Jangan menghukum!!

Entry nih sekadar pendapat dan luahan..Bahasa yang digunakan untuk entry ini mungkin agak lain sikit dari penggunaan bahasa pada entry entry sebelum ini...Maaf kalau korang rasa janggal. Contoh kalau sebelum nih saya bahasakan diri saya jangan terkejut pulak kalau tetiba saya tuh jadi aku.

Hari nih kita semua dikejutkan tentang kematian seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun yang lemas di dalam kereta. Puncanya bapa arwah yang berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Agama terlupakan anaknya yang tidur di seat belakang kereta..

Bila kes ini di hebahkan dalam fb, macam biasalah akan dapat reaksi pelbagai daripada pengguna fb...Apa yang menyedihkan komen komen yang ditinggalkan mengenai kejadian nih..Ermmm lebih banyak yang menghina daripada yang mengasihani..Lebih ramai yang menghukum daripada memberi semangat...

Sedih betul bila baca komen komen terutamanya Melayu Islam kita.Sepatutnya kau patut bagi semangat kepada bapa mangsa di atas ujian Allah yang beliau hadapi. Nih tak kau tuduh bapa tuh macam macam...Cuai lah, pembunuh lah...Ada yang lagi teruk kau maki hamun dia dengan perkataan yang aku sendiri tak tergamak nak sebut.. Ada komen yang cakap tak boleh terima kenyataan bila si bapa kata terlupa anak...Dan kau cakap setiap saat kau akan ingat anak kau...

Meh sini baca pulak pendapat dan luahan aku pasal komen komen sampah korang tuh...First aku nak cakap korang yang tuduh macam macam dan maki hamun bapa arwah nih punya otak yang cacat dan akal yang dangkal...Sebab apa aku cakap macam tuh sebab itu kenyataannya...

Korang percayakan takdir Allah?Percaya Qada dan Qadar??So, apa guna korang nak menghentam,nak maki hamun nak menyalak macam anjing atas bukit??Kalau korang percaya itu takdir Allah itu Qada dan Qadar dah tentukan korang akan lafazkan Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiuun bila dengar berita tersebut..Nih tak kau maki hamun lagi ada..Tak pasal pasal pahala yang kau buat dah transfer kepada bapa arwah..Ala mesti korang cakap aku nih pandailah cakap sebab mesti aku pun jenis macam tuh kan..Jenis lupa anak..Ya,aku mengaku aku memang jenis lupakan anak aku...Tapi masa bila??Contoh time kerja takkan setiap saat kau asyik fikir dan ingatkan anak kau..Dah sah sahlah kau sibuk kerja,discuss sana sini,meeting sana sini.. Ya aku akan ingat dan fikirkan anak aku bila aku duduk rehat,bila aku makan..So tuh dipanggil setiap saat ke??Jangan nak bohonglah..Sikit sebanyak mesti kau akan lupakan anak kau walaupun sesaat..Time kau solat,kau menghadap Allah,kau sempat ke nak fikirkan anak kau time kau rukuk?Sujud?Ermmm?Cuba jawab??Dah sah sah kau abadikan diri kau,kekusyukan kau pada Allah..Bila berdoa aje kau akan ingat dan fikirkan anak kau.. So,jangan kau guna istilah setiap saat kau ingatkan anak kau.

