jemputan ramai kan.

Selepas makan, Mimi dan kawan yang Mimi panggil Kak Yus duduk borak borak dengan Encik Anuar. Borak borak kosong. Lepas tu, Mimi sempat snap gambar anak anak di kawasan luar rumah Encik Anuar.

Kemain lagi senyum lebar Si Adhwa

Lebih kurang pukul 5.30 petang macam tu, kami bertolak balik. Nak hantar Kak Yus lagi balik rumah. Mimi dan anak anak pun sampai rumah lebih kurang pukul 6.30 petang. Rasa puas tengok anak anak happy bila dapat berjalan raya.

3 comments:

  1. Akak banyak jemputan tahun ni tapi tak rajin nak berjalan..sibuk dengan kerja..ntah la dah tua2 ni tak rajin dah nak berjalan

    BalasPadam
  2. bila suami kerja kadang mmg mls nk kuar umah.... tp time banyak openhouse ni syg la pulak...

    bwk bdk2 pi beraya seronok la depa... dpt mkn2 dpt duit raya

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..