Khamis, 3 Oktober 2019

Positif Hamil? 6 Perkara Ini Perlu Dilakukan Setelah Positif Hamil

Positif Hamil? 6 Perkara Ini Perlu Dilakukan Setelah Postif Hamil | Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga pasti inginkan zurait sebagai pengikat kasih sayang antara mereka selain daripada menceriakan suasana rumahtangga.
Bila period tak datang, kita yang sebagai isteri mesti tak sabar nak beli UPT untuk check sama ada kita positif hamil atau tidak. Mimie dulu pun macam tuh tau. Perasaan tu tak tergambar dengan kata-kata. Risau, cuak, cemas semua rasa jadi satu. Bila kita uji urin pada alat mengesan kehamilan dan naik dua line mestilah kita happy betul tak? Jadi, bila positif hamil, apa tindakan yang perlu dilakukan? Jom sama-sama kita semak 6 perkara yang perlu dilakukan setelah positif hamil.

6 Perkara Ini Perlu Dilakukan Setelah Positif Hamil

1. Beritahu Pasangan Berita Kehamilan



Bila disahkan positif hamil takkan nak diam seribu bahasa. Mestilah kena kongsi bertlita gembira dengan pasangan, betul tak? Jika ini merupakan kehamilan yang pertama, apa kata buat kejutan kepada pasangan. Kalau ada anak anak yang lain, boleh juga sertakan mereka sekali dalam kejutan untuk umum berita gembira ini. Siapa yang tak gembira nak terima orang baru.
Mimie sendiri pun setiap kali positif hamil akan beritahu suami dengan tunjuk alat ujian mengesan kehamilan.

2. Daftar Buku Pink di Klinik




Bila disahkan hamil, apa yang harus dilakukan ialah pergi ke klinik segera untuk daftar kehamilan supaya jururawat dan doktor boleh memantau kandungan serta memastikan semua dalam keadaan yang baik. Ada sesetengah klinik, doktor akan suruh ambil ujian kehamilan sekali lagi, melakukan sonogram dan ujian darah bagi mengesahkan kehamilan.


Namun ada juga sesetengah klinik terutamanya klinik kesihatan yang perlu di "book" tarikh untuk daftar buku pink. Perlu diingatkan, ketika ingin daftar buku pink perlu bawa salinan kad pengenalan sendiri, pasangan dan salinan sijil nikah. Bagi kehamilan kali kedua dan seterusnya perlulah bawa buku pink kehamilan yang sebelum.


3. Ambil Vitamin Pranatal


Bila dah daftar buku pink, jururawat akan membekalkan pelbagai vitamin untuk ibu ibu yang hamil. Vitamin parantal yang dibekalkan mengandungi vitamin, mineral, besi dan kalsium yang sangat penting untuk tumbesarab bayi di dalam kandungan.


4. Pilih Makanan Berkhasiat Untuk Kandungan


Semasa hamil, sangat penting bagi ibu ibu mempunyai diet yang sihat dan sihat untuk tumbesadab bayi. Perlu diingatkan, ibu yang hamil mestilah mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, garam dan lemak. Jika tidak mengawal pemakanan sepanjang kehamilan dikhuatiri akan mendatangkan penyakit serta kemudaratan kepada ibu yang boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung.


5. Muat Turun Aplikasi Kehamilan





Zaman teknoligi yang canggih kini, ibu ubu hamil boleh muat turun aplikasi kehamilan di telefon pintar. Pergi saja ke Play Store atau Google Play atau Apple Store. Ada pelbagai jenis aplikasi kehamilan yangbboleh dimuat turun. Pada setiap aplikasi juga ada berkongsi dan diberikan gambaran tumbesaran bayi, makanan berkhasiat yang perlu diambil, senaman yang sesuai untuk ibu hamil serta tips dan panduan buat ibu hamil.


6. Elakkan Buat Kerja Yang Berat dan Membebankan


Selalunya ibu ibu hamil dinasihatkan untuk berehat secukupnya dan mengelakkan daripada melakukan kerja kerja berat serta membebankan. Ia bagi memastikan tahap kesihatan ibu hamil di aras yang baik. Sekiranya ibu hamil melakukan kerja berat dan membebankan pasti akan memberi kesakitan, kecederaan mahupun kemalangan kecil kepada si ibu yang boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.

Pastikan sepanjang tempoh kehamilan dengar nasihat yang diberikan oleh jururawat dan doktor supaya kandungan membesar dengan sihat, ibu juga mempunyai kesihatan yang baik dan segala urusan ketika bersalin nanti berjalan dengan lancar dan selamat.

