Best sangat ke blog Hanya Dari Mata???

Salam peeps!!!

Nampak tak tajuk PU kat atas tuh??Nampak kan???Korang kenal dengan pemilik blog Hanya Dari Mata a.k.a Innanie Ariffin.....Ala bila bukak blog dia sana sini ada mahkamah dan kes tuh!!

Best sangat ke blog dia tuh???Meh sini baca apa PU nak "KUTUK" blog dia...Dia nak marah lantak pi la kan...Nih blog PU, PU punya suka la nak taip apa pun. Hado aku kesah kalau dia sentap!!!!


Korang yang mana kenal dengan blogger nih jangan marah atau maki hamun PU pulak....Korang jangan sentap atau terhiris hati terhiris hempedu ke apa...Luahan hati PU nih ikhlas takde nak bikin kontroversi punya la. Jangan pulak korang tak puas hati dengan kutukan PU nih,korang bantai PU kat luar. Tak pasal pasal masuk suratkhabar popular PU jap.

Okeh straight to the point!Macam mana PU boleh kenal dengan blogger Hanya Dari Mata ni? Mula mula PU kenal blogger nih sebab nak join contest yang dianjurkan beliau. Salah satu syaratnya dia minta peserta sertakan sekali tajuk entry beliau yang paling disukai. Mula mula tuh fikir jugak best sangat ke entry ngko sampai suruh sertakan sekali tajuk entry yang best...

Bila bukak one by one entry Innanie Ariffin nih..........(PU shotform panggil IA la yer...Malas nak taip panjang panjang nama ko dik...lenguh tangan ahkak nih ha)...Sorry to say it!!!Sambung balik yer ayat tadi...Bila PU dah baca entry IA nih one by one, hati nih bagai tercarik carik halus sebab bukan rasa sentap ke apa tapi penggunaan ayatnya, keikhlasan IA nih meluahkan apa yang dia rasa tak puas hati atau tak suka, kejujuran dia berkongsi cerita dan ilmu kepada blogger blogger lain buat PU jatuh CHENTA la!!!Memang blog dia nih terbaekkk!!!PU bukan nak bodek ke hape tapi this is the truth...Mula mula PU jadi silent reader gak tapi PU cuba belajar sikit sikit baca entry beliau dan komen......Kalau boleh nak jadi peminat setia dia macam PU minat Datuk Siti Nurhaliza...Boleh IA????

PU suka cara penulisan IA yang berani mati...Kalau dia cakap tak suka, dia cakap tak suka. Takde istilah hipokrit ke hape....Memang entry entry yang dihasilkan ada "HARGA" tersendiri. Tahniah IA....Akak memang suka baca entry entry awak...Kadang kadang rasa diri nih kerdil jika nak dibandingkan dengan IA nih sebab berjaya menghasilkan penulisan yang berkualiti dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca. Agaknya student law nih memang banyak idea yang superb untuk dikongsi dan diluahkan...Nama pun bakal peguam kan???Nih kalau berbahas dengan IA mahu kalah 100 markah ke belakang PU dibuatnya...Budak law fighting dengan bekas budak banking??Giler ngko!!Sah sah PU kalah teruk...Haiyakkkk!!!!

PU gerenti la korang takkan jemu baca entry IA dari awal sampai habis. Kalau sesiapa yang belum follow blog IA nih cepat cepat la follow sebab rugi rasanya kalau korang tak mengikuti perkembangan terkini IA nih..Ceh ceh ceh mengalahkan retis aje IA nih...Ala retis dalam dunia maya pun popular apa...Serius banyak pengajaran dan ilmu yang korang boleh dapat dari blog IA nih. PU sendiri pun masih belajar untuk menghasilkan entry yang superb macam IA. Memang tak digalakkan meniru cara orang lain tapi sesuatu yang baik tak salah kalau kita jadikan pedoman dan contoh kan? That's why la PU adore sangat sangat blog IA. Isi yang mantap, penggunaan bahasa yang mudah difahami membuatkan PU memang tak jemu nak baca. Serius PU cakap, if ada entry yang PU terlepas peluang nak baca, PU akan baca entry IA yang terlepas tuh sekurang kurangnya 5 entry satu hari. Tuh yang buat laptop PU jammed bila bukak blog IA..sorry IA akak gurau jer dear, jangan terasa hati pulak dik. Akak tau awak berhati kental berjiwa batu. Buktinya cukup sekadar baca entry entry awak yang BERANI MATI.

Dan dua pengajaran yang PU dapat dari blog IA nih, yang pertama jangan takut untuk menegakkan fakta dan berani memerangi auta dan keduanya luahkan apa saja rasa ke"tidakpuashati"an terhadap persekitaran sekeliling kita but dengan cara yang betul dan berhemah. So. i will keep both of them as my reminder for the future. Ermmm... Agak agakkan banyak sangat ke PU kutuk IA nih? Rasanya cukup setakat nih kot kang PU lebih lebih pulak ada yang cakap PU kaki mengampu.(tangan kat bahu mata pandang atas) Please la.. Segala KUTUKAN PU nih bernas dan relevan dengan bukti bukti yang ada okeh. Cukup bahan perasa okeh!!
Lepas nih giliran siapa erk blog dia kena terjah dan "kutuk"???Berani PU nak mengutuk blog orang kan??Blog haku nih pun tak semenggah jer...sob sob sob

Nota kaki * entry nih bukan tujuan nak up traffik ke apa atau mengipas owner blog ye...PU ngah bosan tahap gaban nih so, terdetik idea kat kepala otak nak BW & review blog tuh...No need buat segmen la...Buat ikut suka hati...
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

  1. Nangis baca entry PU ni! well, meh baca lagi. ada entry baru.

    terima kasih atas sokongan dan dorongan akak. sangat2 menghargainya!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.