Khamis, 15 Disember 2011

Seronoknya bila dengar Auni cakap "NAK" bila dia nampak orang makan

Dah jadi kebiasaan bila anak anak kecil mula belajar sebut baba,mama,atete,aaaaaa dan sebagainya............Walaupun perkembangan Auni lebih cepat daripada Aina tapi PU anggap tuh perkara biasa. Yelah, setiap anak lain caranya membesar, betul tak???

Macam tuh la jugak dengan Aina dan Auni. Masing masing ada kelebihan dan cara tersendiri. Walaupun Aina kurang pandai bercakap lagi tapi ada la jugak beberapa perkataan dia tahu sebut macam NAH, NAK, MA, MI, BI, AYAH, BANG (kapal terbang), BAH (bas), YI (lori), YET (DUIT) dan BAK AH (kalau dia mintak sesuatu). Yang lain kalau dia nak susu, dia amik botol susu dan bagi PU @ abi dia, kalau dia buang air besar dia tunjuk pampers dia kat kita...Kalau nak mandi dia tunjuk bilik air....Aina lebih banyak berinteraksi dengan bahasa isyarat tapi Aina cepat faham apa yang kita cakap. Kalau nak mintak tolong dia buat sesuatu dia memang faham dan akan cepat buat apa yang kita suruh.

Lain pulak dengan Auni...Enam bulan lebih dah pandai duduk, berdiri sambil berpaut dan baru merangkak..Sekarang dah lapan bulan, Auni dah pandai berdiri sambil nak lepaskan tangan walaupun dia tak berapa kuat nak berdiri. Yang paling PU dan incik hubby tak sangka sangka bila Auni menjerit "NAK" bila nampak kitorang makan sambil tepuk tepuk tangan dia kat lantai atau kerusi roda dia. PU memang akan tergelak bila dengar Auni cakap "NAK"...Auni memang pantang nampak orang makan kompom dia akan datang walapun masa tuh dia dah makan dan kenyang...See betapa kuatnya Auni makan. Actually fizikal Auni nih kecik jer tapi kalau sesiapa dukung dia memang akan terasa lenguh...


Tak kisah la macam mana fizikal Aina dan Auni, janji anak anak PU membesar dengan sihat dan menjadi anak anak yang bijak. Syukur kepada ALLAH SWT kerana mengurniakan anak anak yang sebijak Aina dan Auni.

4 ulasan:

  1. perkembangan ank2 mmg buat kita rs seronok :-)

    BalasPadam
  2. kembar ke Pu...?Bestnya dapat anak kembarkan...

    BalasPadam
  3. @Cik Rose Cute
    Tak la Cik Rose...anak anak PU jarak setahun jer..tuh yg nampak macam kembar....

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.