Kelebihan dan kebaikan yang ada pada buah delima (Granada)

Assalamualaikum....

Sebenarnya takde mood nak taip entry sebab selsema dan batuk2 macam nak demam tapi gagahkan diri jugak lawan rasa tak sihat nih..hehehe....tadi sempat blogwalking dan balas jejak kawan kawan...Tinggal sikit je lagi....Nanti PU nak share tentang cara cara nak pakai shawl yang PU post kat entry semalam. Permintaan daripada UmmiRoss..Nanti PU post entry ye...Harap sabar menanti...



Kali nih nak share pasal kelebihan dan kebaikan yang ada pada buah delima.....Seperti yang kita semua sedia maklum buah delima nih nama unik, cantik dan harum. Buah delima nih dikatakan berasal dari Parsi (Iran) dan di Utara India sekitar banjaran Himalaya. Lebih 8000 tahun yang lalu, buah delima nih digunakan sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Masyarakat Parsi percaya bahawa segala khasiat yang ada pada buah lain terdapat dalam buah delima...

Buah delima juga ditanam secara meluas dan masyarakat Cina kuno mempercayai mitos buah delima sebagai wakil buah syurga ataupun hadiah dari Tuhan yang terdapat dalam kitab perubatan purba. Terdapat banyak khasiat dan vitamin terkandung di dalam buah delima antaranya Magnesium dan Kalsium yang bagus untuk pengaliran darah. Terdapat dalam Al-Quran, Hadis dan kitab purba Parsi menyatakan kebaikan dan khasiat buah ajaib nih antaranya:

- mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
- membersihkan hati dan saluran perkumuhan
- menyingkirkan lemak berlebihan
- meningkatkan tenaga
- mencegah rasa mual
- menstabilkan tahap hormon semasa kemuncak haid
- mencantikkan kulit muka
- membantu memulihkan pesakit diabetis
- berupaya mengurangkan kahak ( asma )
- memberi tenaga dan mencegah keletihan
- mencegah angin ahmar bagi warga emas
- melancarkan peredaran darah

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99

Hasil dari analisis perubatan moden tentang kebaikan buah delima adalah :

- mengandungi Anti-Oksida yang tinggi.
- Anti oksida yang tinggi dalam buah delima mampu mengurangkan tahap kolesterol yang terkumpul dalam darah.
- Anti oksida ini juga mampu mengurangkan tahap kolesterol dan melembutkan saluran darah yang sempit dan keras.
- meningkatkan keupayaan hati dan membantu mencegah dan mengurangkan kesan 'Hepatoprotective'
- kandungan anti oksidanya mampu menghalang pembentukan sel barah payudara.

Untuk pengetahuan kawan kawan, di Jepun media massa telah mempromosikan khasiat buah delima tau : - merawat sakit jantung, tekanan darah tinggi, memberi tenaga, mencerahkan kulit dll.

Kalau nak tahu lebih lanjut info pasal buah delima dalam Al-Quran kawan kawan boleh baca kat SINI.

Sebenarnya banyak khasiat yang terdalam buah delima yang mungkin kita tak sedar. Ibu ibu mengandung boleh amalkan makan buah delima nih selain dari buah kurma. Buah delima nih boleh mencantikkan kulit bayi yang kita kandung selain kesan khasiatnya yang boleh kita dapat. Masa pregnantkan Auni dulu, PU makan buah delima. Memang kulit Auni cantik dan takde alahan apa apa pun. Kalau kena gigit nyamuk pun takde kesan tak macam kulit Aina..Ada kesan sebab kulit terlalu alergik. Semuanya gara gara minum soya....Dan pengetahuan kawan kawan soya memang tak elok.....

So, kalau nak rasa kesedapan buah delima dan dalam masa yang sama nak jaga kesihatan, PU syorkan cuba Jus Granada (Delima)..Memang bagus....



Kalau kawan kawan nak cuba jus nih boleh email PU terus zahirah.zahrin@gmail.com...InsyaALLAH, PU akan layan pertanyaan kawan kawan....Alhamdulillah ramai yang dah cuba jus nih dan hasil dari penggunaan jus nih amat memberangsangkan..kesan yang mereka terima positif...Syukur..Bila orang lain sihat, secara otomatiknya kita akan happy....

Post a Comment

10 Comments

  1. saya suka makan buah delima..:)

    ReplyDelete
  2. jus delima dari turki pon ok. jus delima gulsan., ada yg berminat ? kawan sy jual dengn harga borong. kalau berminat PM je

    ReplyDelete
  3. akak jd agent menjual jgk yer :) buah delima ni tak pernah nmpk yg btul2 lg..mkn pon tak pernah..klu dh bt jus lg snang la..bancuh jer..dh dpt kelebihannya :)

    ReplyDelete
  4. kt cniepun ada jual tp jenama lain..tp mmg buah delima bguskn..klu nk mkn buah mmg pyh kna korek2 bijik dia tecik2

    ReplyDelete
  5. wahhh..akk pn dh update psal buah delima iyer..dya bru ari tu tebaca psal khasiat nye..nnti bile dh preggy,,dya teringin nk bby kulit cantik..

    ReplyDelete
  6. buah delima mmg byk khasiat.. xpnh lg beli yg camni.. biasa mkn yg buah tu je :-)

    ReplyDelete
  7. buah delima mmg byk kebaikan...wani pun suka buah delima ni..PU jual ker jus delima tu

    ReplyDelete
  8. wahhh bagus khasiat dia kak ummi :)
    buah delima org pregnnt suka mkn..se nye la heheee :)

    ReplyDelete
  9. Khasiat buah delima nie bagus...bru cr tahu....thanks info....

    ReplyDelete
  10. kak fieda pun pernah dgr pasal jus ni..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com