Rabu, 18 April 2018

200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT

9:43:00 PTG 0 Comments
200 Hidangan Mewah Dari Hidangan Melayu, Barat Dan Timur Hanya Di Bangi Golf Resort | Hai korang! Baru baru ini Mimi berpeluang merasai keenakan menu iftar Ramadhan di Bangi Golf Resort. Terdapat banyak menu menarik yang dihidangkan tau. Masa tengok ke semua menu yang ada memang terliur sekejap di buatnya. Korang juga berpeluang menikmati menu menarik di BGR dengan harga serendah RM59.00 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak kanak. Jom tengok antara 200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT.


200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT

Sempena Ramadhan ini, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menjamu para tetamu dengan hidangan eksklusif di Bufet Ramadhan yang akan bermula pada 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.

Korang tak perlu ragu ragu untuk menikmati semua hidangan yang ada di Bangi Golf Resort kerana sejak 2009 lagi ia disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktirafkan sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Dato' Menteri Besar pada tahun 2017.

BGR juga terkenal dengan hidangan gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti. Restoran BGR sekali lagi menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidang Melayu, Barat dan Timur.

Mimi tak sabar nak kongsi dengan korang menu menu yang ada di BGR ni. Mimi sempat juga rasa beberapa menu yang ada. Nak makan semua memang tak mampu sebab banyak sangat tau korang. Ikut tekak nak makan semua tapi apa kan daya perut saiz kecil tak muat nak sumbat semua.

Kambing Bakar

Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak merupakan sajian eksklusif dan popular di kalangan para tetamu. Cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak tau korang. Selain daripada itu, korang boleh juga menikmati hidangan istimewa yang lain seperti Satay Daging, Satay Ayam, Kway Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan secara langsung di depan tetamu.

Satay Daging


Satay Ayam

Fries Kway Teow


Korang juga boleh menikmati beberapa hidangan Melayu yang disediakan. Hidangan Melayu yang dihidangkan sangat istimewa tau korang kerana ia menggunakan bahan mentah yang di tanam sendiri di "Kebun dalam Bandar" berlokasi di premis Bangi Golf Resort di mana cef akan memetik sayur sayuran organik dan menghidangkannya ketika Bufet Ramadhan.

Nasi Kerabu atau Nasi Biru dihidangkan dengan ulam yang ditanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan yang lain. Warna biru pula dari kelopak Bunga Telang yang juga di tanam di kebun. Laksa Sarawak dan Laksa Singapore pasti akan memenuhi citarasa korang turut dihidangkan.


Laksa Sarawak

Lasak Singapore

Okey korang dah tahu menu hidangan Melayu yang dihidangkan. Jom tengok pula menu hidangan Barat pula. Untuk hidangan Barat, korang boleh menikmati keenakan Penne Carbonara dan juga Spaghetti Bolognese.

Penne Carbonara

Spaghetti Bolognese

Hidangan side dish yang menjadi pilihan tetamu dan Mimi juga pastinya Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma. Mimi belum pernah lagi makan telur separuh masak yang direbus sempurna dan sesedap ni dekat mana mana tau. Inilah pertama kali Mimi rasa telur separuh masak yang sangat sedap! Rugi pula ambil satu saja.

Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma

Untuk hidangan Timur, BGR menghidangkan Nasi Ayam Hainan di mana setiap ketulan ayam dimasak secukupnya, empuk dan berjus. Nasi yang dimasak sangat empuk dan diperkaya dengan lemak ayam menjadikan nasi kelihatan berkilau dan penuh rasa. Nasi Ayam Hainan turut dihidangkan bersama dengan sos bawang putih dan halia serta cili. Tidak ketinggalan juga kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan menu baru BGR iaitu Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

Nasi Ayam Hainan

Deeo Fried Fish Fillet ith Golden


Untuk pencuci mulut korang boleh menikmati keenakan Churros Sepanyol dengan sos coklat pekat, Tiramisu Itali, pelbagai kuih muih Melayu, puding, agar agar dan buah buahan. Korang mesti rambang mata dengan pelbagai hidangan pencuci mulut yang disajikan.

