Khamis, 1 November 2012

Buang sampah merata-rata tempat akan dikompaun RM1,000: Chua Chee

PUTRAJAYA: Orang yang mempunyai tabiat suka membuang sampah merata-rata tempat bakal dikenakan kompaun maksimum sehingga RM1,000 selepas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) 2011 dikuatkuasakan sepenuhnya, pada masa depan. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chua Chee Heung, berkata sebagai permulaan anggota penguatkuasaan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Haram akan mengeluarkan notis amaran kepada orang ramai yang dikesan melakukan kesalahan terbabit. 


Malah, katanya, pegawai penguatkuasaan tidak akan teragak-agak untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara sekiranya individu terbabit terus melakukan kesalahan sama.


Moral of the story : Sama samalah kita menjaga kebersihan

19 ulasan:

  1. ayah MV pernah kena saman RM50.00 sebab masa 2 putung rokok terjatuh..baru jer dia nak pungut dh ada yg saman

    BalasPadam
  2. yeeaahhh kan bagus ada peruntukan undang2 mcm ni. baru lah negara kt bersih

    BalasPadam
  3. sokong tu....negara kita ni banyak sangat sampah

    BalasPadam
  4. baru nak buat ke? harapnya terhakis la sikap suka buang sampah merata2 tu kan...

    BalasPadam
  5. baguslah kalau dorg dah start dgn tindakan mcmni :)

    BalasPadam
  6. setuju sgt .dah tiba masanya kerajaan bertegas tentang sampah ni.rimas la dgn org yg suka buang sampah merata2.

    yg lagi sakit mata, bila buang kat tepi tong sampah jea. padahal tong sampahnya bukan penuh pun.

    BalasPadam
  7. tp sapela nk pantau semua ni...kdg2x mlm dyorg bt..sape nk g meround ye...tp klu bt agk2x bkesan ker...oppss.sbb mentaliti ni dh slalu bt jd tabiat.but tak mustahil..denda jgm xdenda :)

    BalasPadam
  8. Ok jugak kalau dilaksanakan, baru 'orang' tahu jaga kebersihan kan...? :)

    BalasPadam
  9. mahalnya denda tu...

    harap peraturan baru tu akan buat org ramai gerun nak buang sampah merata2 lagi...

    dan negara kita akan jadi negara yg terkenal dgn kebersihan nya...

    ayie rasa yg penting denda itu bukan sbg hukuman tapi lebih kpd nak mendidik...

    BalasPadam
  10. bagus la...pasni xda yang berani2 n suka2 hati buang sampah merata2 :)

    BalasPadam
  11. betul tu...

    kekadang dalam sedar/tidak kita pun buang sampah merata, walopun hanya tisu je kan...=)

    BalasPadam
  12. elok juga bt mcm tu mudahan2 bersih lah kawasan tu dan xde sape yg sudi bg bute 1000 gara2 buang smpah kan ^_^

    BalasPadam
  13. bagus gak dikenakan compoud ni tak hanya mementingkan diri sampai menyusahkan org lain.kalau ada compound yang tinggi nilainya barulah serik nak buat

    BalasPadam
  14. betul tu denda terus jer...wat sepah alam sekitar jer kerja

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.