Khamis, 20 Jun 2019

Minuman Sarang Burung Ecolite The Joy of Life

MINUMAN SARANG BURUNG ECOLITE THE JOY OF LIFE | Sebenarnya dah lama duk usha nak minum air sarang burung ni tapi tak juga belinya. Usha sana usha sini tak juga beli. Yelah kebaikan minuman sarang burung ni siapa boleh nafikan. Betul tak?

Bagus untuk kecantikan luaran dan dalaman. Memang tak pernah minum so nak minumlah juga kan. Sebelum beli yang hat pure, Mimie cuba dulu dulu minuman sarang burung yang ada dijual di 7-Eleven iaitu Minuman Sarang Burung Ecolite The Joy of Life.



MINUMAN SARANG BURUNG ECOLITE THE JOY OF LIFE



Lepas beli tak maknanya terus minum. Simpan dulu dalam peti sejuk. Esoknya baru minum. Bila minum eh not bad lah rasanya kan. Rasa air agar agar je korang tapi tak manis pun. Memang boleh masuk tekak lah. Kalau air manis manis ni Mimi kureng sikit 

Nak dapatkan kulit cantik dan sihat kenalah konsisten minum air sarang burungkan. Sebelum ni Mimi ada usha kat fb pegawai Mimi dia tolong promote air sarang burung yang kawan dia jual. Rasa nak try tu juga 3 botol rm20. Nak sangat try sebab ia mampu membantu merawat masalah asma. Yelah Mimi kan ada asma. Nak juga cuba. Lagipun kita tahu khasiat air sarang burung ni kan banyak 

Minuman sarang burung Ecolite ni harganya RM6.00++ di 7-Eleven lah. Exact amountnya tak ingat lah pulak. Tak silap Mimie ada juga perisa longan tapi masa beli longan memang tak ada. Ada yang asli je.


Mesti korang nak tahu apa khasiat minuman sarang burung ni kan. Jom tengok apa khasiatnya sampai ramai yang nak amalkan.

1. Zat kolagen yang terkandung pada sarang burung melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan dan membaiki saluran pencernaan.

2. Dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ia mengandungi nutrisi yang bagus untuk paru paru dan menguatkan saluran pernafasan. Hah sebab tuhlah Mimi beria nak minum sebab penyakit asma yang Mimi hadapi nihlah. Hope berjaya kurangkan sakit ni.

3. Untuk ibu mengandung memang bagus minum kerana mengurangkan rasa sakit pada punggung. Juga menguatkan paru paru bayi yang dikandung dan mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin.

4. Untuk orang tua pula kalau minum secara konsisten mampu menguatkan urat dan tulang serta daya ketahanan tubuh terhadap penyakit.

5. Untuk kanak kanak pula ia membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan menguatkan paru paru.

6. Bagus diamalkan oleh mereka yang perokok kerana mengurangkan kesan dari nikotin dan mencegah serangan barah.

7. Untuk wanita pula kalau minum secara konsisten dapat meningkatkan kadar metabolisma, memperbaiki kulit dan melambatkan proses penuaan.

Hah banyakkan khasiat srang burung ni. Thats why ramai yang amalkan minum air sarang burung ni. Kalau dapat air rebusan yang dibuat sendiri lagi bagus kan.

Korang yang nak try minum air Ecolite ni boleh dapatkan di 7 Eleven berhampiran. 

26 ulasan:

  1. I'm just wondering what's the percentage of bird's nest in the drink?

    BalasPadam
  2. Sarang burung memang elok utk kulit kita kan. Kalau dah kata rasa mcm agar2, boleh lah ana nk cuba juga. Harga pun murah je tu.

    BalasPadam
  3. sarang burung bagus, nt nk beli jugak lah, harga xmhl mana

    BalasPadam
  4. dh berkali2 cuba, tp tak blh terima tekak ni minuman sarang burung hehehhe entah kenapalah

    BalasPadam
  5. Kat Seven Eleven dalam RM6.50 macam tu..tp kalau beli kat seller lagi murah kot..