Aneka kuih muih dan puding

Aneka kuih muih

Roll On Cake

Aneka Pencuci Mulut

Aneka kek

Menarik bukan hidangan yang disajikan oleh BGR. Ini sebahagian daripada menu yang ada tau. Ikutkan banyak lagi. Nak tahu banyak lagi menu mewah dan istimewa di BGR, apa kata korang bawa keluarga iftar di sini. Pasti tidak mengecewakan tau.

Sambil menikmati hidangan mewah dan sedap di BGR, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Buat korang yang mengunjungi BGR, korang  tak perlu risau dengan parking kereta kerana lebih dari 800 lot parkir disediakan. Surau dengan ruang solat yang luas  juga disediakan untuk memudahkan dan memberikan korang keselesaan untuk menunaikan solat Maghrib. 

Sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang sebanyak 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi memenuhi janji mereka untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Buat korang yang ingin membuat tempahan iftar  di BANGI GOLF RESORT sempena Ramadhan yang bakal menjelma, korang boleh dapatkan maklumat lanjut seperti di bawah :  


Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor Darul Ehsan

Tempahan dan Pertanyaan : 
1-700-81-8557
Email : 
sales@bgrrest.com
Laman Web : 
Facebook : 
Instagram : 

Isnin, 16 April 2018

Pati Kelapa Laut dan Air Kedondong Sedap dari Man Java Enterprsie

10:15:00 PG 33 Comments
Pati Kelapa Laut dan Air Kedondong Sedap dari Man Java Enterprise | Hai korang! Korang pernah tak minum air kelapa laut dan air kedondong tak? Semalam, Mimi dah minum air kedondong memang sedap. Air Kelapa Laut saja tak rasa lagi. PATI KELAPA LAUT DAN AIR KEDONDONG SEDAP DARI MAN JAVA ENTERPRISE ni merupakan produk jualan blogger kak Shuhaida Kabdy atau lebih mesra Mimi panggil Kak Sue dan suami.

PATI KELAPA LAUT DAN AIR KEDONDONG DARI MAN JAVA ENTERPRISE


Anak anak pun suka air kedondong tau. Paling suka si kecil, Adhwa lah. Bukan main teguk lagi. Rasanya masam masam manis memang sedap. Minum time  cuaca panas macam nih lega tekak.

Pati Kelapa Laut dan Air Kedondong Sedap dari Man Java Enterprsie

Air Kelapa Laut tuh Mimi tak rasa lagi. Tapi kalau baca dari feedback kawan kawan yang dah pernah minum air kelapa laut ni semua cakap sedap tau. Ada yang repeat order lagi. Air kedondong tuh dah habis pun minum. Memang sedap. Repeat order lagi. Siap pesan dekat Kak Sue nak sebotol besar.

Pati Kelapa Laut dan Air Kedondong Sedap dari Man Java Enterprsie

Pati Kelapa Laut dan Air Kedondong Sedap dari Man Java Enterprsie



PATI KELAPA LAUT DAN AIR KEDONDONG DARI MAN JAVA ENTERPRISE

Pati Kelapa Laut dan Air Kedondong Sedap dari Man Java Enterprsie


Waktu panas terik memang sedap sangat minum air kelapa laut dan kedondong ni korang. Memang sejuk tekak kalau korang minum tau. Korang yang nak order PATI KELAPA LAUT dan AIR KEDONDONG korang boleh saja hubungi nombor di bawah tau.

