Dapatkan Tidur Berkualiti dengan Produk GETHA 100% Natural Latex

Dapatkan Tidur Berkualiti dengan Produk GETHA 100% Natural Latex | Hai semua! Sihat tak? Harap semua sihat dan masih menjaga diri dan patuh arahan kerajaan dalam membendung pandemik Covid-19. Hidup dalam norma yang baru kena pastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan yang baik. Kesihatan yang baik akan diperolehi jika kita mengamalkan pemakanan yang sihat, lakukan senaman dengan konsisten dan tidur yang berkualiti. Namun, jika salah satu tidak dilakukan kesihatan kita masih belum di tahap yang baik.


Selalunya kita akan alert mengenai pengambilan makanan yang sihat serta melakukan senaman secara konsisten untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Namun, tidak punya waktu yang cukup untuk dapatkan tidur yang berkualiti. Tidur lena dan berkualiti bagi orang dewasa yang disyorkan ialah 7-8 jam. Tidur yang berkualiti mempengaruhi kesihatan dan emosi kita.

Kenapa Tidur Yang Berkualiti Sangat Penting?


Tidur berkualiti sangat penting untuk kita kerana ia mampu mempengaruhi kesihatan mental dan emosi kita. Tidur yang tidak cukup pasti membuatkan badan kita lesu dan lemah untuk menjalani aktiviti harian. Sebab tidur berkualiti sangat penting ialah :

✔️ untuk fungsi otak yang sihat : boleh berfikir, menganalisis dan mengingati sesuatu perkara dengan baik

✔️ untuk kebaikan emosi : boleh mengawal emosi dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik

✔️ untuk kesihatan fizikal : mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi

✔️ untuk sistem keimunan : menguatkan sistem keimunan supaya badan boleh melawan bahan bahan yang menjejas kesihatan

✔️ untuk pelaksanaan tugas seharian : dapat melaksanakan tugas seharian dengan lebih baik

✔️ untuk keselamatan : mengurangkan kemalangan berkaitan dengan memandu dan kerja


Betapa pentingnya tidur berkualiti dalam kehidupan seseorang, betul tak? Mimi sendiri sebagai wanita bekerjaya dan mempunyai anak anak yang masih kecil kadang kala tidak mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Lebih lebih lagi selepas Mimi melahirkan anak yang bongsu, masa tidur memang tidak mencukupi. Bila tidur tak cukup mulalah emosi Mimi tak stabil dan memang diakui Mimi mudah letih dan lesu.

Jadi, apa tindakan Mimi lakukan untuk pastikan semua ini tidak menggangu kesihatan mental dan emosi Mimi. Mimi perlu bertindak segera untuk pastikan Mimi dapat tidur yang berkualiti. 

Seperti yang Mimi beritahu sebelum ini, kita perlukan sekurang kurangnya 7-8 jam untuk dapatkan tidur yang lena dan berkualiti. Salah satu caranya ialah dengan memastikan bantal dan tilam yang digunakan terdiri daripada bahan yang berkualiti tinggi dan menyokong badan kita untuk tidur yang lena.


Mimi sendiri berjaya dapatkan produk berkualiti tinggi, GETHA 100% Natural Latex untuk tidur lena yang berkualiti. Tak mengapa melabur duit sedikit untuk dapatkan kesihatan mental dan emosi yang lebih baik.

Untuk dapatkan tidur yang berkualiti Mimi menggunakan bantal GETHA 100% Natural Latex. Ada 5 jenis bantal yang Mimi ada iaitu :

1) Massage Pillow + Osteo Care Bolster Bundle
2) Getha Beauty Pillow
3) Getha Travel Latex Pillow
4) Snow Bean U-Foam Neck Pillow

Tidur Berkualiti dengan Produk GETHA 100% Natural Latex Mempengaruhi Kesihatan dan Kecantikan


Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, Mimi memilih bantal Latex jenama GETHA. Kenapa GETHA? GETHA merupakan pengilang yang mengeluarkan produk tempat tidur premium tempatan di Malaysia dan juga dunia. GETHA 100%  natural latex ini direka secara semulajadi di mana ia sangat sesuai dengan lengkungan badan dan memberi sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan juga tulang belakang.

