Dapatkan Harga Penerbangan Yang Menarik dengan Malaysia Airlines

Dapatkan Harga Penerbangan Yang Menarik Dengan Malaysia Airlines | Hingga kini, mungkin masih ramai lagi yang terngiang ngiang tentang tragedi yang menimpa penumpang Malaysia Airlines. Sejarah hitam itu pasti tidak dapat dilupakan namun sudah suratan takdir, semua itu berlaku. Tetapi, tahukah korang kru kru penerbangan ini sebenarnya melayan penumpang, dengan baik, memastikan penumpang merasa selamat, memastikan penumpang selesa, menyediakan makanan yang lazat dan terbaik serta memberikan satu skill penerbangan yang hebat. Ini semua merupakan cerminan kehebatan operasi Malaysia Airlines! 


Adalah wajar mereka mendapat anugerah di peringkat Antarabangsa. Malaysia Airlines pernah menerima Pensijilan Penerbangan 5-bintang di Anugerah Penerbangan Dunia™ SKYTRAX 2013, menyertai kumpulan elit bagi produk dan servis yang konsisten dan berkualiti tinggi. Kita semua ialah rakyat Malaysia. Sebuah negara kecil yang kaya dengan budi bahasa, juga kaya dengan segala macam kebaikan pada rakyatnya. Jika kita sebagai rakyat tidak bangga dengan harta kekayaan kita, bagaimana orang luar mahu menghormatinya? Malaysia Airlines itu milik kita, milik semua dan Malaysia Airlines itulah duta kecil negara yang menjulang tinggi nama Malaysia. 

Mimi sebagai rakyat Malaysia sudah tentunya sangat berbangga dengan Malaysia Airlines kerana ia menjadi lambang kebanggaan negara dan membawa nama Malaysia itu sendiri agar dikenali seantero dunia. Sudah pastinya Mimi berbangga kerana Malaysia juga mampu berdiri seiring dengan negara negara maju yang lain. 

Bagi membuat penambahbaikkan terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines, syarikat penerbangan ini sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun. Antara lain, syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.



Tahukah korang semua bahawa MAS merupakan syarikat penerbangan rasmi kerajaan Malaysia? Syarikat ini ditubuhkan bagi menyediakan satu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Penubuhannya mampu memberikan sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan di Malaysia. Selain itu, MAS juga ditubuhkan setelah Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bahawa mereka perlu menubuhkan syarikat penerbangan yang berasingan bagi menjaga kepentingan kedua-dua buah negara. Malaysia pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan menggunakan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL), namun nama tersebut kemudian ditukar kepada Malaysian Airlines Sistem Berhad atau MAS. Lambang wau Kelantan pula telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini kerana mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara Malaysia.

















Kalau korang nak tahu, Malaysia Airlines ni merupakan sistem penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan penerbangan ke, dari dan antara negeri di seluruh Malaysia. Sebagai ahli Oneworld® Alliance, Malaysia Airlines dan rakan kongsinya menawarkan pengalaman perjalanan ke lebih 1,000 destinasi di lebih 150 negara. Malaysia Airlines menawarkan tiga jenis kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama. Syarikat penerbangan ini juga memberikan akses istimewa ke lebih 650 ruang istirahat di lapangan terbang seluruh dunia kepada setiap ahli program penumpang kerap.


Mungkin ramai masih tertanya tanya cara menempah dalam talian? Berikut ialah cara menempah tiket Malaysia Airlines secara dalam talian . Pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka App anda dan Isi butiran penerbangan dalam kotak carian, pilih dan tempah penerbangan anda, seterusnya isi maklumat penempah serta butiran penumpang dan jelaskan bayaran melalui kaedah pilihan anda. Akhir sekali dapatkan e-tiket Malaysia Airlines di Tempahan Saya atau dalam emel anda. E-tiket Malaysia Airlines ialah bukti tempahan penerbangan Malaysia Airlines. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Malaysia Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka. 

