#MyTravelokaEscapade : Tokyo Destinasi Pilihan Untuk Familymoon

Assalamualaikum dan hai👋👋👋

Korang tahu tak jika Mimi diberi peluang travel ke luar negara destinasi apa yang jadi pilihan utama Mimi untuk Familymoon? Sudah tentulah Tokyo. Kenapa Tokyo? Mimi pilih Tokyo sebab Tokyo terkenal dengan tempat tempat pelancongan yang menarik. Selain daripada itu, Mimi juga jatuh cinta dengan peradaban orang Jepun yang sangat sopan serta kehidupan mereka yang teratur, kemas dan bersih. Mimi nak sangat sangat tengok depan mata cara hidup orang Jepun dan praktikkan dalam kehidupan harian sekaligus dapat ajar anak anak peradaban mereka. So, andaikata dapat pergi Tokyo alangkah bahagianya hidup.

Apabila nak pergi travel, pasti Mimi akan ingat mengenai satu aplikasi yang memudahkan kaki kaki travel iaitu Traveloka. Traveloka? Apa itu Traveloka? Traveloka merupakan aplikasi percutian yang sangat efisien dan pantas kerana kita boleh book hotel dan tiket penerbangan sepantas 123. Sangat menjimatkan masa dan memudahkan kita untuk travel. Tak perlu risau nak tidur mana naik flight apa lagi dah. Semuanya boleh dibuat di Traveloka. Nak lagi mudah korang cari #MyTravelokaEscapade untuk cari pelbagai maklumat terkini.

Jika diberi peluang dan ada rezeki pergi Tokyo, Jepun, ada 7 tempat pilihan utama Mimi nak pergi tau. Korang nak tahu apa tempat yang Mimi pilih untuk Familymoon nanti. Jom baca jom😄😄😄

1. Shinjuku Gyoen National Garden

Shinjuku merupakan taman tradisional tertua di Jepun dan mempunyai pelbagai tarikan seperti tasik kecil, jambatan tradisional dan pelbagai jenis pokok menarik. Terdapat juga beberapa taman utama seperti French Garden dan English Garden yang merupakan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura dan musim bunga luruh. Kalau Mimi dan family datang sini memang kami bergambar sepuas puasnya tau. Kalaulah berpeluang pergi time musim bunga sakura confirm meroyan Mimi dibuatnya. Dahlah bunga sakura tuh bunga kesukaan Mimi, warnanya pink pulak tuh (my favourite colour gitu).

2. Sensoji Temple dan Nakasima Street



Dikenali sebagai Asakusa Cannon Temple iaitu kuil Buddha yang terletak di Asakusa dan kuil ini merupakan kuil tertua di Tokyo. Selepas pintu gate utama kuil iaitu Kaminarimon (Thunder Gate) terdapat deretan kedai cenderahati di sepanjang jalan ke pintu gate kedua Hozomon yang dikenali sebagai Nakasima Street.

3. Tokyo Disneyland dan DisneySea





Tokyo Disneyland merupakan taman tema yang dibina pada tahun 1983 berdasarkan filem filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Ia merupakan taman tema Disneyland pertama di luar Amerika Syarikat. Kalau pergi di sini confirm anak anak Mimi suka tau. Pastinya peluang bergambar dengan watak watak dari filem Walt Disney takkan dilepaskan. Manakala Tokyo DisneySea merupakan taman tema fantasi berdasarkan lagenda laut. Hah tempat nih sangat sesuai untuk Mimi dan suami beromantika De Amour.😄😄😄

4. Yoyogi Park



Hahh Yoyogi Park tempat kedua Mimi dan keluarga akan pergi untuk bersantai santai hirup udara segar. Yoyogi Park merupakan taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga tersayang. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine (kuil yang dibina khas untuk Maharaja Meiji)


5. Gunung Fuji




Salah satu alam semulajadi yang Mimi nak sangat tengok depan mata iaitu Gunung Fuji. Gunung Fuji yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone ini merupakan gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24m. Di sekeliling Gunung Fuji ini difahamkan ada 5 tasik iaitu Tasik Kawagushika, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

6. Tokyo Sky Tree



Hah ini merupakan Tokyo Sky Tree ini merupakan stesen penyiaran tv juga menjadi mercu tanda Tokyo. Ia merupakan bangunan tertinggi di Jepun. Di sini juga ada shopping complex dan aquarium yang terletak di bawah bangunan. Di sini juga mempunyai observatory deck iaitu Tembo Deck berketinggian 350m dan Tembo Gallery 450m dan merupakan observatory deck tertinggi di Jepun dan antara yang tertinggi di dunia. Souvenir yang dijual di sini juga tidak terjual di tempat lain. Kalau Mimi pergi confirm Mimi bergambar dengan family sampai lebam. Setiap sudut yang menarik Mimi takkan lepaskan. Dan dari sini juga Mimi boleh enjoy tengok view Tokyo yang cantik.

7. Ueno



Bagi pencinta sejarah dan seni seperti Mimi, sangat sesuai pergi Ueno sebab terdapat pelbagai muzium di sini seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum. Di sini juga terdapat Ueno Zoo yang merupakan Taman Zoologi pertama di Jepun.

Menarik tak menarik tak?😙😙😙 Rasa tak sabar pula nak menantikan detik detik istimewa ini jika Mimi dan family berpeluang Familymoon di Jepun. Memang Mimi akan gunakan peluang ini sebaik baiknya tau. Takkan lepaskan peluang untuk rakam detik terindah walau sesaat. Hopefully Mimi sekeluarga berpeluang jejak kaki di negara Matahari Terbit dan Traveloka akan merealisasikan impian kami.😊😊😊

Buat korang yang kaki travel jangan lupa singgah web ini www.traveloka.com.my dan jangan lupa guna #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan carian korang tau. Ingat Travel Ingat Traveloka😄😄😄

Post a Comment

8 Comments

  1. wah bestnya kak Mimi.. teringin juga nak ke sana

    ReplyDelete
  2. cantiknya alahai nk pasang angan2 jugak lah hihi

    ReplyDelete
  3. Cuti sekolah december ni nampak macam ramai msian pergi bercuti kat jepun. Tengok gambar kawan2 fb & IG. All the best to you :D

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak mie, wahh bestnya jepun. Menarik juga disney ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Jepun memang best. Baru balik dari sana awal december. hehe i pun join #mytravelokaescapade tapi kita choose melbourne.. nih entri i http://modernmumthingy.com/mytravelokaescapade-bawalah-daku-ke-melbourne/

    ReplyDelete
  6. memang teringin nak jejakkan kaki ke sini, view cantik sangat ;)

    ReplyDelete
  7. Rabia memang nak sangat pergi japan.my cousin pergi japan..rabia suka melihat tempat dia..cantik sangat pemandangan dekat sana kan..insyaAllah rabia akan sampai ke sini juga suatu hari nanti

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com