    BalasPadam
  6. I tried this before and like the taste plus it helps to keep the skin healthy.

    BalasPadam
  7. sana sini org duk share air sarang burung ecolite ni..nk jugak try tapi tatut sbb sarang burung ni mengandungi collagen..akak ada cyst..tak sesuai untuk penghidap cyst cam akak...

    BalasPadam
  8. Wah Boleh try ni. Botol dia cantik

    BalasPadam
  9. memang sedap minuman ni..haritu nad bli..minum sejuk lagi segar..tapi tu la 4 botol rm6..huhu

    BalasPadam
  10. Pernah cuba sarang burung yang dijual kat petronas tu. Rasa macam jelly je. Katanya untuk keremajaan kulit. Kalau tengok khasiat kat atas untuk paru2 bayi juga ye? Ini satu info baru.

    BalasPadam
  11. Melihat pada kandungan pada minuman ini, nampak menarik ja. hehe. Kalau naim sendiri tak pernah dan x lalu. huhu

    BalasPadam
  12. Sukaa jugak minuman sarang burungg nii hee

    BalasPadam
  13. Tak sangka kat 7E pun ada jual minuman sarang burung. Tak pernah lagi rasa tapi tau banyak khasiatnya

    BalasPadam
  14. ada di 7e? mudah la nak membeli.
    aida pernah beli air sarang burung by satu artis ni.
    di expo mitc. tak ingat plak artis mana.
    sedap sgt. tapi, pasaran nyer tak meluas lagi.
    kena beli di tempat tertentu, di KL, JB...
    online boleh. aida ni sejenis kalau makanan / minuman, suka beli direct je.
    terjamin fresh nyer :)

    BalasPadam
  15. no wonder lah asyik sold out je air sarang burung ni. Harga pun murah, khasiat dia banyak pulak tu. Tak rugi langsung habiskan duit beli berbotol.

    BalasPadam
  16. Kita pun dok cari juga air ni kak. Masa bln 4 kitq balik ipoh, mak bg rasa. Sedap. Rasa agar agar. Dok mencari kat sini x jumpa jumpa lagi.

    BalasPadam
  17. sekarang ni memang betul-betul viral air sarang burung ni. Tak silap masa awal-awal launching produk ni BBL antara orang terawal rasa air ni. memang sedap rasa & kalu amal setiap hari boleh dapat result bagus terutama kulit muka tu. bukan orang perempuan je boleh cantik, lelaki pun sama

    BalasPadam
  18. Wawa mmg minum ni nk masuk 2tahun lebih.. Mmg best sarang burung ni..

    BalasPadam
  19. Minuman Ecolite Sarang Burung ni mmg sedap dan best! Mouse mommy suka yang perasa kurma dengan sarang burung tu. Sedap dan ada collagen jugak!

    https://mousemommytreats.blogspot.com/

    BalasPadam
  20. Lama dah teringin nak try air ni. Sebab dia murah dari yg lain. Lagipun senang sapat sebab ada je dekat farmasi. Nak tau rasa dia je. Klu mimi cakap ok boleh try la nnti.

    BalasPadam
  21. Akak suka minuman sarang burung tapi sejak terbaca kisah bagaimana burung2 tu buat sarang hingga mengalir airmata tak tergamak nak minumnya lagi huhu

    Cara Nak Install Dan Guna Google Analytics DiBlog Wordpress

    BalasPadam
  22. Wah ramai ya bagi good review pasal produk ni. Syira rasa teringin pulak nak minum. Baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Nanti syira try.

    BalasPadam
  23. Sis pun suka minum air sarang burung, dulu masa mengandungkan anak memang sis amalkan air sarang burung. Now dah ada ecolite ni senang lah beli, rasa dia pun sedap

    BalasPadam
  24. Balik malaysia nnt sy nak try lah hehe. Macam sedap. Berkhasiat pulak tu

    BalasPadam
  25. Sedap! Qiss pernah rasa. Memang terbaik la. Selalu memang cepat habis stok minuman ni. Jenuh pusing cari. Kalau ade rezeki lebih memang Qiss Beli stok bbanyak-banyak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.