22 ulasan:

  1. Skrg ni sy sda dengar2 kalau nak buka buku pink kat KK biasanya tunggu kandungan usia 12minggu. Tu by appointment juga ye?

    Red Linda https://anakperak.com

    BalasPadam
  2. Tringin nak pegang baby lagi tp xpela..dpt men ngn ank buah pn jdi la..bgus buat persedian awl untuk elakkan maslah dikmudian hari.

    BalasPadam
  3. Baca entry ni terus teringat masa mula2 tau pregnant dulu...Seronok betul perasaan masa tu...memang betul once dah tau preggy kena daftar kat KK, jaga kesihatan dan ikut jer apa arahan doc..rindu plak nak preggy lagi...tapi dah tua

    BalasPadam
  4. OMG! Something for me to come back once Im married and get pregnant one day kot. The sharing and tips is good. Sekarang mampu seronok and share the best moment with people surrounding me saja.

    BalasPadam
  5. thanks sharing ni, ramai ibu-ibu hamil should know about this kan. padat dengan info yang diperlukan saat tahu diri hamil.

    BalasPadam
  6. Bagus sangat tips yang dikongsikan. Kena ambil tahu ni. Lagi-lagi yang baru kahwin kan heee

    BalasPadam
  7. Buku pink tu wajib pegi buat. Buat awal lg bagus. Nanti nak bersalin mudah nurse dan doktor refer.

    BalasPadam
  8. Wah. Sempat lagi masuk apps asianparent ni hehe. Bagus tu apps jadikan panduan ibu2 tengok perkembangan si kecil.

    BalasPadam
  9. Aaaaaa thanks sgt share pasal ni. Alhamdulillah nur disahkan hamil utk anak ke 2. Taoi belum buat buku pink lagi. Ingat nak buat sekali dgn check up anak akhir bulan ni

    BalasPadam
  10. bab makan ubat masa pregnant yes memang kena ambik and mama tak boleh culas actually. banyak kes culas makan ubat anak dalam kandungan tak dapat apa yang dia perlukan. bab aplikasi pula setakat ini The Asian Parent App adalah yang terbaik (setakat yang mek cuba).

    BalasPadam
  11. Tahniah sis...mmg kalo dpt tahu hamil ni bnyak perkara yg perlu diberi perhatian terutama berkenaan kesihatan, makanan dan mcm2 lg...skrg ni dh senang ada apps semua...zaman bonda dulu mana nk ada apps ni suma...

    BalasPadam
  12. Terbaikk, saya seorang pelajar perubatan nak bagi cadangan jugakk kalau ada plan nak mengandung tu, boleh ambil awal awal folic acid tu, untuk elak bayi drpd dpt spina bifida dan lain lain

    BalasPadam
  13. Seronok bila mengimbau kembali detik-detik kehamilan... setuju juga dengan tips ni... sekarang dah mudah dah... ada pakcik Google, apps, group yang boleh dijadikan panduan untuk mencari maklumat pantas kan... anyhow, take care to those within the pregnancy stage ya...

    BalasPadam
  14. Bagusnya... sekarang apps sangat membantu Ibu-Ibu hamil, dulu-dulu kita rujuk dekat buku je!

    BalasPadam
  15. Good info especially untuk yang first time pregnant. Saya pernah tertanya2 kenapa ada orang sebut “geng buku pink” bila pregnant.. Rupanya buku pink tu buku daftar kehamilan hehe

    BalasPadam
  16. Banyak benda kena jaga bila pregnant ni kan mimi..bab makan especially. Kena makan ikut masa yg betul dan amik makanan yg berkhasiat. Selalu bila dah daftar buku pink,automatik akan dpt semua vitamin yg diperlukan.so kena makan ikut yg disaran. Jgn skip kalau boleh kan.

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas tips2 ni. Bukan perempuan sahaja yg kena ambil tahu, lelaki jugak kena tahu benda2 ni. Apa2pun semoga saya cepat bertemu jodoh dan kahwin.

    BalasPadam
  18. Boleh lah guna tips ni bila dah berkahwin nanti. Mesti pasagan yang baru berkahwin akan tertunggu detik pasangan hamil kan.

    BalasPadam
  19. nice sharing..
    tambah sekarang prosuder dah makin teliti..

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas perkongsian. datang belajar benda baru walaupun kita belum kawin. tp tak salah untuk persediaan awal kan?

    BalasPadam
  21. Nowadays information is just at our fingertips, new gen parents are just so lucky, hopefully more ppl can utlize this.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.