Isu Vaksin : Imam Muda Ammar Cetuskan Kontroversi

Assalamualaikum...

Isu Vaksin : Imam Muda Ammar Cetuskan Kontroversi

Bila Mimi baca status yang Imam Muda Ammar up di wall beliau Mimi tak tahu nak cakap apa. Tapi secara peribadi Mimi rasakan kata kata beliau agak angkuh di situ. Ya, beliau cuma nak orang orang yang menerima vaksin hormat kepada orang orang yang antivaksin. Masing masing punya pendapat sendiri kenapa dan mengapa perlu terima atau menolak vaksin.

Tetapi apa yang difahamkan, isu yang ditimbulkan Imam Muda Ammar mendatangkan kemarahan netizen. Kebanyakan komen komen yang ditinggalkan oleh netizen menunjukkan rasa tidak senang dengan "keangkuhan" dan "ketidakcerdikan" yang ditunjukkan oleh Imam Muda Ammar.

Mungkin tanpa sedar beliau telah menguris hati para netizen yang menerima vaksin nih. Bagi Mimi, selagi sesuatu itu mendatangkan kebaikan dan menghindarkan kemudaratan why not terima kan. Bagi yang antivaksin tuh terpulang dan terserah pada hak masing masing.

Apa yang buat Mimi tertanya tanya perlu ke seseorang yang mempunyai ilmu agama dan bergelar ustaz mengeluarkan kenyataan sebegitu yang seolah olah kelihatan riak dan angkuh. Kalau dilihat para ulama, ustaz atau penceramah agama yang Mimi kenal contoh seperti UAI, Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias dan seangkatan dengannya takde pula mencetuskan kontroversi yang sampai menimbulkan kemarahan netizen. Bila timbulnya isu macam nih lagi lah buat masyarakat kurang respect dengan mereka yang bergelar ulama atau ustaz.

Pendapat Mimi secara peribadi, sepatutnya Imam Muda Ammar rendahkan diri dan seikhlas hati minta maaf di atas "keterlanjuran" beliau mengeluarkan kata kata yang mengguris hati netizen. Tak salah turunkan ego meminta maaf. Bila beliau minta maaf Mimi yakin ramai akan terima kemaafan beliau dan respect dengan sikap beliau. Ini tidak lagi mengeluarkan status yang menambahkan lagi kemarahan netizen...Entahlah...Apa nak jadi lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.