Selasa, 22 Ogos 2017

Kedudukan Terkini Pingat Sukan SEA 2017 - 21.08.2017

Kedudukan Terkini Pingat Sukan SEA 2017 - 21.08.2017 | Mimi bukanlah jenis yang suka update bab sukan dalam blog sangat. Boleh dikira dengan jari lah kalau update bab sukan tu. Tapi disebabkan semangat dan aura Sukan SEA 2017 nih lain, Mimi tersuka tanpa sengaja nak update entry pasal Sukan SEA 2017. Sempatlah snap gambar kedudukan terkini pingat Sukan SEA 2017 - 21.08.2017.


Sehingga hari ni bertarikh 21.08.2017, negara kita Malaysia berada di kedudukan pertama di mana berjaya mengumpul pingat sebanyak 58 pingat. Di mana pingat emas 24, pingat perak 19 dan pingat gangsa 15. Satu pencapaian yang agak memberangsangkan dan membanggakan.

Tempat kedua dari Singapura di mana jumlah pingat terkumpul sebanyak 37 pingat di mana emas diperoleh sebanyak 13 pingat emas dan tempat ketiga Vietnam yang telah mengumpul sebanyak 22 pingat dimana mengumpul sebanyak 8 pingat emas. As

Mengikut rekod Sukan SEA yang leoas dengan sukan SEA sekarang yang masih berlangsung, memang banyak jurang perbezaannya. Itulah pengorbanan dan hasil usaha kuat atlet atlet negara. Walaupun ada di kalangan atlet yang cedera, namun semangat kesukanan yang membara mereka bertungkus lumus untuk memastikan mereka memggenggam pingat emas. Lebih lebih lagi Malaysia sebagai tuan rumah lagi menambah semangat mereka. 

Bila tengok atlet atlet berusaha sehabis baik untuk menyumbang pingat untuk negara, rasa sedih ada rasa happy pun ada. Jangan tak tahu bila dekat rumah pun kemain lagi duk mengadap depan tv tunggu keputusan akhir sama ada atlet kita berjaya dapat emas atau tak. Gila berdebar rasanya. Korang rasa Malaysia boleh tak dapat pingat emas umtuk negara ikut pada target yang ditetapkan. Bagi Mimi selagi mereka berusaha, selagi semangat membara mereka ada di jiwa tak mustahil, Malaysia akan capai target yang ditetapkan.

Buat semua atlet atlet negara, sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan anda semua mengharumkan nama Malaysia. Sesungguhnya perjuangan kamu semua akan kami ingat dan sanjungi. Sampai bila bila!!

6 ulasan:

  1. Tahniah malaysia. Smoga berjaya mengekalkan kedudukan pingat.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum mimi. kalau dulu negara berperang nak tunjuk kekuatan

    Zaman sekarang ni negara tunjuk kekuatan pada acara sukan

    Tak percaya cuba tengok sukan olimpik

    Semoga mimi sihat selalu

    Amin

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Wrmbth & selamat menjamu selera sis mimi

    setakat ni Malaysia dapat no 1

    agaknya kalau sampai habis temasya kita dapat cuti tak?

    BalasPadam
  4. Tahniah.. Makin meningkat kan. Malaysia boleh!

    BalasPadam
  5. Semoga atlet Malaysia berjaya mendapat 110 pingat emas.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.