Selasa, 29 Ogos 2017

IKEA Damansara Mengugat Iman

IKEA Damansara | Ahad lepas Mimi sekeluarga dengan keluarga mertua sempat singgah IKEA Damansara sebelum pergi Majlis Perkahwinan sepupu suami. Kitorang bertolak dari rumah Mimi lebih kurang pukul 8.00 pagi. Singgah sarapan di kedai makan abang ayah mertua. Sampai lebih kurang pukul 9.00 macam tu. Semua orang order roti canai. Lebih kurang pukul 10.00 pagi kitorang decided pergi IKEA Damansara sebab mak mertua nak cari barang katanya. Ikut sajalah kan sebab kalau nak pergi rumah kenduri awal lagi.

Sampai saja IKEA, terus rambang mata di buatnya.hahaha..Gila tak rambang, macam macam ada dari sekecil kecil hiasan sehingga lah perabot besar besar. Kalau dalam bank ada 45 juta mahu semua barang dalam IKEA tuh Mimi beli.Hahaha..Ishhh, astgafirullah al azim. Kalau nak beli semua kira membazir namanya. Sebelum membeli sempat juga kitorang test duduk santai santai di meja dan kerusi hiasan lepaskan penat. Sempat lagi bergambar kenangan.

Mimi dan anak anak

Suami bersantai dengan mak mertua lepaskan penat sebelum sambung shopping

Mula mula niat ikut tu nak survey barang yang nak beli nanti sebab nak deko rumah sikit sikit kan. Sambil tu survey la barang apa yang nak. Memang langsung tak ada niat nak membeli. Tapi kalau dah namanya perempuan, godaan tu kuat tepis sipi sipi pun tetap juga terbeli. Mimi cuma beli tuala kecil warna pink untuk kegunaan di dapur. 4 helai RM6.80. Lepas tu, suami pula cakap nak beli frame gambar untuk hiasan dinding. Murah saja RM29.90. So, dari tak nak beli tu terus terbeli dua barang. Total RM36.90 hangus lebur macam tu. Tapi nak rumah cantik punya pasal tak kisah pun.

Frame Gambar yang dibeli


Mak mertua Mimi pula beli bangku, cermin hiasan yang dikirim saudara di kampung, mangkuk untuk menghidang 2 buah. Yang lain Mimi tak perasan. Total perbelanjaan mak mertua Mimi cecah RM200 ++ lah juga. Mimi ada beritahu suami lain kali boleh datang lagi untuk beli barang yang lain. Sebab ada beritahu suami nak beli beberapa barang untuk ruang tamu, bilik dan dapur. Tapi tak beli sekali harung. Beli sikit sikit kan. IKEA Damansara memang menguji mata mengugat iman sungguhlah. Dari nawaitu tak nak beli, cuma nak jalan jalan cuci mata terus terbeli.  

Masa ni masing masing sibuk memilih cermin hiasan yang dikirim saudara

Tapi berbaloi sebenarnya membeli belah di IKEA ni sebab produk produk yang ditawarkan berpatutan dan ada keunikan tersendiri. Bagi Mimi harga yang ditawarkan sangat affordable dengan produk yang dijual. Dari barangan keperluan pejabat sehinggalah barang keperluan dapur semua ada. Pokok pokok hiasan pun jangan cakap. Menggoda hati tau. Nasib baik masih kuat iman kalau tak harus capai beli buat hiasan. Tapi mengenangkan nak buat dekorasi rumah sikit sikit, jadi, kenalah sedar diri.

Mak mertua Mimi sempat bagi salah satu kerusi plastik yang dia beli untuk Adhwa. Yang dapat si kecik Adhwa, yang kakak kakak over sungguh. Siap berebut. Penyudahnya kena pujuk nanti kita pergi lain hari, beli seorang satu. Lagipun, memang kitorang plan nak pergi lagi. Cuma kena tunggu masa yang sesuai saja sebab kerja abi diorang yang tak tentu masa. Nak drive sendiri pergi sana memang taklah jawabnya kan.

Kerusi plastik yang Mak Mertua Mimi bagi untuk.Adhwa

So far, memang berbaloilah kan kalau membeli belah di IKEA ni. Apa yang korang nak semua ada. Apa yang best, dekorasi contoh yang ada dalam IKEA juga membantu pelanggan mereka mencari idea dekorasi di dalam rumah dan juga luar rumah. Memang membantu sangat buat pelanggan mereka yang ketandusan idea untuk hiasan dalaman atau luaran. Lepas ni, memang kena mark dalam kalendar bila nak datang IKEA lagi. Lepas ni, sebelum pergi kena buat senarai barang yang hendak dibeli. Kalau tak buat, memang barang yang tak diperlukan pun nak beli kan. Lepas ni agak agak mana lagi tempat yang Mimi nak terjah beli barang dekorasi?

7 ulasan:

  1. kalau dah masuk ikea tu mana boleh tahan dah...dari niat nak menjeling-jeling jer..terus harus menyambar seketul dua kan...hihihih


    BalasPadam
  2. memang kalo pegi cuci mata pun bahaya hahaha.. mesti terbeli jugakla..

    BalasPadam
  3. Memang pun...
    kalau pergi ikea ni...
    rambang mata...semua nak beli....hihihihi

    BalasPadam
  4. Kalau dah masuk ikea mesti ada 2-3 beg yg di beli walaupun tak plan nak beli. Especially brg2 hiasan yg kecik2 tu. Dpt pula harga murah kan. Hehe

    BalasPadam
  5. pergi ikea memang bahaya... cuci mate saje x boleh...

    BalasPadam
  6. Ikea... kalau pergi bahaya bawa cash mhupuan card debit ha ha ha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.