Tips mendidik dan menjaga anak

Assalamualaikum...

Hari nih share something yang sangat sangat berguna untuk papa mama, ibu ayah, daddy mommy kat luar sana....Saya nak share tips mendidik dan menjaga anak...Actually entry nih untuk tatapan saya jugak...

Ada empat lima tips mendidik dan menjaga anak anak antaranya Tip Kebersihan, Tip Pemakanan, Tip Kesihatan, Tip Pendidikan dan Tip Kasih Sayang.

Hari nih saya nak share tip kebersihan dulu ye....

Tip kebersihan

Ibu bapa perlu mengambil berat soal kebersihan. Islam mementingkan kebersihan. Allah berkata dalam surah At-Taubah ayat 108 " Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih."
Ibu bapa perlu mendidik anak supaya mengamalkan kebersihan seawal usia kecil dan masih kanak kanak.

Didikan awal - ibu bapa perlu mendidik anak menggunakan tong sampah sejak kecil. Ibu abapa perlu menyuruh anak membuang sampah ke dalam tong sampah. Ibu bapa juga perlu membiasakan anak mengemas bilik tidur dan juga melatih menyapu kawasan bilik tidur, ruang tamu, halaman rumah dan sebagainya. Apabila ibu bapa melatih anak anak melakukan kerja kerja tadi, ini akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan sekaligus mendidik mereka supaya sentiasa bersikap bersih.

Membiasakan diri - Ibu bapa juga perlu membiasakan diri dengan tabiat yang sihat seperti menggosok gigi selepas dan sebelum tidur, membasuh tangan selepas keluar tandas, mandi dengan menggunakan sabun dan sebagainya. Apabila anak di ajar dari kecil, perkara yang diajar itu kan menjadi rutin. Akhirnya menjadi kebiasaan kepada mereka sehingga dewasa.

Peka pada kebersihan - Ibu bapa perlu mendidik anak supaya peka dengan kebersihan. Anak perlu dididik supya mementingkan kebersihan diri, kebersihan rumah, kebersihan persekitaran dan kebersihan pada setiap situasi dan keadaan. Anak perlu diberi tunjuk ajar dan cara yang betul dalam mengamalkan kebersihan.

Ganjaran - Kanak kanak perli dimotivasikan dengan ganjaran. Ini bagi menarik minat mereka supaya minat melakukan aktiviti seperti mebantu ibu bapa mengemas rumah, membakar sampah dan lain lain. Ganjaran hanya bersifat sementara kerana kanak dapat memahami erti tanggungjawab menjaga kebersihan apabila usia mereka meningkat.

Post a Comment

8 Comments

  1. didikan awal tu penting..bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya....anak2 ibarat kain putih kita yg mencorakkan mereka :)

    ReplyDelete
  2. setuju...pendidikan peringkat awal penting utk membentuk sikap mrk bila besar..

    ReplyDelete
  3. boleh simpan tips ni bila saya ada anak nanti..:)

    ReplyDelete
  4. betul... setuju dengan apa yang ditulis ni... :D

    ReplyDelete
  5. memang ajar anak2 bab2 ni. cepat tangkap tapi selalu jugak cari tong sampah tak jumpa. hahaha...

    ReplyDelete
  6. bdk kecik tgk cth org yg lebih dewasa..sbb tu mmg kena btul cara ye klu bt apa2... :)

    ReplyDelete
  7. btul tuh pu..klu msa kecil diajar dia akn jd biasa..jgn terlewat lentur..dah keras..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com