Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017| Assalamualaikum dan hai korang. Di kesempatan ini, Mimi nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan rakan blogger. Tahun nih, turn Mimi sekeluarga beraya di Sg. Rambai, Melaka kampung suami. Raya kedua nanti baru balik beraya di Port Dickson, kampung Mimi pula. Tema untuk raya pertama ialah warna Maroon.


Baju suami dan si kecil boy tuh sebenarnya warna maroon, bila snap gambar nampak warna merah pula. Time nih, kami bersiap siap nak raya rumah saudara mara. Dari pagi sampai tengahari. Balik rumah, sibuk layan tetamu yang datang beraya tak putus putus. Malam pula, kami sambung beraya lagi.

Untuk raya kedua pula, tema kami warna Emerald Green. Gambar nih kami ambil selepas beraya ke rumah saudara mara yang tak sempat kami pergi semalam.


Gambar adik ipar Mimi yang bongsu ambilkan. Suka pula tengok sebab awan tuh nampak cantik sangat. Masa nih kami dah nak balik Port Dickson. Sebelum balik, bergambar dulu.

Alhamdulillah, raya kali nih meriah macam raya sebelum sebelum nih. Cuma Mimi kurang seronok sikit sebab dilanda diarhea gara gara makan sambal hitam masa pergi beraya.

Apa apa pun memang seronok. Anak bertambah, duit raya anak anak bertambah 😅😅

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua😊




4 comments:

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..