Pemilihan dan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia

Pemilihan dan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia | Lama tak ngomel cerita sendiri. Asyik share pasal review apa kata hari ni ubah angin share pengalaman sendiri kan. Kali ni nak share cerita pasal pemilihan dan pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia. Berdasarkan pada pengalaman adik Mimi sendiri. Pergi kerana minat bukan paksaan. Entry kali ni agak panjang sebab cerita secara detail semasa sesi pemiihan berjalan.

Sebelum tu, nak inform kepada yang berminat boleh apply Jom Masuk Tentera melalui online di web www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA atau boleh isi borang dan hantar ke alamat yang diberikan pada iklan. So, kena alert lah tentang iklan pengambilan Perajurit Muda ni. Kena rajin cari maklumat di web web berkaitan seperti www.army.mil.my atau beli surat khabar Utusan Malaysia. Ataupun kalau korang terlepas peluang isi permohonan online atau borang, boleh saja korang walk in interview pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Macam adik Mimi sendiri, dia terus walk in interview. Ikutkan dah isi permohonan online tinggal nak download dokumen yang diperlukan tapi tuhlah kecuaian Mimi sendiri tersilap sangka tarikh tutup permohonan. Jadi, incik suami pun dah call ke Sel Pengambilan, boleh datang walk in terus. Sebelum pergi, pastikan dokumen dokumen penting yang diperlukan ada dan lengkap.

Adik Mimi dia guna kelulusan SPM, so dia kena bawa dokumen dokumen seperti kad pengenalan asal dan salinan, slip @ sijil SPM dan salinan, Surat Beranak dan salinan, Surat Berhenti Sekolah dan salinan, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa, Salinan Kad Pengenalan Waris terdekat selain Ibu Bapa (ini untuk kes kematian Ibu Bapa) dan sekeping gambar berukuran passport. Kalau ada diploma atau ijazah bawa lah yang asal dan salinan serta transkrip sekali. Yang penting jangan lupa bawa pen. Time ni adik Mimi pakai kemeja putih lengan panjang, seluar slack hitam, kasut hitam dan stokin hitam.

Mimi sekeluarga bawa adik, Amin pergi pemilihan Perajurit Muda pada 21 Januari 2017 (Sabtu) di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur. Kami sampai seawal pukul 7.30 pagi sebab pemilihan mula pukul 8.00 pagi. Sampai di Kem Wardieburn, sarapan dulu isi perut kosong.

Tepat pukul 8.00 pagi, semua calon diminta beratur di depan dewan. Lelaki dan perempuan asing. Semasa beratur, akan ada beberapa anggota tentera yang bagi taklimat berkaitan syarat kelayakan dan juga proses selanjutnya. Untuk pengetahuan korang syarat utama untuk masuk Perajurit Muda ni keputusan SPM korang mestilah BM (Kepujian), Lulus mata pelajaran Sejarah , Lulus salah satu mata pelajaran berikut : Matematik ATAU Bahasa Inggeris ATAU Sains. Tak cukup syarat yang dikehendaki time tu juga angkat kaki balik. Alhamdulillah, untuk tapisan pertama adik lulus.

Kemudian, calon yang lepas syarat pertama masuk ke dewan akan jalani tapisan seterusnya iaitu isi borang maklumat diri dan ukur berat, tinggi dan bmi calon calon. Alhamdulillah, tapisan kedua adik Mimi lulus. Ramai juga calon yang balik sebab tak cukup tinggi, kurang berat atau terlebih berat dan bmi kurang atau lebih. Bagi calon calon yang lepas diorang akan dipanggil untuk sesi akhir sebelum diserap jadi Perajurit Muda.

Pada, 19 Februari (Sabtu) hanya incik suami saja yang bawa adik pergi sesi pemilihan akhir di Markas 1 Briged di Rasah, Seremban. Mimi malas nak ikut sebab fikir confirm lama habis. Tak kuasa tunggu berjam jam. Sebab lainnya tak ikut sebab dekat saja dengan rumah..hahaha...

