Day 15 : Kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?

Setelah sekian lama jari jemari PU nih berhenti dari menyahut 30 hari cabaran, hari nih PU sambung semula. Rasa sayang tak jawab soalan soalan yang dikemukakan. At least, blog nih tak bersawang kan....

Topik untuk hari nih kalau dapat RM1juta, apa akan PU buat dengan duit yang sebanyak tuh.....Uit, kalau difikir fikirkan dalam kepala brain PU nih banyak benda nak buat....

duit nih ehsan uncle google

Jom review sesama apa akan PU kalau ada RM1juta...

a) PU nak bayar segala hutang piutang > contohnya settle hutang kereta, motor, PTPTN, rumah dan loan bank. Actually rasa semak kepala bila fikirkan hutang nih....Kalau la semua dah settle alangkah bahagia hidup PU..lalalala~~

b) Buat simpanan RM20k seorang > PU akan buat simpanan untuk PU, incik hubby dan anak anak seorang RM20k...Paling penting buku simpanan tuh PU pegang okeh!!!!

c) Nak hantar mama,ayah,mak, mak mentua, ayah mentua pergi haji > PU memang berniat nak hantar diorang tunaikan haji kalau PU ada duit sebanyak nih. Mudah mudahan segala yang PU impikan tercapai walaupun masih jauh nak gapai impian tuh..huhuhu

thanks google!!!

d) Nak sedekah kat rumah orang orang tua dan rumah anak anak yatim > Kalau kita ada rezeki lebih tak salah kita kongsi rezeki tuh dengan bersedekah dengan orang yang lebih memerlukan.

e) Nak beli banglo > Memang nih impian PU walaupun masih samar samar lagi...kalau dapat perghhh...tak tahu nak cakap apa dah...touching sungguh!!!

maap yer tuan rumah, saya mik pic nih kat google

f) Nak melancong ke luar negara > Banyak tempat PU nak pergi nih..Kalau nak list down limaploh ari limaploh malam tak habis list...huhuhu

g) PU nak beli kereta @ MPV > Toyota Vios untuk incik hubby, Alphard untuk PU....Untuk parent dan parent in law PU belikan MPV gak tapi ikut taste diorang....

google lagik!!!

h) Bukak business > Mungkin business jual tudung atau restoran makan....

Amik ngko!!!!banyak benda PU nak buat kalau dapat sejuta....tujuh keturunan tak habis woo kalau pandai aturkan aliran duit nih. Betul tak????hehehe

3 comments:

  1. Banyak la...benda nak buat dengan duit satu juta tue hihihi

    BalasPadam
  2. wow..kalau la impian menjadi kenyataan...best kan PU.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.