Jumaat, 30 Jun 2017

Info EOperasi Yang Perlu Anda Tahu

Korang pernah dengar tak apa itu EOperasi? EOperasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Tahukah korang apa itu sebenarnya E-Operasi?



EOperasi adalah sebuah aplikasi digunakan oleh para guru untuk kemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu juga, Kerajaan telahpun membangunkan banyak sistem yang masih ramai tidak tahu,antaranya:

Merupakan sistem online yang memudahkan ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anak yang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah.

APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
Sistem online untuk merekod dan menyimpan data murid

HRMiS
Sistem online yang memaparkan segala maklumat peribadi guru, permohonan cuti rehat, cuti sakit dan pelbagai cuti lain, permohonan tuntutan dan menyemak permohonan dan sebagainya.
Web yang memaparkan info info terkini mengenai jawatan kosong di sektor kerajaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem sistem di atas, korang klik saja link yang Mimi berikan. 


Sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Segala maklumat dan data disimpan dengan teratur dan memudahkan pencarian. Jadi, dengan adanya sistem sistem ini sebenarnya banyak membantu kita agar terus maju ke hadapan di era zaman penuh canggih ini.

E-Operasi juga digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG). Dengan adanya E-Operasi ini, ia membantu dan memudahkan para guru membuat semakan status pertukaran mereka hanya dengan satu klik saja. Tidak perlu bersusah payah pergi ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetahui status pertukaran.

Dengan adanya e Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. Seharusnya kita perlu mempraktikkan seiring dengan zaman teknologi yang serba canggih ini. Hanya satu klik semua data yang dinginkan akan terpapar di skrin komputer atau pun handphone. Jimat masa dan tenaga.

Mimi yakin pasti ramai para guru yang masih belum tahu cara atau belum faham untuk menggunakan sistem e-Operasi ini. Mimi akan beritahu korang bagaimana cara untuk login eoperasi Modul Pengurusan Guru ini dengan mudah. Mula mula sila klik di sini --> eOperasi. Kemudian pilih "Cara Log In e-Operasi" dan ikut arahan yang diberikan.


Para guru amat digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana ia lebih mydah di akses. Tidak perlu risau terjadi masalah website down atau laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi. Yang penting, ID dan password yang didaftarkan perlu dingat. Sekiranya terlupa kata laluan, klik saja pada "Lupa Kata Laluan".

Modul eoperasi ini juga menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu :

a) pengguna (guru dan bukan guru)
b) pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

Jadi, buat korang yang bekerja di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, sistem eoperasi ini sangat membantu dan memudahkan korang kerana semua data ada di dalam modul eoperasi ini. Ia sangat mrnjimatkan masa korang kerana semua di hujung jari. Tidak perlu risau jika tidak tahu menggunakan kerana tutorial juga ada disediakan bagi membantu korang yang tidak pandai menggunakan sistem ini.


Mimi harap artikel ini dapat membantu korang mengetahui lebih lanjut mengenai eoperasi 2017 ini di mana ia memudahkan untuk mengemaskini data-data korang secara online. Korang boleh share artikel ini kepada kawan kawan yang masih belum mengetahui mengenai e-Operasi ini.

4 ulasan:

  1. Dlm byk2 saps he yg mama pernah guna

    BalasPadam
  2. Saya dah kongsi entry ni kat gerup watsap saya. Dalam tu ramai ibubapa.

    Saya baca jugak walaupun saya bukan guru.

    BalasPadam
  3. Gambar yg atas dgn yg bawah sekali tu, gambar mimi ke?

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.