BELANJA ANAK ANAK RASAI IFTAR KE 20 DI CYBERVIEW RESORT & SPA | Hai korang! Sihat ke tidak? Harap sihatlah hendaknya. Jumaat baru baru ni Mimi bawa anak anak makan kat satu tempat tau. Dah janji dengan anak anak nak bawa diorang makan sedap sedap kat satu tempat. Syukur, Mimi dapat tunaikan hajat demi anak anak. Nak tahu Mimi bawa anak anak makan kat mana? Mimi BELANJA ANAK ANAK RASAI IFTAR KE 20 DI CYBERVIEW RESORT & SPA.
Cyberview Resort & Spa |
BELANJA ANAK ANAK RASAI IFTAR KE 20 DI CYBERVIEW RESORT & SPA
Lepas balik kerja terus gerak pergi Cyberjaya. Mimi anggarkan dalam pukul 6.30 petang sampai tapi Mimi dan anak anak sampai pukul 6.50 petang. Dengan hujan lebat lepas tu ada kemalangan pula dekat highway. Memang menguji kesabaran. Tapi tak apalah janji kitoramg selamat sampai.
Sampai saja di Cyberview Resort & Spa, kitorang di sambut oleh staf staf yang sangat peramah dan murah dengan senyuman. Bahasa yang digunakan sangat sopan menyambut tetamu. Siap diorang tunjukkan arah dan hantar sampai ke Verandah.
Masuk saja dalam Verandah, meja penuh. Adalah sebuah meja kosong, so, Mimi dan anak anak duduk di situ. Masa bangun nak pergi tengok menu menu yang dihidangkan anak anak datang. Sekali diorang cakap meja dah ada orang duduk. Jadi, satu masalah nak tunggu meja kosong. Faham sajalah ibu tiga anak ni nak handle tiga orang anak yang pelbagai ragam. Tapi masalah tu diselesaikan dengan cepat apabila seorang staf menunjukkan meja yang ada seorang saja pelanggan di situ. Nasib baik, dia tak kisah sebab dia seorang saja. Syukur. Terima kasih staf Cyberview Spa & Resort kerana bertindak dengan pantas selesaikan masalah yang timbul. Mimi lupa nama staf tuh tapi it's okay Mimi cam muka dia.
VERANDAH CYBERVIEW RESORT & SPA
Selesai masalah, Mimi suruh anak anak stay sekejap di meja sementara Mimi ambilkan diorang makanan. Tapi nama pun budak kan, tak ada makna diorang duduk diam. Menyibuk juga diorang datang dekat Mimi. Nak bagi diorang duduk diam, Mimi bawa diorang pergi di bahagian Kidz Corner salah satu station yang ada di VERANDAH CYBERVIEW RESORT & SPA.
Kidz Corner |
Kidz Corner ni meriah sangat tau korang. Colourful sungguh. Budak budak memang suka. Di sini ada coklat fountain, aiskrim, candies counter, popcorn, cup cakes, cookies dan pelbagai lagi. Untuk berikan keselesaan kepada ibu bapa menikmati juadah mereka diiringi dengan alunan merdu muzik Ghazal, ada disediakan playroom untuk anak anak menonton movies dan permainan juga disediakan.
Kidz Corner yang colourful. Ada coklat fountain, candies, cup ckaes, popcorn |
Ice Kacang Counter |
Dah selesai entertain anak anak dan diorang pun behave saja makan,Mimi ambil gambar dan video menu yang ada dulu sebelum makan. Ada 26 stall disediakan, di mana stall di dalam dinamakan Verandah Station dan stall di luar dinamakan Al Fresco Station. Ada pelbagai jenis menu disediakan tau korang. Ada menu hidangan Melayu, Cina, Jepun, Korea, Itali, Spanish dan Mexico.
BBQ Station |
Korang yang suka BBQ pun ada dihidangkan pelbagai menu seperti udang yang di grill menggunakan arang, sotong, jumbo sosej, filet daging dan banyak lagi. Mimi dah cuba filet daging. Memang sedap, lembut dan juicy cicah pula dengan sos cendawan memang terbaik. Aina, Auni dan Adhwa pun suka dan berselera diorang makan tau.
Hidangan tradisi masakan Melayu yang wajib ada seperti masak lemak, gulai kawah dengan daging, ayam, itik dan ikan salai serta seput sedut juga ada di sini tau. Nak cerita 4 hari 3 malam tak habis. Banyak sangat menu yang ada.
Kat sini Mimi kongsikan dengan korang beberapa gambar station dan menu yang sempat Mimi snap ada di Verandah, Cyberview Spa & Resort selain dari Kidz Corner tadi.
Nasi Kukus Station |
Nasi Pelangi |
Sotong Masak Kicap |
Kambing Kurma |
Gulai Ayam |
Sambal Udang Petai |
Masak Lemak Daging Salai Rebung |
Di Laksa Station ada pelbagai pilihan laksa yang boleh dicuba tau. Mimi tak cuba pun laksa. Sekadar lalu ambil gambar saja. Sebenarnya dah rambang mata tak tahu nak buat pilihan makan apa.
