Apam Polka Dot dan Apam Corak Corak

Alhamdulillah menjadi jugak buat apam polka dot dan sewaktu dengannya walaupun first time buat...Oven dan mixer dah ada wajiblah kan digunakan sebaik yang mungkin. Actually apam nih PU buat ari Khamis malam Jumaat. PU nak bawak balik Melaka bagi MIL. Memandangkan kitorang sefamily nak balik esok malam, so PU prepare awal awal nak buat apam. 

Sekian lama bertungkus lumus menyiapkan apam apam kecil ku nih..Maka ini hasilnya.....Separuh bagi MIL, separuh sebagai bekalan untuk Aina dan Auni bila diorang dekat rumah makngah nanti..

Hahaha....macam macam corak ade.....Yang kaler pink corak polkadot coklat tuh inti jem blueberry, kaler putih tuh la inti jem strawberi dan kaler coklat inti coklat chips putih.....

Tak sia sia try buat apam polka dot dan corak corak nih..hehehe...Nak resipi???Skroll kat bawah laju2..

Bahan bahan :

275gm tepung gandum
220 gm gula kastor
3 biji telur (fresh from peti asejuk)
150 ml susu cair
3 sudu teh ovalette
3 susu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna (ikut pada selera korang nak warna apa)

Filling : jem blueberry, jem strawberi, coklat chip etc...ikut suka hati korang la kan...

Cara caranya :

1. Mula mula campurkan tepung gandum, gula kastor dan serbuk penaik. Gaulkan. 
2. Kemudian masukkan telur, susu cair, ovalette dan esen vanilla.Pukul sehingga kembang.
3. Bahagikan adunan kepada tiga warna....
4. Masukkan adunan dalam piping bag (plastik kalo xde piping beg)
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Korang agak agak la masukkan adunan tuh jangan banyak sangat sebab nak isi inti dalamnya. Lebih kurang 2/4.
6. Isikan inti jem yang korang nak. Pastu, picitkan adunan ke atas inti tadi sehingga penuh....Pastu korang buat la corak polka dot kat atas adunan tadi.
7. Dah siap, kukus selama 10-15 minit. Makesure lapik penutup periuk dengan kain. Tujuannya untuk menyerap wap, nanti apam takla berlubang lubang....

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah,nampak sedap jak.Terliur terusss

    ReplyDelete
  2. @Cik Adieb
    memg sedap....buat la....hehehe
    senang jer

    ReplyDelete
  3. lawa corak2 apam. sayang nk mkn. :)

    ReplyDelete
  4. comey :)...nenot xpandai nk wat corak2 camtu.

    ReplyDelete
  5. comelnyer apam polka dot tu !! :)

    ReplyDelete
  6. comel2 je apam yg pun buat ni... sk dgn warna dia...

    ReplyDelete
  7. cute2 jer apam tue...bila pulak cik rose nak buat nie...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com