Khamis, 24 November 2011

Pertandingan Nasyid PERKEP 2011



Sebelum nih PU ada post entry pasal PU kena gantikan tempat somebody dalam nasyid kan. So,today PU nak story mory sikit pasal pertandingan nasyid nih serba sedikit.

Kalau refer pada schedule pertandingan, sepatutnga semalam all contestants kena ada kat Maktab Cheras for sound checking & raptai. PU tak berkesempatan pergi maktab semalam cuz diberi pelepasan datang masa hari pertandingan sahaja. No need stay there 3d 2n. Datin beri pelepasan kat PU cuz ada anak kecil yang still breastfeed lagi. Yang lain semuanya anak dah besar besar & bujang. PU sorang jer yang beranak kecil. So, faham faham ajelah bila ada.baby nih kan. It's so hard for me to leave both of them. Datin memahami & dia tinggalkan pesan hafal lirik lagu. Walaupun PU join last minit atas arahan somebody, komitmen yang diberi kena tinggi. So, dalam masa tak sampai sehari PU dah boleh hafal lirik 2 buah lagu yang dipertandingkan.

PU sampai kat maktab around 9.30am. Sampai sampai je PU pergi jumpa kawan kawan nasyid yang lain sekejap. Then, PU ajak kawan kawan yang conduct group nasyid gi sarap. Actually dorang nih ustaz kat tempat kerja PU.

Lepas sarap,kitorang berlatih menyanyi sampai lebam..hehehe..kitorang stop berlatih tepat jam 1.00pm. So, masing masing sibuk menyiapkan diri,yang mana boleh solat, solat dulu.

Tepat jam 2.10, kitorang sampai ke dewan tempat pertandingan diadakan. Seriau tengok orang ramai walaupun majoriti penonton terdiri daripada wanita wanita jer. Bab bab debaran tuh still ada. Risau gak kalau darah gemuruh datang abis hilang semua lirik yang dihafal. Tapi alhamdullillah nyanyian kitorang berjaya di abiskan dengan jayanya. Sebenarnya, group PU turn yang ke 5. Semuanya ada 20 group yang masuk pertandingan. Actually, sampai malam pertandingan diteruskan but sayang la sangat sangat cuz PU dah balik awal. Jam 4.45pm, lepas group PU buat persembahan, PU balik dengan kawan kawan ustaz tadi.

So,far pertandingan nasyid yang diadakan memang sengit. Baju baju contestants yang lain glamour giler korang, rasa kerdilnya kitorang cuz pakaian kitorang tak la glamour tapi meletup you!!hahaha

But, PU really enjoy join nasyid nih. Dapat 2 helai jubah sponsor dan 2 tudung jenama Nur Kasih lagi. So, takde ruginya join nasyid kast minit kan,kan,kan..

Nak tahu pasal perkembangan terkini keputusan nasyid nih kena tunggu annoucement dulu. Next entry PU nak cerita pasal 2 jubah dan 2 tudung yang di sponsor dan lagu ciptaan diorang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.