Kat sini ada Laksa Sarawak, Laksa Penang, Curry Laksa, Laksa Johor, Laksa Kelantan dan bahan bahannya.
Laksa Station |
Kuah kari untuk Laksa Kari |
Aneka bahan untuk laksa |
Japanese Counter |
Sushi, Noodles |
Apa yang Mimi nampak selain dari pelbagai pilihan menu menarik yang dihidangkan tidak ketinggalan juga satu sudut yang menghidangkan pelbagai jenis kerabu, ulam ulaman, kuih muih, biskut, kurma, roti, jeruk, sambal dan pencuci mulut. Rambang mata tengok semua menu yang terhidang. Habis melayang layang diet seorang Mimi.
Pelbagai jenis Ulam Ulaman dan Kerabu : Kerabu Kacnag Oanjang dan Udang, Kerabu Mangga, Kerabu Betik, Kerabu Jawa dan lain lain |
Aneka jenis sambal |
Antara biskut yang ada |
Aneka jenis jeruk dan kurma |
Antara 15 jenis kuih Melayu dan roti |
Antara 20 menu pencuci mulut |
Dah selesai ambil gambar menu yang ada, apa lagi makanlah kan. Sambil ambil gambar sambil usha nak makan apa tadi kan, Mimi tertarik nak cuba Nasi Pelangi. Warna nasinya menarik minat Mimi nak mencubanya. Mimi makan dengan Gulai Ayam dan Masak Lemak Daging Salai Rebung. Untuk Aina dan Auni pun menu yang sama juga.
Serius cakap, memang sedap tau korang Nasi Pelangi makan dengan Gulai Ayam dan Masak Lemak Daging Salai Rebung. Bukan nak kipas ke apa ya. Antara Aina dan Auni, Auni seorang anak yang berterus terang kalau apa yang dia makan tu tak sedap, tawar, manis atau pahit. Kalau bawa diorang makan, Mimi paling risau dengan Auni sebab kalau tak sedap memang dia cakap tak sedap dan tak nak makan.
Tapi bila Mimi tanya sedap ke tak, respon yang Auni bagi cukup legakan hati. Dia cakap sedap, adik suka! Hahh, bukan senang tau nak dengar seketul budak bernama Auni ni puji makanan sedap tau tak. Ummi dia kadang kadang masak tak kena dengan tekak dia pun terus terang Ummi masak tak sedap. Sentap tau! Bila dia puji tu seribu rahmat. Bukan setakat tu saja, apa saja yang dia makan malam tu memang dia cakap semua sedap. Lega kali kedua. Tak sia sia lah usaha Mimi BELANJA ANAK ANAK RASAI IFTAR KE 20 DI CYBERVIEW RESORT & SPA.
Last but not least Mimi sempat mencuba menu yang tak pernah Mimi dmakan iaitu Ikan Salmon dengan kuah tempoyak. Perghhh..Memang terbaik. Ikan lembut, kuah sedap. Cukup rasa dan pedasnya. Den memang suko makan podeh podeh ni. Tak sia sia staf kat Asam Pedas dan Masak Tempoyak Stall pujuk Mimi suruh cuba. Terima kasih ye adik adik sebab suruh akak cuba. Memang terbaik!
Salmon dan Kuah Masak Tempoyak. Minta Salmon separuh saja. Nampak je macam ni tapi rasanya sedap, kaw dan pedas. Yang tak tahan pedas jangan cuba. Satu tong air tak cukup. Hahaha |
Walaupun tak semua menu Mimi dapat makan tapi Mimi dapat rasakan ke semua menu yang dihidangkan sedap sedap belaka. Pengunjung pun tak putus putus datang. Ada yang Mimi tengok duk repeat makan dan makan lagi termasuklah Mimi sendiri. Mimi bagi rate ikut pada apa yang Mimi lihat, alami dan rasa ya.
Layanan : 10/10
Perkhidmatan : 9/10
Menu : 10/10
Suasana : 9/10
Korang mesti nak makan dekat VERANDAH CYBERVIEW RESORT & SPA juga kan, kan. Kalau korang juga nak ada pengalaman makan dekat sini, korang boleh walk-in je.
Harga :
RM149 nett (Dewasa)
RM75 nett (Kanak Kanak)
RM100 nett (Warga Emas)
Baucer untuk Early Bird juga boleh didapati dalam tempoh masa yang terhad di mana harga untuk dewasa hanya RM120 nett dan kanak kanak RM45 nett manakala 20% diskaun buat korang yang bayar menggunakan kad kredit.
Sempena sambutan ulang tahun CYBERVIEW RESORT & SPA yang ke 20 pada 20 Mei 2018 ni, sebanyak 40% diskaun ditawarkan pada hari itu sahaja. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang tidak jemu memberi sokongan, Cyberview Resort & Spa menawarkan Hot Air Balloon Sunrise Ride untuk 2 pax bagi setiap tempahan awal berkumpulan 150 pax ke atas untuk bufet Iftar.
