Team AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian | Hai semua! Korang pernah dengar tak mengenai AFY haniff? Mesti tak pernah dengar kan? Kalau tak pernah, Mimi akan kongsi dengan korang mengenai AFY haniff. AFY haniff Group (M) Sdn Bhd telah diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006 di mana ia menyediakan detergan herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. AFY haniff sangat terkenal dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga. Kini, AFY haniff telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga Thailand.
Teruja kan bila dengan produk AFY haniff ini berasaskan dari bahan bahan organik yang sudah tentu selamat digunakan. Kebanyakan produk detergan dan penghalau serangga yang berada di pasaran mengandungi bahan bahan kimia yang dibenarkan. Walaupun kandungan kimianya dibenarkan tetapi kita pasti mengutamakan produk yang mengandungi bahan bahan organik.
Aktiviti Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Kubang Kerian
Untuk pengetahuan korang, baru baru ini AFY haniff telah mengadakan aktiviti gotong royong mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Ini merupakan aktiviti hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan team McDonald’s dengan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama sama menjayakan event ini.
Tujuan utama AFY haniff bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati kepara para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Kehadiran AFY haniff di Rumah Ronald McDonald ini sekurang kurangnya dapat meringankan beban pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian. Nampak menarik dan seronok pula aktiviti yang diadakan ni. Kalau Mimi berada berdekatan dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian pasti Mimi akan turut serta menyumbang tenaga untuk sama sama menjayakan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan ini.
Untuk pengetahuan korang, aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald yang diadakan pada 24 September 2019, Selasa yang lepas dimulakan dengan sesi perkenalan dan taklimat ringkas kepada semua yang terlibat untuk menjayakan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald. Setelah taklimat ringkas mengenai aktiviti yang akan diadakan diberikan, sesi lawatan Rumah Ronald McDonald diadakan selama satu jam. Selesai sesi lawatan, aktiviti shopping barangan keperluan untuk penghuni Rumah Ronald McDonald pula. Antara barangan keperluan yang dibeli untuk Rumah Ronald McDonald adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah. Aktiviti shopping barangan keperluan ini mengambil masa kira kira 2 jam. Selesai shopping barangan keperluan, sesi masak beramai-ramai diadakan untuk makan bersama sama dengan penghuni Rumah Ronald McDonald. Mimi dapat bayangkan kemeriahan aktiviti masak beramai-ramai ni, pasti meriah macam aktiviti merewang kenduri kahwin kan? Ketika itu, masing masing sibuk bantu membantu antara satu sama lain dan melakukan kerja-kerja yang telah diagihkan.
Pada jam 2.00 petang, aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald dimulakan. Aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald ini sepenuhnya menggunakan produk dari AFY haniff. Aktiviti membersih dan mewangi seperti menyapu sampah dan mop lantai menggunakan pencuci lantai SWIPEL AFY haniff, fabrik seperti langsir dan sebagainya pula menggunakan pewangi fabrik D'MENC AFY haniff dan mencuci pinggan mangkuk menggunakan pencuci pinggan 40 DAYS AFY haniff.
Untuk pengetahuan korang, produk SWIPEL AFY haniff ini diperbuat daripada bahan herba organik di mana ia tidak mengandungi racun dan bahan kimia berbahaya. Jadi, produk ini memang terjamin selamat untuk digunakan. Selesai sesi membersih dan mewangikan Rumah Ronald McDonald, para penghuni yang berada di sana diberikan sumbangan berupa barangan jenama AFY haniff.
Selain daripada itu, pemberian wang secara ‘kilat’ turut diberikan kepada salah seorang waris pesakit Pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian ini diberi secara mengejut kerana atas dasar rasa sedih dan simpati akan nasib keluarga ini. Difahamkan anak pakcik ini sedang terlantar sakit di HUSM Kubang Kerian akibat di langgar kereta. Usia anak pakcik ini ialah 5 tahun. Cuba bayangkan seawal usia 5 tahun telah ditimpa musibah yang tidak dijangka. Diharapkan adik ini akan segera pulih dan sihat seperti sediakala.
Rangkaian produk AFY haniff
Secara jujurnya, Mimi pernah nampak produk AFY haniff di pasar raya tetapi Mimi tidak menggunakan pun produk AFY haniff ni. Yalah dulu tak berapa menitik beratkan produk organik, janji produk Mimi beli tu berkesan dan murah bagi Mimi itu dah cukup. Tapi sejak timbul kesedaran akan kepentingan mengutamakan produk produk berasaskan bahan bahan organik, pastinya selepas ini Mimi akan cari dan menggunakan produk AFY haniff. Lebih lebih lagi dah banyak testimoni daripada pengguna produk AFY haniff memberi maklum balas yang positif selepas menggunakan rangkaian produk AFY haniff. Bila ramai yang beri maklum balas yang positif sudah tentu produk AFY haniff ini sangat bagus, betul tak?
Buat korang yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai produk AFY haniff, boleh layari :
31 Comments
kerjasama yang ohsem..
ReplyDeleteBagus la inisiatif Afy Haniff ni..akak suka semua product dia...wangi sangat..kalau pewangi kereta tu memang tahan sebulan...