Reka bentuk yang ada pada produk GETHA 100% Natural Latex juga menyokong dan memberi keselesaan sepanjang tidur agar kualiti tidur diperolehi. Ia juga produk anti bakteria, hama dan juga habuk.

GETHA 100% Natural Latex telah memenangi World's Brandings Award selama 5 tahun berturut turut dan memperolehi banyak anugerah berprestij.


Keistimewaan GETHA 100% Natural Latex bukan sahaja membantu mereka yang mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti malahan ia menitik beratkan perlindungan alam sekitar memandangkan bahan bahan yang digunakan dalam produk Getha terdiri dari alam semula jadi.

Apa keistimewaan dan kelebihan produk bantal dari Getha ni? Keistimewaan dan kelebihan GETHA 100% Natural Latex :


❤️ Mempunyai ratusan lubang yang ada untuk sistem pengudaraan semula jadi dengan unit takungan udara bagi kemastikan aliran udara segar berterusan. Ini mmebolehkan haba dan kelembapan badan hilang sepanjang tidur sekaligus memberikan kesegaran dan keselesaan.

❤️ Tahan lama dan untuk keselesaan yang tertinggi, tidak akan penyek, tidak perlu digosok dan reka bentuknya menyokongnya kekal bertahun tahun.

❤️ Dibasuh terlebih dahulu sebelum proses pembuatan untuk memastikan kebersihan terjamin. Mempunyai sifat antimikroba semula jadi untuk menentang tungau, debu dan alergen lain serta tahan kulat.

❤️ Telah diuji dan diluluskan terhadapa bahan berbahaya mengikut keperluan ECO Eropah. Ia tidak beracun, hypoallergenic secara semula jadi dan sangat sesuai untuk mereka yang menhafapai masalah asma dan alergi.

❤️ Direka secara semula jadi untuk memberi keselesaan mengikut lengkungan badan dan menyediakan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang.

❤️ Getha 100% Natural Latex direka khas dan dibentuk terus dari sumber asli bumi iaitu pokok getah di mana ia dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan. Ia juga mesra alam.

Massage Pillow  Untuk Mengurangkan Keletihan dan Kepenatan Seharian


Rutin harian sebagai ibu yang bekerjaya dan suri rumah separuh masa agak memenatkan Mimi. Bangun seawal pagi untuk bersiap pergi kerja. Balik dari kerja perlu uruskan anak anak dan hal di rumah. Rutin yang sibuk begini membuatkan Mimi kepenatan dan keletihan sehingga mengganggu waktu tidur Mimi. Sebab itu Mimi memilih GETHA Massage Latex Pillow.

Ia mempunyai reka bentuk puncak lembut yang unik untuk memberi urutan lembut semasa menukar posisi tidur kiri dan kanan. Massage pillow juga memberi pilihan kedudukan leher berkontur lebih tinggi atau bawah untuk sokongan maksimum untuk kepala, leher dan bahu.


Saiz : L 57 x W 34 x H 12cm
Rasa : Sederhana
Sesuai untuk : Atlet, Latihan Senaman dan hari yang penuh tekanan

Osteo Care Bolster Mengurangkan Ketegangan Bahagian Belakang dan Memberi Sokongan


Bila tidur Mimi memang suka ada bantal peluk. Rasa tenang dan selesa saja tidur bila peluk bantal. Ia betul betul melegakan rasa tegang di bahagian belakang badan Mimi. 

GETHA 100% Natural Latex Osteo Care Bolster merupakan bantal kegemaran sepanjang masa. Ia direka secara dinamik untuk menyesuaikan lekukan badan bagi mengurangkan ketegangan di bahagian belakang dan memberikan sokongan penting.

