Tips mendidik dan menjaga anak part 3

Assalamualaikum....


Sebelum nih saya dah share tip kebersihan dan tip pemakanan kan...Hari nih nak share tip kesihatan lak...Kepada sesiapa yang terlepas baca entry sebelum sebelum nih, klik aje link kat atas tuh ye....

Tip Kesihatan

Kesiahatan adalah perkara penting yang perlu dijaga. Ibu bapa perlu mengambil berat aspek  penjagaan kesihatan dan mendidik anak supaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Pemakanan seimbang - Ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pemakanan seimbang keranan pemakanan menyumbang kepada kesihatan yang baik.

Penjagaan kesihatan - Ibu bapa perlu mendidik anak menjaga kesihatan dengan baik. Contohnya menjaga kebersihan, mengamalkan senaman, menjauhi persekitaran yang tidak sihat, sentiasa membasuh tangan, mengelakkan penyakit berjangkit, menjauhi nyamuk, mengawal tekanan, mengelakkan penderaan dan sebagainya.

Seimbang fizikal dan mental - Ibu bapa perlu mendidik anak supaya seimbangkan kesihatan fizikal dan mental. Kesihatan fizikal melibatkan tubuh badan, gigi, pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Manakala kesihatan mental berhbung kait dengan emosi dan perasaan.

Jadual rawatan - Ibu bapa perlu menyusun jadual rawatan anak-anak dengan baik. Contohnya, pemeriksaan gigi. Ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan gigi setiap enam bulan sekali supaya kesihatan gigi mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Post a Comment

3 Comments

  1. boleh menjadi panduan utk keyrah bila dah kahwin & dapat anak nanti :)

    ReplyDelete
  2. semoga bley amik tips ni sbg panduan...

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni sbg panduan tuk yg dah ada anak :-)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com