ReplyDeleteharumnya bau
ReplyDeletesaya memang guna produk afy haniff nie. sy suka produk wangian kereta mereka. sangat tahan lama. kereta bau wangi sentiasa. harga pon berpatutan. teruskan melebarkan sayap afy haniff. semoga terus maju !!
ReplyDeletedulu tak pernahlah dengar pasal afy haniff ni..baru2 ada blogger yang buat review terus cuba..mmg terbaik..yang best dia sejenis produk organik..
ReplyDeleteok iza tak tau produk afy haniff ni banyak rupanya. bagus la dorang buat amal macam tu. rumah tu pun memang untuk bantu orang susah. semua dapat pahala insyaAllah.
ReplyDeleteMula2 baca kita serius tak pernah dengar tapi once tengok produk yes kita kenal. Dulu roomate kita kat uni pakai spray serai tu nak halau semut kot kalau tak silap. Cuma agak strong sikit bau dia kena spray layang2 gitu baru tak padat haha.
ReplyDeleteBagus ye Team Afy buat CSR gini, moga memberi manfaat dan mendapat manfaat selayaknya.
Bagus lah program macam ni. Sebab tu kita jena sokong produk muslim supaya orang muslim dapat bantu muslim lain yang susah.
ReplyDeletethniah afy hanif. thniah rmhc. thniah kepada mereka yang terlibat. alhamdulillah. program kebajikan begini patot disokong dan dipuji.
ReplyDeletePernah tau pasl produk ni tapi taj terbelo2..oh dh ade dekt pasraya ke.. Boleh cari ni..
ReplyDeleteWah produk baru ya, siap guna bahan organik lagi. Boleh lah nanti Kak Sue nak cuba juga..
ReplyDeleteTahniah Afy kerana memberikan kewangian dan kebersihan kepada rumah pesakit nie. Moga dimurahkan rezki kerana membahagiakan waris pesakit di situ.
ReplyDeletebagus ada produk macam ni. sebabnya actually bahan kimia dalam produk rumah ni akan rosakkan alam sekitar. bila alam rosak, samalah akan efek kita juga daripada rantaian makanan. kudos to the founder
ReplyDeleteMarina selalu beli perfume kereta afy haniff..wangi yg vanilla punya tu
ReplyDeleteBagusnya Afy Haniff sebab wangikan rumah Mcdonald.. sy pun penguna afy haniff juga. Memang suka sngat bau-bau pewangi afy Haniff ni. Paling suka pewangi kereta yang tuti fruti tu. Rasa nak makan je.. hehe
ReplyDeleteEh nape lia tak tahu pasal produk Afy Haniff ni. Bagusnya program gotong royonh macam ni. Klu dekat lia dah join
ReplyDeleteBagusla projek csr mcm ni. Sebab bantu dr segi menceriakan temoat yg pastinya sgt
ReplyDeleteMembantu mereka yg memerlukan
First time dgr nama Afy Haniff ni. Nampak bagus sebab bahan organik tak merbahaya. Tapi saya mmg tak pernah nampak kat mana-mana kedai. Apapun tahniah kerana menyantuni masyarakat bersama mcD.
ReplyDeleteWah. Bagus program seperti ini. Rapatkan hubungan dgn masyarakat secara tk langsung. Ceria la pengunjung rumah mcd di sana selepas ini. Kan bgs kalau acara mcm ni kerap di adakan
ReplyDeleteAlhamdulillah suka tgk ushawan2 melayu yg ebrjaya mcm ni smpi boleh keluarkn produk kelengkapan rumah yg LENGKAP kot! insyAllah klu jmp boleh try n support ni!! nice sharing
ReplyDeleteTabik dengan Team AFY haniff ni...siap sanggup meredah ke Kelantan tapi nampak enjoy je
ReplyDeleteYezza... Support produk Muslim 😍😍😍
ReplyDeleteThis brand of household products are new to me, thanks for sharing it.
ReplyDeleteBagusnya Afy haniff!! Saya pun suka gunakan penghalau serangga dia. Dah bertahun2 saya pilih jenama ni. Yg paling best, ia menggunakan bahan organik iaitu serai je untuk halau serangga. Semoga makin maju Afy haniff!
ReplyDeletealhamdulillah...terima kasih sentiasa menyokong produk AFY haniff 😊👍
ReplyDeleteAlhamdulillah...terima kasih kerana sentiasa menyokong produk AFY haniff 😊
ReplyDeletei neeeed these products !! yang menakutkan serangga ini laaa yang diperlukan.
ReplyDeletebaru tahu pasal produk ni, nanti boleh cuba
ReplyDeletekak ana pun pengguna AFY haniff ni mimi :)
ReplyDeleteRasa happy kan bila kita berpeluang untuk memberikan senyuman pada yang memerlukan. Akak pun teringin nak join event macam ni
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah kepada Afy Haniff dan crew kerana berjaya menjalankan CSR ini... memang bagus kita terapkan usaha dalam membentuk masyarakat yang berbakti kepada warganya... btw, memang wangi minyak wangi kereta Afy Haniff... thumbs up... uolls pun boleh dapatkan tau... bau segar dan lembut je... yang penting, baunya tak terlalu kuat, just nice je...
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com