Rabu, 16 November 2011

Kerana vacuum Aina menyorok

Korang nampak tak kepala seorang baby besar kat sebalik sofa tuh? Nak tahu kenapa Aina menyorok kat belakang kusyen sofa tuh? Meh sini rapat rapat PU nak cerita sket.

Ceritanya macam nih. Pagi sebelum PU balik PD, PU kemas rumah. Kemas dapur, kemas ruang tamu dan bilik. Disebabkan banyak habuk dan sampah sampah kecik, PU guna vacuum @ PU panggil doraemon. Bila Aina nampak jer PU pegang vacuum cepat cepat dia berlari naik atas sofa.

PU memang dah tahu Aina mesti akan lari bila nampak PU guna vacuum. Sambil mengvacuumkan habuk habuk kat bawah sofa PU tergelak gelak sebab kelakar tengok gelagat Aina yang duk tinjau tinjau dari belakang kusyen.

Lepas tuh PU acah acah dia dengan vacuum tuh kat arah dia, menangis terjerit jerit si Aina. PU apa lagi tergelak gelak la. Menggeleng geleng kepala PU tengok keletah Aina. Ntah sampai bila Aina akan berani berdepan dengan vacuum nih. Si adik lagi berani daripada si kakak. Aina oh Aina!
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 ulasan:

  1. hahaha..sama la dgn maira ni PU..gitu gak pantang pasang vacumm mula la dia dh start langkah seribu nk gi nyorok..

    BalasPadam
  2. mcm tu senang la..kot dia xmo dengar ckp acu je vacum..

    BalasPadam
  3. hihiii si alisha ni pulak.. xdanya nk takut.. lg nk tlg kita vacum adalah.. hihi

    BalasPadam
  4. same la ngan anak saye...takut vacuum, kalu sy vacuum kat dpan, mst dia nyorok dlm bilik...:)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.