Pelajar Automotif belajar bagaimana memilih produk dengan betul melalui WD-40®

Tujuh orang pelajar dari School of Skills di Setia Alam baru-baru ini di dedahkan dengan kerja-kerja praktikal dalam kehidupan sebenar. WD-40® telah menganjurkan satu projek yang mencabar pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam ilmu pengetahuan penyelengaraan dan pengubahsuaian pada kenderaan sebenar. Objektif utama projek ini adalah untuk mendidik para pelajar tentang teknik-teknik penyelengaraan dan pengubahsuaian yang praktikal serta cara memilih produk dengan betul.



Bermula dari hari pertama, pelajar-pelajar diperkenalkan mengenai pelbagai aspek teknikal yang terlibat dan seterusnya pengenalan kepada produk-produk WD-40® yang boleh digunakan dalam projek ini. Ketujuh-tujuh mereka merupakan penuntut diploma di dalam bidang  automotif di SOS. Segala kelengkapan dan keperluan bagi mengasah teknik yang betul telah disediakan oleh WD-40®. Tugasan utama para pelajar adalah untuk memulih dan membaiki van lama yang disediakan pihak penganjur supaya dapat berfungsi semula melalui bahan-bahan dan produk-produk yang telah disediakan.




Projek yang sepanjang 3 bulan yang bermula dari Jun telah tamat pada haribulan 30 Ogos. Kini, van yang digunakan dalam projek tersebut telah berjaya dibaiki pulih dan kini digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh SOS.

Tujuh orang pelajar yang terlibat adalah Manoo a/l K Thiruchelvam, Kugan a/l Dore Raj, Tamilvarman a/l Vijayan, Poa Wei Jie, Tan Jie Sheng, Chow Wey Liang dan Muhamad Hafizi Hamzah di mana mereka telah bersemangat dalam menimba pengalaman dan peluang yang menarik. 



"Penglibatan dalam projek ini banyak membantu mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan teknik-teknik pratikal mengenai baik pulih kenderaan. Oleh itu, saya mewakili rakan-rakan kelas yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada WD-40® dan School of Skills atas peluang yang telah diberikan," kata Manoo. 

Poa turut menyampaikan penghargaan terhadap pengalaman yang ditimba. " Salah satu perkara yang paling penting sepanjang projek ini berlangsung ialah saya belajar cara penggunaan perkakas dengan betul dan ia memang dapat banyak membantu. Di samping itu juga, penggunaan produk yang betul juga dapat membantu mempercepatkan dan melancarkan lagi proses. Kami belajar cara bekerja dengan bijak," kongsi Poa sambil tersenyum lebar. 



Bagi ketua eksekutif SOS Mr. Ken Foo, turut gembira dan berbesar hati atas kerja sama dari sektor swasta dalam meningkatkan ilmu pengetahuan golongan muda. "Sebagai wakil untuk pihak School of Skills, ribuan terima kasih diucapkan kepada penaja projek WD-40® atas peluang  kepada sekelompok belia yang terpilih dan memastikan projek ini berjaya.

Mr. Marcus Chen, pengarah serantau Asia WD-40® berkata syarikatnya amat berbangga dapat terlibat dalam perkongsian jenis dan  kegunaan produk WD-40® dan diharap ia bakal digunakan dalam karier mereka  pada masa hadapan. 



"Kami gembira kerana telah menjadi sebahagian dari pelajar yang terlibat di dalam projek yang berlangsung sepanjang 3 bulan ini. Kami berharap pengalaman dan ilmu yang diperolehi dapat membantu dan digunakan pada masa hadapan. Akhir sekali, dunia berputar semakin pantas, semua orang inginkan sesuatu yang dapat disiapkan dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi, semua sektor termasuk peniaga, penyedia perkhidmatan dan lain-lain lagi perlu bersaing secara cepat. Dan dalam hal ini, mempunyai peralatan dan produk yang tepat sangat membantu dalam kerja kami. Oleh sebab itu, WD-40® menjadi rakan terbaik dan dipercayai sejak dahulu lagi bagi mereka yang yang terlibat dalam bidang profesional'" tambah Chen. 

Post a Comment

7 Comments

  1. bgusla dibat ni semua..wd 40 ni banyak kekgunaan dia kan..semua boleh..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya program gini. Budak2 ni dah ada ilmu sikit dalam baik pulih kenderaan. Mana tau ada yang buka bengkel pulak nanti

    ReplyDelete
  3. Napa takde gambar sebelum dan selepas. Baru best tengok. Hihihi..

    WD40 ni pun ada dekat rumah kita. Banyak kegunaannya.

    ReplyDelete
  4. Bagus ada projek cam ni. Moga yg belajar tu lps tamat pelajaran akan jd org yg berjaya

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com