Lagi satu,yang kau kau kau pergi bantai maki hamun mencarut kat bapa arwah tuh dah kenapa??Dah banyak sangat ke pahala korang kumpul sampai tak kisah nak buat dosa walaupun kecil??Baik sangat ke korang macam tak pernah buat jahat??Mulia sangat ke korang macam tak pernah buat dosa...Jangan nak bohonglah...Korang takde kat tempat si bapa korang bolehlah hentam kaw kaw punya..Cakap itu ini...CUBA CUBA CUBA korang letakkan diri kat tempat si bapa..Apa perasaan kau bila orang luar hentam kau macam macam??Let say satu hari Allah nak uji kau dengan kejadian yang sama....Setiap hari kau akan ingat dan alert untuk hantar anak dekat taska tapi suatu hari Allah berkehendakkan kau jadi seorang yang amat amat pelupa dan kau terus pergi pejabat..Kau keluar langsung tak check apa ada dalam kereta sebab tuh rutin kau bila sampai kat ofis...Kau kunci kereta dan terus masuk ofis kerja macam biasa..Tetiba bila waktu balik kerja kau ternampak anak kau yang kau tinggal dalam kereta dah tak sedarkan diri..Muka dan bibir dah lebam..Then,tersebarlah berita anak kau meninggal dan masuk akhbar,fb,instagram...Then, terdapat sekelompok keyboard warriors dan pengkomen pengkomen yang hentam,maki hamun dan kutuk kau kaw kaw..Apa perasaan kau time tuh??Mesti kau cuba nak pertahankan diri cakap aku tak salah..Aku tak sengaja..Aku tak cuai...Aku terlupa...Dalam keadaan kau yang trauma,tertekan segala ayat ayat yang kau beri untuk pertahankan diri kau dah tak laku...Kau akan terus terusan dihentam,dimaki,dihina,dicaci dan dipersalahkan..Masa tuh baru kau akan terfikir..Ooo dulu aku hina,maki orang atas sebab yang sama sekarang baru aku sedar situasi yang dialami orang itu dulu...Time tuh kau menangis air mata darah pun tak guna...

Satu ajelah aku nak cakap,bila terima berita macam nih korang fikirlah dalam dalam dan muhasabah diri dulu..Cuba fikir ada ke ibu bapa yang tergamak nak bunuh darah daging sendiri dengan cara macam tuh??Dan fikirlah bahawa itu cara Allah beri ujian pada ibu bapa arwah...Husnu zhon lah apa yang berlaku hanya penyebab Allah nak ambil semula hak yang dia pinjamkan..Andaikata arwah tidak meninggal cara itu,mungkin akan meninggal cara yang lain...Kematian arwah dengan cara itu hanya menjadi asbabnya saja...Apa yang pasti arwah anak kecil itu ditempatkan di syurga dan betapa untung ya ibu bapa arwah kerana anak mereka tunggu di tempat yang paling indah....Kita semua tahu segala yang berlaku dalam hidup kita,mati kita,jodoh kita,nama kita,semuanya telah termaktub sejak kita dalam rahim ketika usia 4 bulan..*Betulkan saya kalau saya salah* Jadi janganlah sesuka hati nak menjatuhkan hukum pada orang lain..Siapa kau nak jatuhkan hukuman tuh pada mereka yang diuji sebegitu??

Janganlah kita menuding jari dan meletakkan beban ke atas bahu orang yang ditimpa musibah sedangkan tanpa sedar 1 jari kita tuding pada orang, 4 jari lagi tuding ke arah kita...Jaga mulut,jaga jari,jaga hati kau bila lihat orang lain ditimpa musibah..Seeloknya kau ucap ajelah yang baik baik,bagi kata kata semangat dan tunjukkan simpati..Bukannya kau hina,maki hamun,mencarut...Tak kena batang hidung sendiri pandailah kau cakapkan??Dah kena batang hidung sendiri baru kau sedar langit itu tinggi atau rendah..Betapa Allah itu Maha Besar Maha Mengetahui..Bila dia berkehendakkan sesuatu jadi,maka jadilah...Kun Fa Ya Kun....

18 comments:

  1. kite bersetuju dengan akak... cube bayangkan kite kat tempat si bapa arwahnya...die hilang anak dia...kite plak marah2 kan dia... mesti sedih dalam hati dia berganda2 lagi....

    BalasPadam
  2. betul sangat2..kena terima qada' dan qadar yg Allah dah tetapkan..jangan cepat menghukum.

    BalasPadam
  3. setuju sangat-sangat..
    bila Allah kata jadi, maka jadilah..kun fayakun..
    Allah yang berkuasa bagi kita ingat dan lupa..wallahua'lam
    berat ujian si ayah...

