Khamis, 31 Ogos 2017

Sambutan Hari Merdeka Ke 60

Sambutan Hari Merdeka Ke 60 | Pagi tadi subuh subuh dah bangun bersiap siap nak pergi sambut hat Merdeka di dataran. Semalam plan nak bangun pukul 4.00 pagi. Sekali terlewat juga bangun sebab keletihan masing masing. Adhwa menangis nak susu, lepas dia menyusu terus Mimi bangun tengok jam dah pukul 5.44 pagi. Apa lagi, terus kejut anak anak dan suami. Semangat nak tengok kemeriahan sambutan hari Merdeka ke 60 katakan. 

SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 60


Wajah ceria anak anak nak sambut Merdeka

Lebih kurang pukul 6.30 pagi kitorang bertolak keluar dari rumah. Sampai Sg. Besi parking kereta di deretan kedai, lepas tu naik LRT dari Sg. besi turun ke Masjid Jamek. Dalam LRT memang penuh. Padat macam duduk dalam tin sardin. Kitorang sampai Masjid Jamek lebih kurang 7.50 pagi. Sampai saja kat stesen Masjid Jamek, jammed terus dengan orang ramai.

Stesen Masjid Jamek penuh dengan orang ramai

Suasana luar stesen Masjid Jamek

Keluar saja dari stesen Masjid Jamek penuh riuh dengan bunyi suara peniaga peniaga yang berniaga di sini. Ada jual air, makanan ringan pelbagai jenis, mafla, belon dan macam macam lagi. Suami Mimi sempat beli 2 helai mafla. Total mafla dua helai RM10.00.

Dari stesen Masjid Jamek jalan kaki nak ke dataran lebih kurang antara 5 hingga 10 minit juga. Bila bawa anak anak faham faham sajalah. Kena pantau diorang. Tapi sayang seribu kali sayang hajat kitorang nak tengok perarakan secara dekat tak dapat. Memang dah hampir hampir sangat nak sampai tepi jalan tapi terus stuck dekat situ sebab dah terlalu ramai dan padat. Sempat juga rakam video 6 saat time helikopter tentera lalu.

Time ni Mimi dah mula pening kepala macam nak pitam sebab terlalu ramai sangat. Suami ajak pergi tempat lain tapi sama juga penuh. Sudahnya kitorang patah balik duduk rehat dekat tangga bank, minum air dan makan jagung rebus.

Sambil sambil tu Mimi beritahu suami better balik saja. Kalau tunggu pun tak guna bukan dapat tengok pun kan. Lebih baik tengok di tv dekat rumah saja. Tapi nak lepaskan hajat anak anak ikutkan saja. First and last lah pergi, tak sanggup nak berlama lama kat situ. Sekurang kurangnya kitorang ada pengalaman nak sambut hari Merdeka kononnya lah kan. Bila lagi nak rasa pengalaman macam ni kan. Lepas ni taubat dah tak nak pergi. Sambut dalam rumah sajalah.

Buat semua rakyat Malaysia, SELAMAT HARI MERDEKA KE 60. MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

5 ulasan:

  1. Ramainyaa.. Apa pun selamat menyambut hari kemerdekaan ;)

    BalasPadam
  2. semangat ye sambut hari kemerdekaan.pengalaman y bermakna

    BalasPadam
  3. wah penuhnya manusia... naseb semalam berdiam diri dirumah sambil kemas-kemas he he he

    BalasPadam
  4. Salam kemerdekaan yg ke 60 buat negara kita. Salam Aidiladha juga :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.