Man Java Enterprise

Tel : 
012-5854998 / 012-5844836

Email :
skabdy@yahoo.com

Sabtu, 14 April 2018

Makan Nasi Goreng Sotong di Bellamy

11:01:00 PG 4 Comments
Makan Nasi Goreng Sotong di Bellamy | Hai korang! Siapa kat sini pernah makan di Bellamy, Kuala Lumpur. Orang KL mesti dah biasakan dengan Bellamy ni. Masuk ni dah tiga kali makan di Bellamy. Sekali pergi dengan family dua kali makan dengan kawan setugas. Kali ketiga datang Mimi MAKAN NASI GORENG SOTONG DI BELLAMY.

MAKAN NASI GORENG SOTONG DI BELLAMY


Kedai makan Bellamy ni memang menjadi tumpuan ramai tau. Ramai kata rojaknya sedap. Mimi kurang bab rojak ni. Kalau datang sini memang order nasi goreng sajalah. 


Harga semua makanan yang di Bellamy ni memang not bad lah. Okeylah kan. Kat sini tak silap Mimi kalau korang nak makan sotong yang besar gabak pun ada tau. Macam macam adalah.  

Masa order tu kepala otak duk bayangkan NASI GORENG SOTONG yang putih tu. Sekali bila dapat nasi goreng sotong merah. Kurang gemar sangat sotong merah ni tapi dah orang belanja makan, telan sajalah. Dah orang belanja banyak cikadak kan.


KEDAI MAKAN BELLAMY




Kedai makan Bellamy ni mengamalkan konsep layan diri. Kalau datang sini, kena beratur di kaunter dan beritahu menu yang korang nak pesan. Tunggu pesanan siap dan terus bayar di kaunter. Kalau apa yang korang pesan tu ambil masa nak siap, dia akan suruh duduk dulu dan pekerja diorang akan hantar. 

Selalunya time Mimi datang makan di Bellamy, orang tak ramai tau. So, memang sekejap saja dapat pesanan. Lepas duduk dan makan orang mula berpusu pusu masuk sampai panjanglah barisan tu. Kita yang duduk tengah makan ni rasa tak selesa pula. Rasa macam ada orang pandang saja kau makan! KEDAI MAKAN BELLAMY memang jadi tumpuan orang ramai tau. Walaupun lokasinya agak tersorok tapi apa ada hal. Waze ada Maps ada cari saja. So far, okeylah makan kat sini. Not bad! 

Khamis, 12 April 2018

SEMAK DAFTAR PEMILIH ISI RUMAH PRU 14

3:53:00 PTG 8 Comments
Semak Daftar Pemilih Isi Rumah PRU 14 | Umum dah mengetahui yang PRU 14 akan diadakan pada 09 Mei 2018. Bila dah tahu tarikh bersejarah tu, pasti ramai yang tak lepaskan peluang untuk SEMAK DAFTAR PEMILIH ISI RUMAH PRU 14. Mimi pun tak lepaskan peluang semak tempat Mimi perlu mengundi. 

SEMAK DAFTAR PEMILIH ISI RUMAH PRU 14


Sebelum ni tempat mengundi Mimi di Kluang, Johor sebab  ikut suami. Tahun lepas Mimi tukar tempat mengundi sebab suami dah bertukar ke Kuala Lumpur. Kira nak mudahkan kerja mengundi lah nanti kan dekat saja daripada kena pergi Kluang. Sekali tahun ni suami pindah ke Seremban pula. Memang taklah nak tukar tempat mengundi lagi. Tunggu akan datang pula.



Ikutkan tahun ni memang kitorang suami isteri kena mengundi di Kuala Lumpur tau tapi memandangkan suami outstation di Sabah, Mimi pula terlibat sebagai petugas, jadinya undi pos sajalah di tempat kami berada. Suami mengundi di sana, Mimi mengundi di Seremban. Lagi senangkan.