    BalasPadam
  4. Setuju dgn cik ummi. Kdg2 org lagi suka menyalahkan dr nk tau cerita sebenar. Apatah lagi nk bersimpati. Kita jgn lupa hidup ni umpama roda. Mungkin kealpaan bapa arwah, tp siapa kita nk menghukum. Betul tak? Yg penting amik ikhtibar dan pengajaran. Jgn tau nk cri salah je. Kita.. Manusia takde yg sempurna. *ingatan utk diri cikla gak...

    BalasPadam
  5. KM setuju dengan pendapat mimi... dari dua kes yang lepas tu pun KM rasa menyampah baca komen manusia yang mcm sampah! kadang2 dia orang ni terlalu over dan over sangat menghukum... Kena percaya qada qadar Allah. si bapa terlupa pun sebab Allah dah tentukan. kenapa pulak dia orang nak pertikaikan semua tu? satu masa terjadi pada dia orang, baru tau jatuh terduduk dan kena balik.

    BalasPadam
  6. ada jugak terbaca pasal ni, ye.. tak dinafikan mungkin kecuaian, tapi kita tak boleh menghentam sesuka hati cakap bapa mangsa begitu. Kita sendiri tak tahu apa perasaan bapanya ketika ini bila dicemuh. Mungkin ini sudah takdirnya, jangan disalahkan beliau. Kesian mama tengok, sudahlah kehilangan anda, mungkin bapa mangsa sekarang menyesal.. kita tak tahu.. sebab tu, mereka ni sekadar hebat menaip, otak kosong!! sabarlah wahai bapa mangsa.. kami faham apa yang tersirat di hati kamu..

    #terkomen panjang...

    BalasPadam
  7. kak ana setuju sgt dgn MIMI, manusia di dunia keyboard ni,terlalu mudah menghukum..menaip seolah2 merekalah yg sgt sempurna namun lupa Dia Yang lebih Mengetahui akan segala kejadian..Takdir itulah namanya..

    BalasPadam
  8. wow, marah betul ni
    saya sependapat dengan mimi
    betullah kan, hati sape tak tersentuh dengan kejadian ni
    si bapa sudah menerima hukuman pun
    dia tak akan memaafkan diri dia sepanjang hayat
    asyik teringat perkara ni
    kalau kita pun sama kan, menyesal tak sudah

    yang penting njangan menghukum
    apa kita dapat dengan menghukum?
    kita patut bagi kata semangat
    tak ada sapa pun inginkan perkara
    camni terjadi pada anak-anak mereka

    moga parent dia tabah

    BalasPadam
  9. al-fatihah, smga fmly arwah sabar dan tabah

    BalasPadam
  10. al-fatihah. Smga family arwah tenang dan sabar dlm keadaan ni

    BalasPadam
  11. ajal maut di tangan allah..allah dah tetapkan usia sesorang insan...kalau di takdirkan tertulis hari ini...hari ni la dia pergi...siapa kita nak mempersoalkan kematian...malang x berbau kan...cuba jadi kat diri sendiri...apa dia rasa..x fikir sensitiviti langsung la...

    BalasPadam
  12. Eh ya Allah saya xtau pun..nmpk sgt lama xtgk news, browse FB pun dh jarang.

    BalasPadam
  13. manusia zaman sekarang lebih mudah menghukum. dia tak nak siasat dulu. dia tak nak fikir panjang dulu.

    dia terus hentam je. dia terus nak nampak hebat di mata orang kononnya dia x macam tu. hakikatnya...

    BalasPadam
  14. setuju pendapat kak ni tau! bapa dia pon xsengaja sebenarnya tu..jangan la menghukum.. cuba kita kat tempat dia apa yg dia rasa..

    BalasPadam
  15. Alahai..sedihnye kalau si bapa budak tu baca komen2 negatif.

    BalasPadam
  16. manusia skg..hilang akal dan pertimbgan..semua pkara bfikir dgn otak lutut bkn otak kepala..huhuu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.