Khamis, 22 Disember 2011

Check Up Aina 1 tahun 11 bulan & Auni bersunat

Salam peeps!!!

Hari nih PU masuk ofis lambat sebab hari nih PU kena pergi klinik untuk check up Aina dan nak bawak Auni bersunat. Actually, semalam patutnya check up Aina tapi PU tersalah pandang. PU ingatkan 22hb nih, rupa rupanya 21hb...PU catatkan kat diari dan save kat kalendar tab 22hb sekali 21hb...Nasib baik JM tuh kata takpe, janji datang. PU bukan apa, selalunya kalau bab bab check up anak anak nih memang PU alert sikit memang tak pernah miss tapi bila jadi macam tadi, betapa cuainya PU. Incik hubby ikut sekali tapi dia bawak motor, PU pulak drive. Lagipun lepas bawak anak anak pergi klinik dia direct pergi kerja.

Alhamdullillah, Aina takde masalah. Setakat nih dia memang seorang anak yang aktif. Cuma PU risaukan berat badan Aina yang agak ringan bagi PU..Berat Aina tadi 9.5 kg je....Memang berat badan dia naik dari sebelum nih tapi PU tetap risau gak. Aina nih bab makan memang problem sikit. Nak makan ikut mood dia. Kadang kadang PU masak nasi bukan dia nak makan sangat tapi bila PU masak bubur Auni dia makan banyak. So, dari situ PU agak Aina nih malas nak mengunyah. Makan buburkan lembut dan lembik sebab tuh dia suka makan bubur. So, PU masak la bubur banyak banyak. JM pun cakap takpe, janji dia makan. 


Check up Aina tak lama pun lebih kurang 10 minit tak selesai. Lagipun orang tak ramai. Sebab tuh cepat kalau tak lambat jugak nak selesai. Lepas check up Aina, PU bawak Auni pergi klinik swasta pulak. Klinik nihlebih kurang 200 meter je dari klinik tadi. Lepas daftar semua tunggu giliran Auni untuk disunatkan.


Sebelum sunat tuh, doktor check Auni dulu kot kot Auni tak sihat. Tapi Alhamdullillah Auni sihat dan aktif. Sebelum sunat, Auni diberikan ubat untuk kurangkan kesakitan. Sekali nak tahu apa jadi kat Auni. Mula mula masukkan dos ubat kat mulut dia, dia tersedak. PU tepuk tepuk belakang badan dia. Pastu, nak bagi dia baki ubat tuh dia tutup mulut dia rapat sebab tak nak makan ubat. Bila dapat masukkan ubat tuh dalam mulut dia, dia sembur ubat tuh kat tangan pembantu klinik tuh. Doktor dan pembantu tuh tergelak tengok gelagat Auni. Dorang cakap bijaknya dia. Kecik kecik dah pandai tak nak makan ubat sebab pahit. Lepas tuh pembantu tuh tanya berapa umur Auni. PU jawab la 8 bulan. Pembantu tuh cakap baru 8 bulan tapi dah macam budak setahun. Doktor pun mengiyakan sebab dia cakap Auni bijak. Tak sampai 2 minit proses menyunat Auni selesai. Masa proses tuh, Auni menangis. Bila dah selesai terus dia berhenti menangis.

Alhamdullillah semuanya belajar dengan lancar. Lepas selesai semua incik hubby pun bertolak pergi kerja. PU pulak gerak ke rumah makngah hantar Aina dan Auni. PU bersyukur sangat sangat dikurniakan dua orang puteri yang comel dan bijak. Walaupun setiap anak berbeza dari segi sikap dan pembelajaran tapi bagi PU semua tuh kurniaan ALLAH. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Sebagai ibu bapa, tugas kita mendidik mereka menjadi insan yang cemerlang sama ada di dunia mahupun akhirat.

2 ulasan:

  1. semua berjalan dgn lancar ye..alhamdulillah..pandai btul auni sembur ubat tu balik ye..bijak betul bdk2 skrg..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.