Sabtu, 5 Ogos 2017

Resipi Sardin Masak Asam

Resipi Sardin Masak Asam | Semalam Aina dan Auni request nak makan sardin masak asam. Diorang tak tahu nak sebut masak apa, diorang cuma cakap nak makan sardin tak pedas yang berkuah. So, Mimi dapat agak apa yang diorang nak. Mimi pun ada share gambar menu di instagram link terus ke facebook. Ada kawan facebook minta share resepi. Jadi, Mimi akan share resipi sardin masak asam.

Resipi Sardin Masak Asam

Sarsin Masak Asam
Sardin Masak Asam

Bahan bahan

2 tin kecil Sardin cap Ayam Brand
1/2 biji bawang besar merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
5 biji cili padi (dibelah dua)
1 cawan air
1 keping asam keping (saiz lebih kurang 50 sen lama)

Cara cara buat

1. Asingkan ikan sardin dan sos. Sos jangan dibuang.
2. Kemudian sardin dibelah dua dan tulang sardin dibuang. Ketepikan. Dari dulu kalau masak sardin Mimi suka buang tulang.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi.
4. Kemudian masukkan ikan sardin yang dibelah tadi. Biarkan sebentar. Semasa masak ikan sardin ni minyak akan terpercik. Jadi, hati hati ya.
5. Kemudian masukkan sos sardin yang diasingkan tadi dan gaul sebati dengan bahan yang ditumis. Masukkan air dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan garam dan gaul lagi. Boleh rasa sama ada kuah cukup rasa masam atau tak. Kalau kurang rasa boleh tambah lagi sekeping asam keping. Mimi guna asam keping bersaiz besar jadi rasanya dah cukup masam.
7. Biarkan seketika sehingga kuah mendidih. Dah masak boleh dihidangkan dan makan dengan nasi panas. Memang sedap.

Resipi Sardin Masak Asam

Selepas masak tak ada pun rasa  hanyir sos ke apa sebab rasa asam tu lagi win dari hanyir. Dan apa yang penting pemilihan jenama sardin sangat penting. Bagi Mimi rasa sardin cap Ayam Brand ni tak hanyir macam ada sesetengah jenama sardin. So, pemilihan sardin yang betul sangat penting.


Bila anak anak makan sampai licin jadi satu kepuasan sebab kena dengan tekak diorang. Aina dan Auni ni kalau makanan yang diorang makan tu agak kurang rasanya memang makan tak bertambah lah. Kalau sedap dan kena tekak diorang makan memang tak ingat dunia. Selalunya Mimi masak sardin masak asam ni untuk anak anak dan time suami tak ada. Kalau suami ada, Mimi akan masak sambal sardin sebab itu memang favourite dia. Makan pula dengan telur goreng lagi bertambah tambah dia makan.

Mimi rasa resipi nih paling mudah dan senang untuk disediakan selain daripada telur masak kicap. Jimat masa dan tenaga. Tak renyah pun. Asalkan berani mencuba dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Harap resipi ni beri korang idea nak masak apa untuk makan tengahari atau makan malam. Selamat mencuba!

6 ulasan:

  1. Ni pun kena gak dgn tekak mama yummy yummy

    BalasPadam
  2. Yum! Sounds so delicious already! Bookmarking this hehe thanks! ;D

    BalasPadam
  3. Fuh merecik.. Sardin Ayam Brand memang mahal sikit tapi berbaloi kalau nak buat resepi ni. Puas hati

    BalasPadam
  4. Nampak sedap & cepat di masak. Budak-budak pasti berselera jamu lauk special ini dengan sauce yang masam and manis.

    BalasPadam
  5. disebabkan post ini, i'm otw pergi beli sardin... tak tahan nie... - Racheal

    BalasPadam
  6. Looks really yummy! I love sardin and I might just try out this recipe =) Thanks for sharing dear!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.