Saiz : L 90 x D 21cm
Rasa : Lembut

GETHA Beauty Pillow


Salah satu bantal yang menjadi kegemaran Mimi ialah GETHA Beauty Pillow. Dengar bab bab kecantikan ni memang Mimi suka. Apa istimewa beauty pillow ni? Untuk pengetahuan semua, GETHA 100% Natural Latex Beauty Pillow menggunakan penghidratan melalui Teknologi Susu di mana Getha mengetahui bagaimana teknik lubang Honey Comb Air, pengudaraan udara dan penyebaran haba dari badan sepanjang tidur.

Gabungan penutup serat protein susu memberi sentuhan lembut dan menghaluskan kulit serta mengurangkan kedutan pada kulit kerana ia tidak menyebabkan geseran ketika kulit muka terkena pada permukaan bantal. Beauty pillow juga mampu mengurangkan pori pori pada kulit muka.



Saiz : L 62 x W 37 x H 11cm
Perasaan : Lembut
Sesuai untuk : Wanita, Tidung Samping/Belakang

GETHA Travel Latex Pillow Boleh Dibawa Ke Mana Sahaja Ketika Bercuti


Ketika bercuti melibatkan perjalanan jauh memang akan buat kita rasa mengantuk. Bila rasa mengantuk mestilah nak tidur tapi rasa tidak selesa sebab tiada bantal dan tilam yang empuk dalam kereta. Lepas ni tidur di dalam kereta jadi selesa sebab ada GETHA Travel Latex Pillow. Salah satu benda wajib perlu bawa kalau pergi bercuti.

Ia direka bentuk mudah alih yang hebat membolehkan kita menikmati Latex Semulajadi yang selesa di mana sahaja anda pergi. Travel Latex Pillow ini juga disertakan sekali sarung bantal kapas berkualiti tinggi 100%.



Soft Bean U-Foam Neck Pillow Memberi Sokongan Pada Leher




Selalunya Soft Bean U-Foam Neck Pillow digunakan bila Mimi duduk santai santai di dalam rumah. Kadang kadang bila nak guna anak anak pun sama nak guna. Tapi memang selesa bila guna Soft Bean U-Foam Neck Pillow ni waktu menghadap laptop ataupun main game. Leher tak rasa lenguh dan sakit pun.

Soft Bean U-Foam Neck Pillow dipenuhi dengan Microbeads premium kecil. Direka khas untuk lebih selesa, berbentuk U dan memberi sokongan yang paling selesa untuk leher. Sangat sesuai ketika bersantai di rumah atau ketika dalam perjalanan. Snow Bean memberikan sokongan yang baik, ketahanan, pengudaraan udara yang hebat, ringan dan hypoallergenic semula jadi.



Cara penjagaan : Pastikan di simpan tempat yang bersih dan udara kering sahaja. 

Saiz : L 28 x W 26 x H 8cm

Pendapat Mimi Selepas Menggunakan Bantal Getha 200% Natural Latex


Mimi memang mempunyai masalah tidur tak cukup semenjak ada anak kecil di rumah. Anak Mimi jenis tidur lambat dan mudah terjaga dari tidur. Jadi, Mimi mengalami gangguan tidur. Kesannya Mimi mudah letih, bahu dan leher lenguh dan emosi agak terganggu. 


Sejak tidur menggunakan Getha Massage Pillow dan Osteo Care Bolster, tidur Mimi lebih berkualiti. Dah tak ada rasa letih, badan pun rasa segar dan emosi kembali stabil. Kalau tidak asyik rasa nak marah saja sebab tidur tak mencukupi. 

Syukur sangat sebab Mimi dikenalkan dengan produk hebat GETHA 100% Natural Latex yang bermutu tinggi serta berkualiti, setanding dengan harga yang ditawarkan. 

