Tips mendidik dan menjaga anak part 2


Semalam saya dah share dengan kawan kawan tip kebersihan, hari nih saya nak share tip yang kedua iaitu tip pemakanan.

Rasanya semua tahu pemakanan sangat penting kepada manusia. Ibu bapa perlu mengambil berat pemakanan anak semenjak bayi lagi. Ibu bapa perlu menjaga pemakanan dan mengambil makanan seimbang untuk kesihatan diri sendiri dan perlu mendidik anak mengamalkannya.

Kebersihan makanan - Ibu bapa perlu mendidik anak supaya mengambil makanan dan minuman yang bersih. Buah perlu dibasuh sebelum dimakan dan makanan perlu ditutup. Elakkan makanan dan minuman dalam tin serta jauhi makanan yang mengandungi perisa dan lemak yang keterlaluan. Anak perlu dididik supaya menjauhkan makanan dan minuman yang tidak bersih terutamanya yang dijual di tepi jalan. Anak yang dididik mengambil makanan dan minuman yang bersih akan menjauhi makanan dan minuman tidak bersih serta tahu memilih makanan yang baik.

Makanan berkhasiat - Anak perlu dididik supaya bijak memilih makanan yang berkhasiat dan mempunyai zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Sayuran segar, buah-buahan, susu, kekacang, roti, dan ikan perlu dijadikan sebagai menu harian. Anak yang biasa dengan mengambil makanan berkhasiat dapat mebiasakan diri memakan makanan berkhasiat.

Makanan asas kesihatan - Ibu bapa perlu mendidik anak perihal kepentingan kesihatan dan hubung kaitnya dengan pemakanan. Apabila anak memahami kepentingan makanan berkhasiat dengan kesihatan yang baik, anak dapat menjaga gaya pemakanan mereka. Ibu bapa perlu mengambil berat dalam didikan anak anak supaya anak mereka mengutamakan pemakanan yang berkhasiat. Apabila anak tidak mendapat pemakanan seimbang, anak terdorong menghadapi pelbagai masalah dalam perkembangan emosi, fizikal, mental dan sosial. Ini memberi implikasi yang tidak baik kepada anak. Anak bukan sahaja tidak cemerlang secara fizikal tetapi juga mental dan emosi.

Sumber : Buku Tip Menjadi Ibu Bapa Mithali (Saat Sulaiman)

Settle tip yang kedua. esok saya sambung tip yang ketiga pulak iaitu Tip Kesihatan. Saya share untuk kita sama sama menambah ilmu dan berkongsi pendapat ye. Takde maksud lain pun konon nak tunjuk pandai. Sharing is caring kan?

Post a Comment

9 Comments

  1. nurulpun suker tips2 cenggini.sama2 pertingktkn diri utk kmjuan anak2..ada gk beberapa buku nurul berli arituh tp tk bca bnyk lg.

    ReplyDelete
  2. as salam,

    seronok juga yea ada penagalaman jadi ibuk2..insha Allah dalam masa terdekat :)

    ReplyDelete
  3. klu jenis anak tak mahu makan tu pyah tu..lg klu xmau mkn sayur...gigih nnt nk ngajar yer.hihihi ^^

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang sngant bagus. masa dorang tengah membesarnilah kena ajar betul2kan.. supaya jadi rutin.. seperti jugak solat.. jika diasuh dari awal, bila tak solat terasa seperti ada yang kurang dalam menjalani kehidupan di hari tersebut..

    ReplyDelete
  5. a'aa betoi tu.... bab2 pemakanan ank2 ni pun pnting utk kita ibu2 ni tau...

    ReplyDelete
  6. bagus ni, atleast bley gak amik tuk panduan kita...

    ReplyDelete
  7. betul tu kak.. dengan makanan yg seimbang dpt mendidik anak2 lebih cergas,perkembangan dia pon sebaris dgn usia..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com