Cetak Produk Design Sendiri di Custom.My

Cetak Produk Design Sendiri di Custom.My | Hai korang ! Kalau kita pergi mana mana majlis contoh macam Majlis Perkahwinan ke, ziarah baby baru lahir ke, sambut majlis hari lahir ke pasti kita akan bawa hadiah sebagai cenderahati kan. Selalunya kita akan beli hadiah di shopping mall atau kedai cenderahati. Lagi best kalau kita dapat beri hadiah yang kita boleh design sendiri. Lagi bertambah seronok kan?

Ada je kedai cetak yang boleh kita tempeh design sendiri tetapi kebanyakannya perlu tempeh minima 10 unit. Rasa membazir pula beli banyak banyak kan padahal kita nak beli satu unit saja. So, Mimi tercari juga kedai cetak yang boleh terima tempahan minima satu unit.

Satu hari tu, kawan blogger Mimi perkenalkan satu website yang boleh cetak produk dengan design sendiri. Yang best boleh tempah produk tanpa kuantiti minima. Maknanya nak tempah stau pun boleh. Suka suka.

Cetak Produk Design Sendiri di Custom.my



Mesti korang tertanya-tanya website apa yang Mimi maksudkan tu. Website yang Mimi maksudkan ialah Custom.my. Untuk pengetahuan korang Custom.my ini terletak Ipoh, Perak dan telah beroperasi sejak tahun 2014. Mereka mempunyai pekerja yang  pakar dan dalam reka design dan percetakan pakaian. Hah bukan calang-calang kan.

Custom.my juga beroperasi secara atas talian bagi memudahkan urusan dengan pelanggan yang ingin membuat tempahan dan tinggal jauh dari tempat operasi Custom.my. 



Buka je website Custom.my rambang mata jadinya tau sebab macam macam produk ada. Nak nak Mimi pun bakal timang cahaya mata ke 4 tak lama lagi, so bolehlah beli barang baby dengan design Mimi sendiri.

Kenapa Mimi Memilih Custom.my?


1. Ada 100 Lebih Jenis Produk Yang boleh di Design dan Dicetak

Di Custom.my ada lebih 100 jenis produk yang boleh dipilih tau korang. Memang jadi rambang mata tengok. Macam macam pilihan ada. Antara produk cetakan yang ada di Custom.my seperti Tshirt, Aksesori Bayi dan Kanak Kanak, Beg, Puch, Home Decoration, Print Kain dan banyak lagi.



2. Tiada had pembelian

Ni yang Mimi paling suka sebab nak order satu produk pun boleh. Hah tak perlu susah payah order banyak banyak kan. Satu pun dah cukup. Terpulang pada korang. Nak order satu boleh nak order banyak pun boleh.

3.     Tempahan yang mudah



Nak tempah barang secara online pun mudah saja tau korang. Tak rumit pun. Just klik ikut saja langkah langkah yang diberi. Hanya hujung jari saja. Klik klik, design dah siap! Boleh hantar sepantas kikat. 

4. Perkhidmatan yang cepat, mudah dan murah

Untuk memastikan pelanggan mencapai kepuasan dengan perkhidmatan mereka, Custom.my akan memastikan setiap tempahan yang diterima disiapkan dengan kadar segera. Tempoh yang diberikan oleh mereka ialah 10 hari paling maksima. Kalau ada sebarang pertanyaan, pelanggan boleh bertanya di ruangan chat atau whatsapp saja nombor yang terpapar di website. Produk yang disediakan mereka juga murah dan bermutu tinggi tau. Memang puashati kalau membeli di Custom.My ni.

Custom.my juga mempunyai pelanggan tetap yang menggunakan perkhidmatan mereka tau seperti Iflik, Universiti Kuala Lumpur, Cimb Foundation, Unisel dan banyak lagi.




Korang yang nak buat tempahan secara online bolehlah tempah di laman di bawah :


Untuk maklumat lanjut korang juga boleh layari media social Custom.my seperti di bawah :



Buat korang yang tinggal berhampiran boleh saja walk in terus ke kedai Custom.my di alamat seperti di bawah :

Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P)
No.46A, Hala Taman Meru 11,
Meru 2B 300200 Ipoh,
Perak

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat : 9.00 am – 6.00 pm
No.tel : 05-5252144
Email : info@custom.my
Whatsapp : 013-4845800

Post a Comment

15 Comments

  1. Menariknya boleh custom made hadiah sendiri. Nak cuba lah buat surprise dkt org tersayang.

    ReplyDelete
  2. This is really cool. I want to design my own things too. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Cantik dan comel sangat! Nampak ekslusif bila kita boleh custom barangan yang kita suka. Boleh juga ni dijadikan hadiah untuk rakan-rakan dan orang tersayang di hari bahagia mereka hee

    ReplyDelete
  4. Lom lg sempat belek and oder.
    Nak buat utk family, holiday sedondon, mimi.
    Bagus gini.
    Takde amaun minima.
    Mudah la utk kita yg x ramai kan.

    ReplyDelete
  5. wah senang laa pasni nak tempah apa2 yang costum made boleh tempah disini. Tq for sharing

    ReplyDelete
  6. Wah menarik ini, dah terima kasih kerana berkongsi perkara ini. Ia akan memberi kemudahan Naim lepas ini jika nak cetak produk atas design sendiri.

    ReplyDelete
  7. I want to customize my shirt too. Easier for everyone to recognise me. He he he !!!

    ReplyDelete
  8. mek suka sangat dengan custom.my. tak renyeh. hjung tahun ni nak order beg untuk amani dan amzar. untuk sesi persekolahan depa 2020.

    ReplyDelete
  9. Menarik. terima kasih share info ni. saya pun nak cuba beberapa produk nanti

    ReplyDelete
  10. Bagusnya. Takde had pembelian tu yang menarik tu. Boleh la Rawlins rekomen kat opis untuk buat printing bagi acara pejabat

    ReplyDelete
  11. line up clients dia nama-nama besar, so boleh agak la quality service dia macam mana. Dah la tak ada limit untuk order, senang nak berurusan.

    ReplyDelete
  12. Bestnyaaaaa. Mekasih share info ni. Lrbih 100 produk pulak tu boleh custom design. Sukaaaaaa sgt. Berminat nak cuba

    ReplyDelete
  13. bestnya... boleh customized based on requirement kita... bolehlah cuba nanti... terima kasih ya berkongsi info...

    ReplyDelete
  14. Senang dan mudah bila semuanya boleh ditemoah di hujung jari. Design yg diberikan pun cantik dan menarik. Nanti nak tgkla kat website dia

    ReplyDelete
  15. best ada produk boleh buat custom print. menarik. nanti nak terjahlah

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com