Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite

SAFI BALQIS OxyWhite | Siapa kat sini pengguna produk SAFI, angkat mouse. Mimi sebelum ni memang pengguna setia SAFI. Ingat lagi time belajar dekat UiTM dulu, Mimi mengalami masalah jerawat yangteruk. Besar dan merah tau. Bila berjalan tuh tunduk ke bawah tak sanggup berdepan dengan orang. Confident level memang jauh merundum lah. Nak bergaul sangat dengan orang pun tak sanggup.

Macam macam produk Mimi try tapi satu pun tak dapat atasi masalah jerawat Mimi sampailah Mimi try Safi Balqis yang packaging lama tuh tiub putih penutup biru. Alhamdulillah berkesan. Kulit muka pun makin okey tau. So, siapa kata produk murah tak berkualiti.

Kalau ambil kira dari dulu sampai sekarang dah macam macam produk SAFI yang berada di pasaran tau. Tak terhitung dek jari. Hah, buat peminat SAFI, sekarang nih SAFI ada keluarkan produk baru iaitu Safi Balqis OxyWhite gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite.

Rangkaian Produk Safi Balqis OxyWhite

Untuk makluman korang apabila kulit kita berada dalam keadaan sihat serta mempunyai oksigen yang cukup proses pencerahan kulit wajah akan jadi lebih cepat dan efektif. Oksigen yang terdapat di dalam kulit akan berkurangan apabila keadaan kulit tercemar serta sinaran UV yang berbahaya. Ramai yang tidak sedar sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excellence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI - Selamat dan Suci.

Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dan Nano BioWhite. Teknologi Nano Oxygen yang bertindak membebaskan oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkn proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit.


Antara rangkaian produk Safi Balqis OxyWhite yang Mimi gunakan.

Selepas seminggu menggunakan produk Safi Balwis OxyWhite nih Mimi memang berpuashati lah dengan hasil yang Mimi dapat. Kulit Mimi memang kurang dah berminyak dan kulit jadi lembut dan lembab saja bila bangun tidur. Tak payah membazir duit beli produk mahal mahal nak dapatkan hasil kulit wajah yang sihat. Beli Safi Balqis OxyWhite pun dah cukup berbaloi tau. Murah tapi berkualiti tau.




Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat

Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat ini boleh didapati dalam dua saiz pek iaitu 50g berharga RM7.30 dan 100g berharga RM12.30 (selepas 6% GST). Pembersih muka ini bertindak membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak, mengawal jerawat dengan menyerap lebaihan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang pori kulit, Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat dan sudah tentu sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Setakat hari ni, Mimi memang berpuashati guna pembersih muka Safi ni sebab muka memang bersih dan segar. Dan yang paling best muka dah semakin kurang berminyak tau. Jerawat pun cepat mengecut. Itu yang best.


Safi Balqis OxyWhite Penyegar

Penyegar ni boleh didapati dalam saiz pek 100ml berharga RM10.90 (selepas 6% GST), Penyegar ini bertindak mengeilkan liang pori dengan Ekstrak Cendawan, menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan dan juga memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol.

Selepas seminggu penggunaan, memang kulit Mimi rasa fresh tau. Liang pori pun memang mengecil, segan segan nak munculkan diri. Memang nampak perbezaan sebelum dan selepas menggunakan penyegar Safi ni tau.


Safi Balqis OxyWhite Pelembap Gel

Pelembap gel ni berasaskan air tau korang. So, memang sesuai sangat lah kulit berminyak gunakan sebab jens kulit berminyak elok guna pelembap yang berasaskan air untuk mengurangkan minyak pada muka. Ia bertindak mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah, Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka, asid hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan, mudah meresap ke dalam kulit tanpa rasa melekit dan sangat sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak juga boleh digunakan siang ataupun malam.

Dah banyak pelembap Mimi try sebelum nih, tapi bila pakai mesti bertambah berminyak. Tapi selepas menggunakan pelembap gel Safi yang berasaskan air ni, memang sesuai dengan kulit Mimi. Ini yang Mimi nak selama ni tau. Bila apply di muka memang rasa sejuk dan meresap terus ke dalam kulit. Kulit memang langsung tak berminyak. Suka suka...

Bagi korang yang ingin mencuba Safi Balqis OxyWhite ni korang boleh dapatkan di semua pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk makluman lanjut mengenai jenama SAFI korang boleh layari laman laman utama SAFI :

3 comments:

  1. Nina pun guna range SAFI BALQIS Oxywhite. Paling suka moisturising gel Safi Balqis Oxywhite ni... best! Sejukkk, ringan, tak melekit

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..