Unboxing Althea's Born This Way Beauty Box

Unboxing Althea's Born This Way Beauty Box | Hai korang! Mimi nak tanya korang ni. Korang suka shopping mekap atau skincare di Althea tak? Mimi suka sangat shopping di Althea sebab produk yang dijual sangat berkualiti, menggunakan bahan semulajadi dan yang paling best harganya yang murah. Kalau shopping di luar, RM100 boleh dapat dua tiga barang saja. Oh, mungkin empat atau lima? Mungkin. Di Althea? Lebih dari itu korang akan dapat tau. Bukan saja dapat banyak produk plus free gift tapi korang juga dapat kotak Althea yang super cute okey!!Dan yang paling best, sekarang ni setiap bulan Althea akan berikan Beauty Box kepada mereka yang bertuah! Dan Mimi antara salah seorang yang bertuah memiliki Beauty Box dari Althea. Jom sama sama Mimi unboxing Althea's Born This Way Beauty Box.

Unboxing Althea's Born This Way Beauty Box

Sebelum tu, Mimi nak share dengan korang apa itu Beauty Box Althea ni. Memandangkan produk produk yang dijual di Althea mendapat sambutan yang sangat luar biasa, Althea membuat kejutan buat semua peminat tegar mereka. Setiap bulan, fairy team Althea akan memberikan dua jenis Beauty Box. Dan yang paling best, akan ada Beauty Box baru iaitu Trend Box. Teruja tak? Nak tahu apa beza Beauty Box antara Althea Box dan Trend Box?

Althea Box - Berdasarkan tema tertentu yang diberikan kepada pelanggan dan peminat Althea yang bertuah untuk memberi peluang kepada mereka merasai sendiri pelbagai produk baru dan kegemaran mereka. Althea box  akan diberikan kepada mereka yang bertuah dua kali sebulan.

Trend box - sedikit berbeza dengan Althea box di mana ia dibungkus bersama produk hot ( sama ada dari jenama baru atau produk baru dari jenama sedia ada ) berdasarkan beberapa trends kecantikan terbesar di Korea. Trend box diberikan sekali sebulan.

Setakat ini Althea berjaya mengeluarkan 13 jenis Beauty Box tau korang. Nak tahu jenis jenis Beauty Box yang pernah dikeluarkan? Korang boleh tengok di SINI.

Okey dah tau pasal Beauty Box Althea kan? Jom sama sama unboxing Beauty Box yang Mimi dapat iaitu 'Born This Way'. 

UNBOXING ALTHEA'S BORN THIS WAY BEAUTY BOX


Born This Way Beauty Box ini dikeluarkan khas buat mereka untuk memiliki kulit yang cantik, lembut, lembap, sihat dan ingin kelihatan muda remaja sentiasa. Mimi tak mengharapkan perubahan 360° selepas menggunakan kesemua produk ni tapi sekurang kurangnya ia mampu mengatasi sedikit masalah yang dialami untuk memiliki kulit sihat dan segar serta kelihatan muda remaja. Kesemuanya ada 7 produk kecantikan di dalam Born This Way Beauty Box ni dan ada satu free gift. Untung sangat kalau beli Beauty Box ni. Jimat banyak tau korang. Berbaloi baloi!

Apa ada di dalam Born This Way beauty box Mimi?

RM116.00 (Harga biasa : RM567.00)
1. Innisfree  Green Tea Cleansing Foam
2. Beuins Nutrient Emulsion Skin
3. Pure Smile I ❤ Cat & Dog Art Point Pack
4. 3CE Back to Baby Pore Velvet Primer
5. Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX (12G)
6. Aritaum Mono Eyes Eye Shadow
7. Etude House Dear Darling IceCream Water Gel Tint_Watermelon Red
8. Free gift : Dr. Mind Apot Red Mask (1EA)

Jadi, Mimi akan review mengenai ketujuh-tujuh produk yang ada di dalam Born This Way Beauty Box kecuali free gift. Mimi fokus pada produk produk utama yang dalam Beauty Box.

#1 Innisfree Green Tea Cleansing Foam

Pembersih berbuih lembut dilapisi dengan ekstrak teh hijau yang mengekalkan kulit agar sentiasa lembap.