Semasa pemilihan akhir ni, Mimi dapat maklumat dari incik suami. Untuk sesi pemilihan akhir ni dokumen dokumen penting juga kena bawa x-ray dan laporan dari doktor (radiologi), surat tawaran, kad pengenalan asal dan salinan, slip @ sijil SPM dan salinan, Surat Beranak dan salinan, Surat Berhenti Sekolah dan salinan, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa, Salinan Kad Pengenalan Waris terdekat selain Ibu Bapa (ini untuk kes kematian Ibu Bapa) dan sekeping gambar berukuran passport, sampul surat bersaiz kecil (Pos Ekspress) yang harga RM3.20 (termasuk GST). Pen pun jangan lupa bawa. Time ni pakaian yang perlu dipakai t-shirt putih berkolar, seluar track berwarna gelap (hitam/biru gelap), kasut sukan dan stokin.

Pemilihan akhir ada 4 sesi tau iaitu pemeriksaan dokumen. Kalau tak lengkap di anggap GAGAL. Kemudian pemeriksaan kesihatan. Time ni ramai yang calon balik sebab tahap kesihatan atau fizikal yang tidak memuaskan. Contoh rabun jauh, rabun warna, bahu senget sebelah ke tangan patah ke dan sebagainya. Balik tu maknanya dikira GAGAL.

Bila calon lepas pemeriksaan dokumen dan kesihatan, calon akan diuji dari segi IQ dan Psikologi. Calon kena jawab soalan soalan yang diberikan. Selalunya bab ni, ramai je calon yang lepas. Dan akhir sekali calon kena buat ujian fizikal iaitu lari 2.4km, mendagu, melompat dan tekan tubi. ( sebarang perubahan ujian fizikal tertakluk kepada keadaan ketika itu ya).

Alhamdulillah, akhirnya adik Mimi LULUS kesemua ujian. In shaa Allah tiada aral melintang, 01 April 2017 (Sabtu) adik Mimi akan lapor di PUSASDA sebagai Perajurit Muda. Doakan segala urusan adik Mimi dipermudahkan dan berjaya tamat latihan selama 6 bulan.

Nota kaki* Kami yang kakak kakak dan abang abang ipar bergabung sama sponsor keperluan yang adik kena bawa masa lapor di PUSASDA.

Post a Comment

43 Comments

  1. waaaaaaaaaa bkn calang2 org blh mohon nih...
    bg yg betul2 minat je rasanya sesuai....

    ReplyDelete
  2. Kalau sudah lulus temuduga pertama berapa hari kita kena tnggu surat temuduga buat kali kedua dtg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat tu xpasti. Ada yg dpt cepat ada yg dpt lambat. Nak lagi mudah check terus di www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA

      Pastikan dah register. Senang nak semak

      Delete
  3. Matematik , sains , Bi , sejarah dan Bm lulus Layak mendapat sijil . Kecuali Bm je takda Kepujian . tak layak ke untuk mohon bagi tentera darat wanita ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm mcm calon wanita rasanya agak strict sikit sewaktu pemilihan

      Delete
  4. Lepas Tenuduga ke-2 tu terus rekruit ka? Sbb kawan saya ckp ada lagi 2 minggu sebelum rekruit kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa adik sy sebulan lebih jugak sebelum lapor diri

      Delete
  5. Salam, akak. Result utk nama pemilihan akhir tuh amik masa bpe lama? Adik akk laa... sbb sy g pmilihan awal 21/1/18 hri tuh. Jadi nak tau la bila tarikh pemilhan akhir. Nak mintak cuti kje... minat sgt nak kje TD nihh.. walopun lari karier sbgai nurse 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kali pertama pergi interview TD dan lulus akan dipanggil utk kali kedua utk pemilihan akhir. Tempoh masa dipanggil utk interview kedua lebih kurang 3-4 minggu jugaklah. Nak tahu tarikh pemilihan akhir kena check dekat web www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA dekat web nih dia akn bagitahu makkumat dengan tepat dan awal. Kalau surat ni lambat sampai

      Delete
  6. wahh hebatnye . saya pon dapat tp takut x lepas time nak lari tu risau yang tu ,, bg tips tlggg ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nih tips yg suami akak bg pd adik.selepas lulus temuduga pertama,dh boleh mula berjogging setiap pagi dan buat senaman seperti sit up,lompat bintang untuk tambah stamina.lepas tu buat larian.set time masa lari dapat tak kurang dari 12 minit sejauh 2.4km tuh

      Delete
  7. Salam akak..yang lari 2.4km tu berapa tempoh dia ye?bawah 15 atau 12 minit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..Alamak tak igt pulak..xsilap akak bawah 12 minit..