Wah sekarang ini semuanya di hujung jari sepantas kilat kalau nak tempah tiket. Kebetulan, tahun depan Mimi merancang nak bercuti ke Kundasang, Sabah. Sudah pastilah Malaysia Airlines jadi pilihan Mimi sebab perkhidmatan yang diberikan tip top tau. Ramai kawan kawan Mimi juga menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh kru kru penerbangan. Jadi, kenapa kita perlu ragu dengan kredibiliti dan integriti mereka?

Untuk pengetahuan korang semua, program penumpang kerap oleh Malaysia Airlines menawarkan banyak keistimewaan, termasuk keutamaan semasa daftar masuk dan memasuki pesawat, akses ke ruang istirahat lapangan terbang, peruntukan bagasi tambahan, keutamaan dalam pengendalian bagasi dan laluan pemeriksaan keselamatan yang pantas. Penumpang juga boleh menebus miles untuk tiket penerbangan percuma atau baucar promosi tertentu. Untuk menyertai program penumpang kerap ini, penumpang boleh mendaftarkan diri di laman web rasmi Malaysia Airlines.



Pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines merupakan baju kebaya bercorak batik kelarai. Motif kelarai tersebut menggabungkan bentuk flora di Malaysia seperti bunga cempaka, bunga melati dan daun bunga raya. Malaysia Airlines mempersembahkan corak batik yang direka oleh Fakulti Fesyen dari Institusi Teknologi Mara pada tahun 1986. Sejak itu, pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines telah mengalami kemodenan dengan penambahan warna yang lebih menonjol seperti merah, hijau, biru dan ungu sementara mengekalkan corak aslinya. Mereka sangat bagus dalam mengendalikan pelanggan, ramah mesra, serta nampak keiklasan dalam melakukan kerja mereka. Senyuman sentiasa tidak lekang dari mulut mereka dan sering ringan mulut tanya jika ternampak pelanggan ada masalah. Jafi, memang tabik pada perkhidmatan pramugari dan pramugara di sini.

Post a Comment

14 Comments

  1. Tak pernah naik kapal terbang lagi. Sian kan 😄😄

    ReplyDelete
  2. Wahhhh tak adalah mahal sgt kan. Penerbangan juga selesa dgn Malaysia Airlines.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah naik MAS lagi. Teringin sangat nak fly dgn MAS. Ramai kata service MAS the best.
    InsyaAllah lepas ni boleh survey MAS pula.

    ReplyDelete
  4. Traveloka memang menjadi pilihan sekarang..murah, jimat dan selesa...

    ReplyDelete
  5. Semoga Malaysia Airlines terus sukses..

    ReplyDelete
  6. marilah kita sama sama bantu sistem penerbangan malaysia..walaupun silih berganti ceonya..ayuh malaysia

    ReplyDelete
  7. perkhidmatan MAS memang tak pernah mengecewakan ...

    ReplyDelete
  8. Pernah naik mas masa bujang dulu

    Layanan bagus

    tapi soal tutup aurat tu memang kena ambil perhatian lah

    Sebab syarikat penerbangan negara islam kot

    ReplyDelete
  9. Mas memang best cuma kalau nak beli tiket mmg kena tunggu promosi la Kan hihi

    ReplyDelete
  10. MAS ni banyak betul kontroversi

    itulah jadinya kalau orang politik masuk campur dalam urusan politik

    ReplyDelete
  11. pernah 2x naik MAS. So far, servis mereka best !

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi naik kapal terbang.. Mmg teringin nak merasa...

    ReplyDelete
  13. Mas sebenarnya memang terbaik..dah lama xnaik Mas

    ReplyDelete
  14. Sebagai bekas kakitangan Mas, kenangan 17 tahun bersama takkan dilupa hingga akhir hayat

    Semoga Mas terus maju wpun dah bertukar nama

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com