Korang dah semak tempat mengundi di mana? Masih tempat lama atau tempat baru? Korang yang nak SEMAK DAFTAR PEMILIH ISI RUMAH PRU 14,  klik saja https://pengundi.spr.gov.my

FIVE POLITICALLY-INSPIRED ITEMS AVAILABLE ON CAROUSELL DURING GE14

10:02:00 PG 29 Comments

Kuala Lumpur, 11 April 2018 – As Malaysia gears up for the upcoming polls, some entrepreneurial and enthusiastic Malaysians have taken to selling politically-inspired items on Carousell, one of the world’s largest and fastest growing mobile classified marketplaces.

Here are five quirky items we found on the marketplace to help stoke that election fever ahead of the upcoming 14th General Election:

1) Tun Dr. Mahathir Mohammad’s Horse Riding Silver Statue

Weighing around 3kg, a rare riding statue of Tun Dr. Mahathir Mohammad is a masterpiece created and produced Wizart Studio Sdn Bhd out of  respect for the former Prime Minister of Malaysia. One was later presented to Tun Dr Mahatir as a memento.

“This is a one-of-a-kind statue that my studio produced to present to Tun Dr Mahathir himself. There are only 2 copies in the world! One is with Tun Dr. Mahathir, and the other is on sale on Carousell,” said Dina Yahya (Carousell Store: _min_onepitstop).



2) Vintage Merdeka Memorabilia


48-year-old political memorabilia collector Adrian Ung started collecting since 1997 and now counts over 200 items in his collection ranging from books, statements, mugs, plaques, newspapers, flyers and posters. Fascinated by its nostalgic value, he continues to scout across the world for priceless Malaysian political memorabilia.

“I have always been fascinated by vintage items. I zoomed in on Merdeka and Malaya-era items as they are scarce, especially to Malaysians. I normally find the older pieces more interesting, which is why I normally collect items from the 50s to 80s era or earlier. I hunt for them online and in flea markets all over Malaysia & Singapore,” said Adrian (Carousell Store: nicimeow)

3) 14-karat Gold UMNO Ring

It is always exciting to be associated with politics, but keeping a 14-karat gold ring by a political party is also pretty  cool and a great way to show your support for the party. The ring is currently on sale on Carousell for RM1,800.

Akmal bin Azman, 21, (Carousell Store: akmalazmn) said, “This UMNO ring belongs to a collector friend of mine who was looking for an avenue to sell some of his private collection. Carousell has helped us to sell many of our items and it soon forged a partnership between us. It became a revenue generator for us. This rare and unique 14-karat gold UMNO ring will be one of our most precious possession sold on Carousell, and we hope that it would soon find a new owner.”

4) 1990’s Undi Barisan Nasional Poster

This rare old poster written in Jawi, probably for the rural North, is one of only two posters that the seller has.

“I have two pieces of this poster – one for me and one for my dad. It is hard to find pieces of history in mint condition. I am selling it now as I want to give others and opportunity to earn this rare memorabilia,” said Muhammad Hazim Bin Mohd Ridzuan. (Carousell Store: genuineforless)

5) Najib Razak and Khairy Jamaluddin Inspired Cupcakes for Sale!


Nurfazlyana Shahira bt Mohd Rosli partnered bakers to produce these Najib Razak colada jackfruit buns and Khairy Jamaluddin chocolate cupcakes which would make unique gifts for Malaysians.

“Cupcakes are one of the desserts that have no boundaries when it comes to creativity. Creating a series of cupcakes inspired by political figures such as our Prime Minister and our Youth and Sports Minister help bring more attention to our political scene and the potential of Malaysia’s culinary creativity. I hope that Malaysians will enjoy the richness of our politics, just like our cupcakes.” (Carousell Store: fazly_ana)

Founded in 2012, Carousell is a mobile classifieds marketplace for buying and selling new and second-hand goods available in Malaysia, Singapore, Indonesia, Taiwan, Hong Kong and Australia.

For more information, follow them on www.facebook.com/carousell.my or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.

For all media inquiries, please contact our Media Centre:
Sim Teong Eu
+6016 215 2328
sim@sneakyzombie.com