Rahsia tarikh lahir : Suka suka

Saja buat kira kira dan tengok rahsia tarikh lahir saya...tak tahu nak buat apa malam nih tuh yang duk melayan benda benda nih..Betul atau tak, tak pasti pulak..Kalau betul mungkin secara kebetulan kan....

Kalau kawan kawan nak tengok boleh KLIK SINI

Nombor lahir saya ialah :

13 Januari 1984

1+3+1+1+9+8+4 = 27
2+7 = 9
(Nombor lahir saya ialah 9)

Keterangan nombor lahir :

9. Pelakon 
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. 

Nota kaki* Saja suka suka...Bukan percaya sangat pun

8 comments:

  1. Ros pun pernah hadirkan diri ke kursus tentang personaliti diri. memang dia ada ajar cara kira ni.. dah lupa dapat nombor berapa..

    BalasPadam
  2. Nieza pon kadang-kadang buat jugak mende ni..saje-saje je..ade yang kena ada yang tak..tak percaya sangat la ;)

    BalasPadam
  3. nana kira 39...pastu 3+9=12 la ye no nana,hee....

    BalasPadam
  4. emm peramah ye mimi ni, emm blehla akak try ni ;)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.