Isnin, 21 November 2011

Perjalanan ke Sunway Pyramid (Part 1)

Seperti yang PU bagitau kat entry sebelum nih, PU menang contest InnerShine. Dengan rasa keterujaan nak jumpa Maya Karin punya pasal PU beranikan diri drive pergi Sunway Pyramid. Terus terang PU belum pernah drive sampai ke sana tau.

Macam biasa pagi Sabtu tuh PU bangun pagi buat sarapan untuk adik adik PU. Ari Jumaat lagi PU dah balik Sendayan, so, bila dengar balik Sendayan adik adik PU nak ikut....Excited nak duk umah kakak dia..hahaha...Lepas tuh, bila dah siap semua PU mandikan anak anak. Auni PU tak bawak, PU tinggalkan kat makngah....Nak jalan jalan pergi Sunway Pyramid bawak Auni?? Giler ngko!!! Kompom satu Sunway Mall tuh dengar suara Auni..Perangai dia agak lain sikit...So, PU buat keputusan bawak Aina, adik PU Arif dan adik adik sepupu Farah dan Alif....

PU bertolak dari rumah jam 11.30 pagi. Singgah PD hantar Auni dan jemput Farah. Then, bermula la perjalanan kitorang ke Sunway Pyramid. Yang kelakarnya, malam sebelum pergi tuh incik hubby dah bagitau ikut Highway Kesas. Yang PU pulak salah paham msg incik hubby, PU pikir incik hubby suh ikut Lekas tapi dia tersalah taip Kesas. Dah tak pasal pasal kena patah balik pergi bandar Seremban ikut Highway Plus.

Perjalanan PU berjalan dengan lancar sampai la Highway Kesas. Incik hubby pesan lepas tol yang ke 2 atau ke 3 ikut signboard Sunway dia sendiri tak sure. PU pun ikut jela arahan dia tuh. Sebelum sampai tol ke 3 PU ada terperasan signboard Sunway Lagoon Resort tapi PUdah terlajak. PU pikir takpela sebab belum sampai tol yang ketiga. Dah sampai tol ketiga bawak keta macam biasa la kan.. Bawak punya bawak PU tengok langsung takde signboard Sunway. PU dah mula cuak dan nak marah sebab jam dah pukul 2.54 petang. PU suruh Farah kol incik hubby tanya dia balik. Sekali nak tahu apa PU dapat tahu?? Incik hubby bagitau kitorang dah terlajak jauh..Apa lagi, PU buat u turn terus pecut laju. PU tengok signboard Bandar Sunway PU ikut jer....Akhirnya sampai la kitorang ke destinasi yang dituju walaupun kitorang sampai jam 3.30 petang.

Dah sampai Sunway nak tahu apa jadi kat kitorang semua???Tunggu entry lepas nih pulak......

2 ulasan:

  1. best ke sunway piramid kak?
    yna rasa cam xda pape pun kat sana :(

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.