Hai semua!
Ada yang dah start kerja hari ni ke? Yela cuti lama kan. Mimi still cuti lagi. Selasa minggu depan baru start kerja. Bila cuti lama ni jadi surirumah sepenuh masa lah kan.
Bila duduk rumah macam biasalah kemas rumah, sapu lantai, basuh pinggan dan memasak. Cerita pasal memasak, hari ni untuk makan tengahari Mimi buat tiga menu.
Jom tengok menu apa yang Mimi masak untuk makan tengahari.
Telur Masak Kicap |
Telur maska kicap ni Mimi makan lah tapi tak berapa sangat. Lauk ni selalunya jadi lauk pilihan suami dengan anak anak. Hari hari masak lauk ni pun tak apa tau. Mimi pula yang bosan.
Kangkung Goreng Pedas |
Sambal tempoyak |
Menu yang paling umpphh sambal tempoyaklah. Makan dengan nasi panas panas perghh terbaik rasa dia. Kebetulan tempoyak banyak dekat rumah mak mertua bagi haruslah guna sebaiknya ye tak. Kalau nak masak lemak tempoyak pun sedap tapi tu lah suami Mimi kurengg sikitlah makan kuah tempouak ni. Kalau sambal macam ni dia makan. So, bila nak memasak tu memang duk fikir suami lah kan. Kalau nak masak lemak cili api tempoyak kena time dia tak ada kat rumah.
Lagi satu fiil Mimi kan kalau masak lauk yang tak pedas, mesti ada menu lain yang pedas sebab rasa lain je kalau tak makan pedas tau. Tak lengkap pula rasanya kalau tak pedas. So, inilah tiga menu campak campak je. Semua senang dan cepat nak disediakan. Korang pula masak/makan apa untuk tengahari?
10 Comments
bestnya cuti lama! walaupun nampak simple, tapi konfirm sedap!
ReplyDeleteKak Sue lama cuti masak Mimie.. kadang anak dara yang masak kat rumah. Kami pun macam Mimie juga.. menu mesti kena ada yang pedas.. baru sedap..
ReplyDeleteNi menu pembuka selera bebeno. Hahahha nak2 ada tempoyak. Aduh duh tak toleh kiri kanan nanti.
ReplyDeletemebeles sungguh menu walaupun simple....
ReplyDeleteUiiiii..sodapnya masakan mimi....nak sket
ReplyDeleteSambal tempoyak tu menggoda betul. Lunch simple macam ni pun boleh biat bertambah nasi. Hahah!
ReplyDeleteTelur masak kicap lauk lejen tu mimi. Semua orang boleh makan. Sambal tempoyak tu menggoda sgt ok.
ReplyDeletelauk tempoyak tu buat i terliur, telur masak kicap dengan sayur kangkong sedap makan dengan nasi panas,arghhh lapaaa
ReplyDeletetelur kicap dan kangkung feveret mama juga tau
ReplyDeletelapar tengok menu ni...hujan-hujan memang bertambah nasi
ReplyDeleteTAHUKAH ANDA! bisul @ BARTHOLIN CYST boleh terjadi akibat dari msalah KEPUTIHAN <-- klik untuk lanjut
❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com