      Delete
  8. Sijil2 perlu disahkan tak. Temuduga kali kedua tu selalunya bermula pukul berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya sahkan.temuduga kali kedua tu xpasti mula pukul berapa.tapi time adik dulu pukul 6.30 dah keluar rumah (ambil kira dia sarapan).pukul 7.15 dia dah dalam kem kalo xsilap.seeloknya dtg awal.

      Delete
  9. Salam. Apa syarat minimun akademik yg sebenarnya eh ? Sbb saya baca di website lain ada yg tulis syarat minimun bm dan math dpt kepujian dan lulus bi. Mimi tulis bm kepujian dan lulus salah satu math bi sains ? Mana satu yg betul eh ?

    ReplyDelete
  10. Klau BM E blh masok askar tak. Pls respon.

    ReplyDelete
  11. Klau BM E blh masok askar tak. Pls respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan tak lepas, tp bergantung atas budi bicara pegawai pemilihan

      Delete
  12. E tuh masih luluskan? Kalau masih kategori LULUS, in shaa Allah boleh.Jangan gagal sudah

    ReplyDelete
  13. Salam kak mimi... sukalah nk tnye akk.. akak tau tak brg kperluan ape je yg patut prajurit muda wanita bawak.. slain brg yg dia suruhh.. buntu dah haa, baldi besar tu perlu kee? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam dik.


      Wassup akak dik 018-3998131

      Banyak nak list nih..

      Delete
  14. Salam. Kalau dekat pusasda tu nnt ada buat check mata dgn kesihatan lagi ke. ??

    ReplyDelete
  15. Salam. Kalau dekat pusasda tu nnt ada check mata dgn kesihatan lagi ke?

    ReplyDelete
  16. wassalam..kalau dalam pusasda sy xdpt pastiikan.

    ReplyDelete
  17. Salam akak, gigi Saye ad 5berlubang 1 cabut, boleh lepas tak

    ReplyDelete
  18. Salam, kalau suda lulus semua ujian peringkat akhir tu, memang confirm pegi training dah k? Kena tunggu berapa lama keputusan penempatan baru dapat?

    ReplyDelete
  19. Salam, kalau suda lulus semua ujian peringkat akhir tu, memang confirm pegi training dah k? Kena tunggu berapa lama keputusan penempatan baru dapat?

    ReplyDelete
  20. salam akak, kalau tak cukup tinggi boleh lepas pemilihan ke? sebab abang cakap lepas tapi baca kebanyakkan blog cakap tak lepas. macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Nama awk sape dik..kena tengok syarat minimum ketinggian yg diorang nak.kalau kurang dari yang diorang state memang tak lepas.macam.adik sepupu akak dia pergi tak lepas sebab kurang 1cm je...kena balik

      Delete
  21. Salam....kalo tak lulus b.m sejarah n b.i boleh ker kite gi mohon..just tanya jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Bm kena lulus dik. Syarat penting tuh.. At least credit yang lain lulus takpe

      Delete
  22. Salam....kalo tak lulus b.m sejarah n b.i boleh ker kite gi mohon..just tanya jer

    ReplyDelete
  23. Salam kak , esok saya pergi pemilihan akhir perajurit wanita .. nak tnya pasal dokumen .. kalau sijil beranak pakai bersi lama takpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Boleh je dik. Takde masalah pun

      Delete
  24. salam kak, untuk pakaian interview pertama nak pakai macam mana ye? baju kurung biasa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... pakaian sopan dik .Seeloknya pakai baju kurung.

      Delete
  25. salam kak, kalau interview kali pertama wanita perlu pakaian macam mana ye? akak tau?

    ReplyDelete
  26. hai sis, sy sda daftar jom masuk tentera tapi sampai skrg tak kena emel pon pw nak login huhu

    ReplyDelete
  27. Klau tekan tubi bagi wanita macam mna ?

    ReplyDelete
  28. Ujian lari 2.4km lebih 12 minit lpas dk

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah lepas.Diorang akan tetapkan larian 2.4km mesti dalam tempoh masa berapa minit. Kalau lebih dari masa yg ditetapkan,memang tak lepas

      Delete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com