Selain daripada pelbagai rangkaian bantal, Getha 100% Natural Latex juga ada rangkaian produk lain seperti tilam (mempunyai saiz king, saiz queen, saiz single dan saiz super single), baby/junior dan aksesori.




Kini, Getha menawarkan 60 Nights Risk-Free Trial untuk masa yang terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut serta pembelian, layari :

Website : 
https://shop.getha.com.my

Facebook :

Instagram :

Post a Comment

22 Comments

  1. Ahh sakit tengkuk. Nak kena shopping bantal baru dan tilam Getha baru ni.

    ReplyDelete
  2. Memang penting untuk kita dapatkan tidur yang berkualiti. Kalau bangun tidur tapi sakit belakang sebab tilam atau bantal tak selesa boleh rosak mood nak kerja. hilang fokus sebab sakit

    ReplyDelete
  3. pernah baca produk getha ni...nmpk best tu dpt tidur berkualiti kn...tkde la dpt gangguan..tp jgn syok sgt lena smp tkmo bgn plak kn hehe

    ReplyDelete
  4. Nampak selesa pula dgn Getha..

    ReplyDelete
  5. This getha pillow looks good. Nampak empuk sahaja. Thank you for sharing your review. Have a good weekend.

    ReplyDelete
  6. tidur ni memang perlukan bantal ya g sesuai. kalau tak bangun pagi kang sakit leher. nampak soft and confy je bantal tu

    ReplyDelete
  7. Betul tu sis. Bantal pun main peranan untuk dapatkan tidur yang lena. Kalau bantal tak best tidur pun tak syok. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. Best nyem kita memang suka produk getha ni.na nk apply ye.. Huaa bole la nak review gak

    ReplyDelete
  9. LH memang dok cari bantal sedap-sedap ni.

    ReplyDelete
  10. Ya kita perlu tidor sekurang kurangnya 8 jam dan bila dapat bantal enak begini lagi la rnak tdornya.

    ReplyDelete
  11. paling penting kalau dapat tidur yang berkualiti. kesihatan kita kena jaga. dapat bantal macam ni memang terbaik.

    ReplyDelete
  12. Menarik bantal 𝐆𝐄𝐓𝐇𝐀 𝟏𝟎𝟎% 𝐍𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐥 𝐋𝐚𝐭𝐞𝐱 ni..nak tidur memang perlu bantal yang selesa kan..takde la tidur terkehel leher hehe..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  13. Getha ni memang jenama dah well known kan. Ramai kata produk ni best

    ReplyDelete
  14. Akak pun pakai tilam dan bantal yang sesuai dengan sakit belakang akak ni. Memang harga mahal sikit tapi untuk keselesaan dan bangun pagi pun tak sakit badan. Nak jugalah grab trial product tu

    ReplyDelete
  15. Betul² lena tido mcm ni dapat bantal yang empuk dan selesa kat tengkuk dan kepala. Brand ni famous jugak.

    ReplyDelete
  16. Wow mesti tido dgn nyenyak lepas ni kan... Bestnya

    ReplyDelete
  17. Nampak gebuuu sangat bantal bantal tu

    ReplyDelete
  18. Best aih dpat tidur atas bantal empuk. Memang syok la dapat tidur yang berkualiti. Badan pun rasa cergas je..

    ReplyDelete
  19. Sis ada satu bantak Getha ni, walau harga beli mahal (walau tengah offer), tapi bila dah guna, sangat selesa gileeee.... berbaloi laaa dengan harganya, yang sukanya bantal dia walau dah guna lama, bau dia tak hapak, walau tak jemur..

    ReplyDelete
  20. bagus product Getta ni, biasa nampak di expo dan iklan di tepi Highway.

    ReplyDelete
  21. seronoklah tido lepas nie...

    ReplyDelete
  22. bestnya banyak pilihan.. untuk baby pun ada 🤩

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com