Jangan silap menilai anak (^_^)

Bukan niat nak riak ke apa ke kat korang. Saya percaya dan yakin anak korang ada yang lagi bijak dan keletah. Semua budak bijak kan. Cuma saya nak share rasa sedih dan terharu saya pasal Aina. Betapa lekanya saya betapa silapnya saya menilai...Walaupun dah 4 tahun saya masih anggap Aina anak yang masih kecik yang belum tahu apa apa dan masih belajar perlahan lahan tentang di sekeliling..Tapi saya silap..

Tapi jangan pulak korang cakap saya tak ambik tahu langsung. Sentap mak nak..hahaha..Saya tetap pantau dia walaupun tak 100%..Yelah, kita bekerja kan..Pukul 7.00 pagi dah hantar ke taska, pukul 6.00 petang baru jemput balik..Betapa masa dengan anak anak sangatttt lah kurang. Kan best jadi surirumah sepenuh masa...ermmmm.

Nak dijadikan cerita bangun pagi aje Aina sibuk cari kaler dan buku mewarna boboiboy dia yang saya belikan Selasa ri tuh. Bila dia mewarna saya tak suka kacau..Biar dia buat sendiri. Bila dia nak mewarna dan tak pasti nak guna kaler apa baru saya akan tunjuk..Contoh macam titisan air saya cakap kaler biru. So, dia paham...Tadi dia kusyuk mewarna tapi saya tak tahu pun dia kaler apa kan. Bila dah siap, dia panggil saya suruh tengok sambil tanya, "Antik tak ummi?"

Saya tengok langsung saya tak cakap apa apa sebab terperanjat dan terharu. Terus saya puji dia pandai..Memang dak Mimie touching tau sebab tak sangka. Selama nih saya hanya tahubdia oandai kaler ikut bentuk...


Korang nampakkan lampu isyarat tuh..Buku dah bagi petunjuk siap siap kaler yang perku diguna. So,saya anggap Aina belajar dari situ. Ambik tiga warna yang ditetapkan..Dan kaler ikut dan dia ajelah..Maksudnya saya anggap dia kaler ikut suka lah nak kaler merah kat mana hijau kat mana kan..Tapi tak sangka lak saya dia warna ikut susunan lampu isyarat tuh dengan betul..Merah,kuning dan hijau...Mana ummi dia tak terperanjat. Jenuh fikir akhirnya terjawab sudah yang anak saya nih belajar dari pemerhatian dia...Bila saya drive dan berhenti kat trafik light dia akan tanya itu apa. Dan saya akan jawab soalan dia tapi tak pernah secara details tau. Tak sangka Aina tahu kaler ikut kedudukan yang betul..Buat saya terharu sungguh anak bijak nih tau..

Jadi, kita kena faham dan sedar kelebihan yang ada pada anak anak. Kadang kadang kita sebagai ibu bapa yang under estimate anak anak kan. Sebagai contohlah kan anak kita tak pandai mengira tapi dia pandai melukis. So, sebagai ibu bapa kita kena pandai cari peluang untuk bantu dia supaya dapat catch up dalam bab mengira tuh supaya boleh seiiring dengan kelebihan yang dia ada. Kot kot dah besar boleh jadi arkitek kan. Setiap anak kan ada kelbihan dan kekurangan masing masing. 

Nota kaki* Lepas nih tak moh under estimate anak anak lagi...Tak moh anggap diorang still kecik lagi...Sangat silap..

Post a Comment

17 Comments

  1. stiap perkmbgn anak msti kt nak tau juga kan kak..

    ReplyDelete
  2. betul tue budak skg mmg cepat belajar

    ReplyDelete
  3. mmm betul tu kelebihan anak2 kadang mengekutkan kitakan

    ReplyDelete
  4. Kadang2 budak2 ada imiginasi datang..yg kta x sangka

    ReplyDelete
  5. betul tu..hargai anak2 kita setiap saat. sedikit perkongsian..ada penasihat kekeluargaan tu pesan, kita kalau balik kerja..luangkanlan masa dalam 15 minit ke setengah jam untuk bersama anak2 sebelum kita masak, mandi atau solat.. jadi anak2 tak rasa kehilangan dan sentiasa merasai kasih sayang ayah ibu. luangkan masa bercerita dengan anak yg dah pandai bercakap.. dan dakap erat2 anak2 yg belum pandai bercakap, lebih2 lagi bayi...

    ReplyDelete
  6. tips untuk sy jugak ni kak.

    kdg kdg kite tak sdr.tp alhamdulillah kita tak trlmbt sedar.
    sbb tu la suka baca blog org. sebab byk ilmu g nyg boleh cedok dr org yg mkn garam ni.
    keep update psl ank2 kak.
    secara tak lngsung blh jgk bg tjk ajr kt bkl ibu ni.hehe

    ReplyDelete
  7. wah.. pandainya Aina.. :)

    ReplyDelete
  8. Saya shopping tesco siap2:). Pandainya dia perhati dan ingat tu.

    ReplyDelete
  9. bijak aina ni
    kena asah bakat dia selalu sebab dia ada minat :)

    ReplyDelete
  10. betul tu..minat tiap orang kan lain2..begitu juga dengan budak2..mungkin minat dia ke arah y kita sendiri tak dapat jangkakan..

    ReplyDelete
  11. kdg2 kita ingat anak2 kita tu masih kecil lagi...upanya dah besar..dah boleh berfikir anak kita...masa berlalu begitu pantas...sedar2...dah nk masuk sekolah dah anak tu

    ReplyDelete
  12. bebudak memang menilai sesuatu berdasarkan pemerhatian diroang
    saya juga pantau setiap kelebihan dan kekurangan memasing
    memang kesilapan biasa ibubapa
    menganggap anak-anak masih kecil =)

    ReplyDelete
  13. cantik je warnanya... anak2 ni pandai kan, kita je kdg2 suka ingat anak kita tak pandai.. sekali anak tunjuk buktio.. menangis mak... hihi

    ReplyDelete
  14. ford, singapore airlines n churp2

    ReplyDelete
  15. budak-budak memang cepat belajar dari pemerhatian di sekeliling.. )

    ReplyDelete
  16. Anak2 sekarang cepat belajar..apa yg diorg lihat setiap hari itu yg diorg cepat ingt...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com