Acer Iconia Talk 7 Untuk Mama

Acer Iconia Talk 7 | Era internet di hujung jari nih betapa pentingnya memiliki gadjet seperti handphone, tab dan sebagainya. Selain daripada digunakan untuk mencari info sudah tentulah kegunaannya untuk bertanya khabar sesama keluarga dan kawan kawan. Sama ada call, whatsapp, telegram dan sebagainya. Memandangkan betapa pentingnya gadjet itu, Mimi hadiahkan Acer Iconia Talk 7 untuk mama.

Sebelum ini mama Mimi guna tab 10 adik yang ketiga bagi guna tab dia. Tapi sayang dah rosak sebab jatuh. So, Mimi cadang nak belikan handphone untuk mama tapi fikir semula tak jadi. Kebetulan Mimi main kutu bulanan (dapat barang) RM50 x 10 orang = RM500, jadi Mimi decide ambil Acer Iconia Talk 7 untuk mama.

Acer Iconia Talk 7 sebelum unbox


Selepas unbox.

Mimi dah siap install waktu solat Malaysia, game Candy Crush, Cooking Fever, Farm Heroes Saga untuk mama. Jangan tak tahu dia pun layan game. Yang penting install whatsapp sebab kami ada whatsapp group family. Siap letak pic ayah dan mama jadi wallpaper lagi.

Jenuh juga belek belek explore apa yang ada. So far puas hati sebab internal storage 10gb. Kira okey untuk kegunaan macam Mama. Bukan macam kita yang muda muda nih internal nak besar aje.

Tak sabar nak bagi Acer Iconia Talk 7 nih dekat mama. Mesti dia happy. Sebab bila balik kampung asyik tanya bila nak dapat "tib" dia...Hahaha sweet je. Orang sebut tab mama sebut "tib". Lepas nih, nak cari screen protector untuk Iconia Talk 7 nih dan belikan simkad untuk mama. Selepas nih senang dah anak anak nak call ke whatsapp ke kan..Ada rezeki lebih nak belikan ayah handphone pula. Doakan ya. 

4 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.