Innisfree Green Tea Cleansing Foam

Cara menggunakan : Picit lebih kurang 1cm ke tapak tangan dan sapu serta di muka dengan kaedah urutan memusing. Cuci muka dan keringkan dengan tuala yang bersih.

Kiri : Mencuci muka dengan Innisfree Green Tea Cleansing Foam
Kanan : Selepas menggunakan Innisfree Green Tea Cleansing Foam

Review : Innisfree Green Tea Cleansing Foam ni wangi tau. Baunya yang lembut rasa tenang bila mencuci muka. Sudah tentunya bau green tea ada okey! Selepas menggunakannya, kulit muka memang rasa lembut dan lembap macam kulit baby. Kulit pun rasa kurang berminyak. Suka sangat!

Rating : 10/10

#2 Beuins Nutrient Emulsion Skin

Beuins Nutrient Emulsion Skin
Memberikan kesan emulsi dan toner serentak. Ia menjadikan kulit lembut dengan memperbaiki tekstur kulit di mana ia memberikan kelembapan dan nutrien yang banyak untuk kulit muka. Bahan bahan seperti adenosineniavinamidepeptida dan ekstrak calendula memberikan asas kulit yang sihat.

Cara menggunakan : Picit dan letak pada tangan. Kemudian sapu serata pada kulit muka. Gunakan dua kali sehari iaitu selepas mencuci muka pada waktu pagi dan malam.



Review : Pertama kali menggunakan menggunakan Beuins Nutrient Emulsion Skin selepas mencuci muka, memang kulit muka Mimi rasa lembut dan lembap. Kali pertama pakai mungkin tak nampak kesan yang ketara. Nak dapatkan kesan yang bagus kena guna dalam tempoh masa yang lama. Jadi, Mimi bagi pengalaman berdasarkan pakai kali pertama. Sehari dua kali pagi dan malam. So far, puas hati sangat dengan Beuins Nutrient Emulsion Skin.

Rating : 10/10

#3 Pure Smile I ❤ Cat & Dog Art Point Pack


I ❤ Cat &  Dog Point Pack Pad
Comel dan berwarna warni. Sangat berkesan di kawasan yang terhidrat. 

Cara menggunakan : Tanggalkan pack dan tampal di kawasan muka yang terhidrat. Biarkan selama 5 - 10 minit. Kemudian tanggalkan pack dan urut perlahan lahan. 

Mencuba point pack I ❤ Cat yang cute

Review : Point pack ni colourful dan mudah digunakan. Agak payah nak share dengan korang kebaikan menggunakannya. Tapi apa yang boleh dikatakan, Mimi enjoy sangat guna point pack ni sebab muka nampak comel macam kucing! Hahaha! Tapi selepas guna, beberapa kawasan pada muka yang terhidrat tu rasa lembap.

Rating : 8/10

#4 3CE Back to Baby Pore Velvet Primer

3CE Back to Baby Velvet Primer

Primer yang memberi kecerahan pada kulit muka untuk kelihatan muda bercahaya.

Cara menggunakan : Sapu sedikit primer di muka dan sapu hingga rata sebelum mengenakan foundation.


Review : Selain daripada packaging yang simple dan kecil, warna primer yang pink buat Mimi suka sangat. First time cuba pakai primer tau. Masa sapu primer di muka, memang best sebab tak rasa oily pada muka. Selain daripada itu, kulit muka nampak cerah sedikit dan liang pori di pipi pun mengecil. Kesannya tidak sehebat primer berjenama terkenal tetapi ia masih berfungsi dengan baik untuk beri kesan kepada kulit muka agar kelihatan cerah, muda dan berseri.

Rating : 9/10

#5 Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX (12G)

Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX (12G)

Merupakan produk 100% serbuk mineral semulajadi yang dirumus khas untuk tona kulit dan melindungi kulit dari sinaran UV.


Cara menggunakan : Hanya buka penutup bekas dan apply pada muka dengan cara menekan secara lembut sekeliling muka sehingga sekata. Boleh nampak dengan jelas sponge yang lembut dan putih akan bertukar warna coklat yang light.

Review : Mimi cuba pakai selepas menggunakan primer. Pada awal penggunaan, Mimi agak kekok sebab tak pernah guna produk seperti ini. Tapi selepas menggunakan pada muka, teksturnya sangat ringan dan lembut. Beri kesan pencerahan pada kulit muka. Mimi pun baru guna dua hari jadi mungkin kesan perlindungan masih tidak jelas kelihatan lagi tapi Mimi rasa produk ini akan jadi salah satu benda wajib perlu ada dalam beg mekap!