Untuk sebarang pertanyaan dan tenpahan, maklumat lanjut boleh hubungi :
No. Tel : 03-8312 7042 / 7041
Web :
Facebook :
Instagram :
26 Comments
i love to come buka puasa with firend at here the most as their food really delicious and especially their dessert.. so yummy!
ReplyDeleteWahhhh pelbagai variasi hidangan yg ditawarkan. Sesuai dgn harga yg dikenakan. Cyberjaya dekat je dgn banting, bolehlah sy berhuka di sini bersama keluarga nanti
ReplyDeleteWahhh !! Seronok dapat belanja anak - anak rasai iftar di Cyberview Resort. Setakat ni, saya belum pernah iftar kat resort. Huhuhu. Mesti syok habis.. :)
ReplyDeleteFuhhh pantas dah kuar dah entry ni. Hehe. Nasib baik tak rasa lemak tempoyak ni. Saya ni kalau pedas sangat tak tahan juga. Memang banyak pilihan kan? Tak tahu dah nak rasa yang mana dulu. Hehehe....
ReplyDeletePuas hati makanan semua sedap-sedap. Moza duk ulang alik amik udang jew ��
ReplyDeleteTak sangka dah kali yang ke 20 Cyberview adakan Buffet Ramadhan, Alhamdulillah setiap tahun dapat menikmatinya, suka iftar dekat sini sebab ada banyak pilihan makanan Kampung dan barat. Tak lupa shushi pon selalu sedap2..
ReplyDeleteBestnya... Teruja laaa tengok decoration Kidz Corner. Cantik!
ReplyDeleteDessert nya pun semua menarik tertarik. Anak-anak Nina kalau dpt datang sini tentu happy sokmo depa
Wah menarik juga makanan yang disediakan.
ReplyDeleteNampak sedap dan menyelerakan. Bestnyer makan sedap macam ni.
Harga yang ditawarkan pun boleh tahan murah jugak
Bagusnya ada kids corner. Memang sesuai pada ibu bapa yang bawa anak2 kecil kan.
ReplyDeleteMeriahnya menu. Sedap2 semua tu nampaknya.
Perghhhh banyaknya makanan dia mimi. Dessert pun banyak. Siap ada bhgn makanan japan lg tu... Seronoknya dpt bwk anak²
ReplyDeleteBanyak macam menu yang tawarkan tapi Abby malah tertari sama kue Melayu tuh. Ingin rasanya Abby cuba tuh jenis jenis makanan melayu
ReplyDeleteGaya hidangan tu menarik. Mcm nmpk byk menawarkan hidangan melayu. Semuanya kelihatan sedap 🤗
ReplyDeletekids corner. anak2 la yg kena dilayan dulu, kan.
ReplyDeletebaru la ibu ayah boleh makan dgn aman damai.
bagus idea buat kids corner tu.
japanese counter :)
menarik nyer, mimi.
Dari dulu lagi dengar nama Cyberview Resort ni tapi tak pernah kesampaian nak makan kat sana lagi tengok menu buka puasa ni memang menyelerakan...
ReplyDeleteYup memang terbaik dan 1st class layanan di sini. Makanan pulak.. rambang mata giler. Tak rugi pergi.
ReplyDeleteberbaloi dengan harga dia. macam-macam menu disediakan. dari masakan kampung hingga ke jepun. thanks for sharing.
ReplyDeleteSana sini dah promo early bird buffey ramadhan.. kurang sebulan je lagi nak puasa kann. Anyway selamat menyambut ramadhan.. jom berbuffet ramadhan yang berdekatan
ReplyDeleteMeriahnya menu kat sini Mimie, paling best ada tempat untuk anak-anak tu kan. Berbaloi sangat..
ReplyDeleteI hear the hotel is good and comfortable for Cyberview and spa. Never thought they do serve a nice traditional cuisine. The food looks so tempting and make me hungry when look at it.
ReplyDeleteSedapnya kak mimi tgok... Menu dia menyeerakan betul lah.. Ruangan dessert tu nmpk meriah betul..bdk2 msti fokus situ kan..
ReplyDeleteYa allah kak. Tergoda kita tengok semua makanan yang dihidangkan tu. Sedapnya. Mau makan semua tu tak terbangun dibuatnya.
ReplyDeleteTu dia..ni betul2 syurga makanan ni Mimi.. Tengok saja pun dah buat perut berbunyi..acane ni??hahha
ReplyDeleteBestnya menu2 kt sini..byk variety spain..korea..jpn..sukalah..sllu buffet rmdn ni alih2 menu mlyu je kan
ReplyDeleteTB bekum berkesempatan lagi berbuka puasa di Cyberview Resort ni.. dengar kata menunya best2 dan sedap2.. boleh tahan jugak yea harga untuk dewasa dan kanak-kanak..
ReplyDeleteDe kidz corner la.. best la bawak budak2. Menu pon oelbagai. Berbaloi la kan.. ni klu berbuka mmg sengkak perut cik en ni.. ahahha
ReplyDeleteWah menarik jugak menu2 dia kan kan. Yg paling best ada kidz corner tu.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com