Most Recent

Saturday, January 04, 2020

Kelas Karate Kali Pertama di Tahun 2020

Kelas Karate Pertama di Tahun 2020 | Setelah sebulan rehat sebab cuti sekolah dari hadir kelas karate, hari ni anak anak Mimi datang ke semula kelas karate kali pertama di tahun 2020. Sebenarnya sepanjang cuti sekolah kelas karate di adakan di HQ Rasah. Boleh je anak anak nak datang kan tapi faham sajalah kalau dah cuti sekolah otak diorang fokus pada nak bercuti.



Seperti biasa rutin di hari Sabtu hantar anak anak dara ke kelas karate dah bermula hari ni. Sementara belum bersalin lagi gagahkan diri juga hantar diorang ke kelas karate.

Hari pertama ni, macam biasalah diorang akan belajar semula teknik teknik yang dipelajari sebelum ni. Tak nak pelajar lupakan. Minggu depan diorang akan belajar teknik baru pulak. 



Sebelum ni kan Mimi ada kongsi dengan korang yang Aina dan Auni terlibat dengan event grading di Kompleks Sukan S2. Rasa berdebar jugak kalau anak dara dua orang ni tak lulus. Masa take a break tadi, sir mereka umumkan markah yang diorang dapat masa grading. Alhamdulillah kedua dua anak Mimi lulus. Aina dapat markah 75 manakala Auni pulak 76. Lebih 1 mata daripada kakak dia.

Mimi dapat rasa kenapa markah Aina kurang 1 daripada Auni. Masa grading tu, Aina ada terlupa step tapi dia cepat cepat cover dan buat semula.

Bagi Mimi keputusan yang diorang dapat tuh dah cukup bagus dan membanggakan. Minggu ni diorang masih lagi bertali pinggang putih. Minggu depan tali pinggang putih akan bertukar warna pulak. Nak tahu warna apa tunggu Mimi update kat entry lain nanti ya. 

4 comments:

  1. anak2 aida x join kelas mempertahankan diri ni, mimie.
    bukan tak penting bagi aida, tapi tak ditawarkan di skola dan tak jumpa tempat blaja yg terdekat :(
    utk izzat, sebab dia boy kan, akan aida cari kan juga la nanti.
    now concentrate dia utk swimming dulu.
    bagus if anak2 ada at least satu seni mempertahankan diri ni.

    ReplyDelete
  2. wah bagus ni. syafi belajar separuh jalan aje dah give up haha

    ReplyDelete
  3. Tahniah aina dan auni. Semoga dapat gunakan karate ke arah kebaikan. Good job!

    ReplyDelete
  4. wah bagus2 belajar karate ni. untuk perlindungan diri. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.