Rating : 10/10

#6 Aritaum Mono Eyes Eye Shadow

Aritaum Mono Eyes Eye shadow

Sentuhan menjadi lancar dengan eyeshadow ini. Dapatkan sentuhan youthful look dengan warna Pinky Coral ini.

Mata sebelah kanan pakai eye shadow Pinky Coral dan mata sebelah kiri tak pakai eye shadow


Cara menggunakan : Apply eye shadow di kawasan kelopak mata dengan berus. Gunakan jari pun boleh 😅. 

Review : Warnanya yang tak terlalu terang memang sesuai untuk mereka yang suka kan natural make up look. Bila Mimi oleskan sekali pada tangan warnanya blend dengan kulit tapi bila apply pada kelopak mata warnanya tak berapa "mesra", jadi kena apply 2,3 kali baru okey. Tapi untuk natural dan youthful look sesuai sangat pakai eye shadow ni. Yang tidak suka mekap tebal tebal bila keluar bersiar siar, Aritaum Mono Eyes Eye Shadow Pinky Color ni sesuai dipakai. Mimi dah cuba pakai dan memang tak nampak ketara sangat pakai eye shadow sebab warnanya yang light. Untuk gadis remaja atau wanita yang suka natural look eye shadow Pinky Coral ni memang patut korang miliki!

Natural make up look

Rating : 8/10

#7 Etude House Dear Darling IceCream Water Gel Tint_Watermelon Red

Etude House Dear Darling IceCream Water Gel Tint_Watermelon Red

Membuatkan bibir kelihatan cantik dan menawan kekal berpanjangan semasa memakainya. Rasa tint yang manis dan bibir kelihatan lembap sentiasa.

Gambar atas : Bibir tidak mengenakan sebarang lipstick
Gambar bawah : Selepas mengenakan water gent tint

Cara menggunakan : Apply sahaja pada bibir agar kelihatan lembap dan seksi. 

Review : Ada dua cara berbeza bila Mimi pakai IceCream Water Gel Tint ni. Cara pertama Mimi apply terus saja pada bibir. Cara kedua Mimi pakai lipstick jenis matte dulu kemudian baru sapu gel tint. Memang kesan selepas memakainya nampak berbeza tetapi masih mengekalkan natural dan youthful look. Benda wajib yang perlu ada dalam beg juga! Tick✔!

Hasil selepas bibir di oles dengan lipstick jenis matte dan di oles dengan water gent tint

Rating : 10/10

*** Setiap gambar berbeza warna atas faktor pengcahayaan

Nota penting : Semua ini adalah pendapat dan review peribadi Mimi selepas mencuba dan menggunakan produk produk ini. Mungkin hasil atau kesan yang dialami oleh individu lain adalah berbeza daripada Mimi kerana kulit kita tidak sama dan berbeza. Lain orang lain kesan dan pendapat mereka!

Post a Comment

14 Comments

  1. wahhh.. bestnyaa.. Nurul paling suka innisfree tu :D

    ReplyDelete
  2. wah, menarik nya... banyak dapat item.

    ReplyDelete
  3. Wah cantiklah natural make up Mimi. Comel Pula bekas lip tint tu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum selamat pagi mimi

    Syoknya dapat cuba produk baru

    pastikan selamat ya

    ReplyDelete
  5. Thanks! MiMi, we love your review <3

    ReplyDelete
  6. Wahhhhh... bestnya. Patut muka mimi cantik sokmo... Bestkan beli brg dekat Althea.

    ReplyDelete
  7. review yang menarik..

    pasti ramai yang nak mencuba selepas ini..

    ReplyDelete
  8. Wah...rajin shopping online eh..akak skali tu je la dulu...

    ReplyDelete
  9. Bestnya tgk org shopping brg make up. Ana fail bab make up ni. Kalau pakai bedak asas je pun dh rasa mcm hape je muka. Padahal tgk video tuto make up beribu kali dah.

    ReplyDelete
  10. Ramai kan suka produk althea ni..kotak dia tu ya allah cantik sangat.boleh lah letak alat mekap dalam kotak cantik tu kan kakak.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com