Auni demam dan infection mata

Hari nih saya EL. Bukan sebab saya tak sihat tapi Auni yang tak sihat. Since semalam badan dia dah panas..Tapi kali nih dia demam lain sikit. Mata dia kena infection. So, mata dia semendang aje keluar taik mata. Risau lah saya sebab tak pernah jadi macam nih kat Aina atau Auni. Puas jugak duk fikir jangkit daripada siapa kan...Ke sebab musim sekarang nih...Panas...

Pagi tadi saya siap pakai baju nak pergi kerja pun. Pastu siap siap buatkan susu Aina Auni sebelum hantar diorang kat taska. Sekali saya tengok Auni...Ya Allah tak sampai hati nak hantar dia ke taska. Mata dia tak boleh bukak sebab taik mata dia dah kering dan penuh kat mata. Gambar kat bawah nih pun saya ambik lepas saya dah bersihkan sikit..Kang tempek gambar mata Auni yang penuh taik loya pulak tekak korang kan...

Malam tadi bawak pergi klinik doktor cakap pun Auni kena infection dan boleh berjangkit sebab mata dia merah sikit...Haa...tuh yang buat hati ummi risau....

Ummi doakan Auni cepat sembuh ye sayang. Sian anak ummi..Kalau lah sakit tuh boleh dipindahkan, biarlah ummi yang tanggung sakit tuh..Betapa tak selesanya dan seksanya bila kena infection mata nih kan....Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit anakku....

Post a Comment

2 Comments

  1. Kesiannya. ANak dara saya pernah kena sakit mata sampai mata dia kena cuci. Masa tu umur baru 7 bulan. GWS auni.

    http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2011/05/bila-mata-qahirah-terpaksa-di-cuci.html

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com