BERAMBU RAMBA DI AEON SEREMBAN 2 | PART 1

Entry yang diperam selama seminggu lebih…ini menunjukkan PU seperti busy teramat walaupun tak berapa busy mana pun…Sepatutnya entry nih di publish minggu lepas lagi tapi memandangkan tahap kemalasan yang semakin menjadi jadi maka enrty nih PU peram dulu untuk dijadikan jeruk…hurm…

Okey la nih cerita Jumaat minggu lepas,minggu lagi satu iaitu bersamaan 27hb April 2012….Hari tuh  bagi yang busy bekerja,bertungkus lumus menyiapkan kerja tapi PU sebaliknya pulak. PU start ambil cuti sejak hari Khamis, 26hb April 2012 sehingga 02hb Mei 2012…Saja ambil cuti lama lama nak rest kan badan yang dah sampai tahap keletihan melampau…..

Actually, 26hb tuh PU dan incik hubby ‘ditugaskan’ bawa adik PU yang no.3, Cuya (panggilan manja dia katanya…hahaha) dan adik sepupu PU, Farah temuduga di Institut Kesihatan Umum, Jalan Bangsar……Itu sebabnya PU ambil cuti…Dan hari hari yang seterusnya seperti yang dimaklumkan di atas…Nak rest kan badan….

Huh…Mukadimah punya la panjang walaupun sebenarnya nak cerita pasal hari Jumaat jer…..

……Titik….Noktah………………………Terus cerita hari Jumaat punya kisah…………………………

Hari Jumaat lepas solat Zohor, PU jemput adik dan adik sepupu kat Telok Kemang…PU nak bawak dorang berambu ramba di Aeon Seremban 2. Dorang nih untuk makluman korang semua bukan jenis kaki jalan punya orang…Kalau diajak baru la dorang berjalan…..
So, sampai sampai jerk at Aeon Seremban 2 kitorang terus bawak budak kecil dua orang ih kat tempat mainan kanak kanak yang ada kereta muzik dan permainan game bagai…..Sempat jugak snap sana snap sini gambar budak budak nih……PU pun tak terkecuali okey!!!






Lepas penat melayan karenah Aina dan Auni, kitorang pergi Pizza Hut mengisi perut yang dah mula berdendang keroncong……Alhamdullillah servis kat Pizza Hut sini memang terbaekkk!!!







Perut masing masing pun dah penuh, so, PU terus shopping beli pampers dan susu Aina dan Auni….Pastu, beli dua tiga barang untuk buat apam polkadot……Selesai beli barang, kitorang simpan barang barang kat kereta dulu. Pastu, kitorang menuju ke tempat WAJIB PU akan pergi setiap kali ke Aeon Seremban 2…..Nak tahu apa tempat WAJIB PU tuh….Tunggu entry seterusnya okey!!!!

2 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.