Kek Viral RM10 Isma Bakery Port Dickson

KEK  VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON| Hai semua! Selamat berpuasa bagi kaum Muslimin dan Muslimat . Kat sini siapa suka makan kek angkat tangan! Hah Mimi nak share dengan korang pasal KEK VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON! Memang murah dan sedap . 

Sebelum ni mana nak dapat kek yang sedap dan murah. Susah nak dapat. Sekarang ni dah ada kek dijual murah dan sedap. Tak percaya? Hah sebelum puasa, Mimi ada beli kek viral RM10 Isma Bakery Port Dickson tau. Serius memang sedap keknya. Dahlah lembut murah pulak tu! 

KEK  VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON



Mula mula Mimi tak tahu juga pasal kek viral RM10 ni. Biasa beli dekat kedai bakery lain harga standard cecah RM28 dan keatas walaupun kek tu saiz kecil dan 1/2kg. Mimi tahu kewujudan kek viral RM10 ni pun daripada adik sepupu. Dia beli kek untuk sambut hari lahir staf di tempat kerja dia. Bukan satu tapi dia beli lebih dari 5 biji. Tak ingat exact amount kek yang dia beli masa tu. Tapi memang banyak. Macam macam flavour ada dijual. Siap share dekat group whatsapp family lagi. 

Dia siap promote cakap kek sedap dan murah. Bila dia beritahu harga Mimi cakap dia membongak. Mana tanya aje gila kek macam tu harga murah. Tak puas hati Mimi usha FB pula. Bila tengok memang betul murah kek yang dijual. Hah apa lagi dah alang alang pejabat nak buat majlis bacaan yassin dan tahlil sempena sambut Ramadhan dan nak sambut hari lahir staf, Mimi pun order kek di Isma Bakery.

Mimi order 4 biji kesemuanya. Setiap kek berat 1/2kg ya. Harga setiap kek RM10 tapi memandangkan Mimi beli waktu promosi 2 BIJI KEK 1/2 KG RM15 so total yang Mimi bayar 4 biji kek RM30. Hah murah tak? 



Kek yang Mimi order ialah kek Tiramisu untuk birthday Januari, kek Pandan Gula Melaka untuk birthday Februari, kek Red Velvet untuk birthday March dan kek Blueberry Cheese untuk birthday April. Majlis 03 Mei so Mimi pick up 02 Mei petang selepas balik kerja. Gigih dari Seremban ke Port Dickson nak ambil kek.


Tiramisu
Coklat Vanila




Red Velvet
Blueberry Cheese




Masa sampai Isma Bakery tu jangan cakaplah memang penuh orang tau. Ada yang datang nak ambil kek yang ditenpah, ada yang datang nak tuntut kek percuma dan ada yang walk in nak beli kek terus.

Tapi masa nak ambil kek yang ditempah Mimi kecewa sikitlah, sikit je sebab kek Pandan Gula Melaka yang Mimi tempah tak ada. Sebenarnya memang staf dah asingkan tapi tak tahu mana silapnya kek tu tak ada. Mimi pun tak pastilah apa yang jadi. 

Kecewa memang ada TAPIIII kekecewaan Mimi terubat bila staf offer gantikan dengan kek lain. So kek Pandan Gula Melaka digantikan dengan kek Chocolate Vanila. Mimi pun tak suka nak bising bising yelah sebab benda kecilkan. Mungkin ada yang cakap "Eh dah bayar mana boleh macam tu, kenalah tuntut juga." Ya, memang dah bayar tapi benda yang berlaku kecil je, benda boleh settle buat apa nak gaduh, betul tak? Hah gitu!


Credit gambar : Is Ma

Di Isma Bakery bukan kek saja ada dijual tau, ada juga dijual aiskrim, biskut, kerepek dan pelbagai lagi. Semua harga yang dijual memang berpatutan. Kek birthday yang korang nak tempah ikut tema macam tema Frozen ke, Minion ke, Unicorn ke semua Isma Bakery boleh buat. Harga kek yang ditempah ikut tema ni harganya bukan RM10 tau tapi harga lain tapi still murah. Sebab apa? Sebab Isma Bakery buat kek bertema ni ikut bajet yang korang mampu.


                               Credit gambar : Is Ma


Credit gambar : Is Ma

Selain daripada beli kek viral RM10, Mimi ada juga beli cheese kek leleh di Isma Bakery. Harganya RM15. Memang sedap dan lembut tau korang. Berbaloi sangat beli. Kira rasa kek tu berbaloi dengan harga yang dijual.



APA ISTIMEWANYA ISMA BAKERY PORT DICKSON?

Hey banyak istimewanya ISMA BAKERY ni tau. Antaranya ialah : 

1) stafnya sopan dan ramah

2) aneka kek sedap dan murah


Credit gambar: Is Ma


Memang murah nau nau. Sedap tak payah cakap. Dahlah sedap, lembut pulak tu.

3) promosi yang tak masuk akal

Sekarang ni ada promosi 2 biji kek 1/2kg harga RM15. Hah murah tak? Tak masuk akal promosi kek ni. Hahaha... 

4) kek percuma hari lahir

Sepanjang 2019 ni ada tawaran kek percuma hari lahir. Sekarang bulan Mei. Yang mana hari lahir dah lepas jangan gatal gatal nak tuntut. Dak Mimi luku kang. Yang hari lahir akan datang ni korang boleh tuntut di Isma Bakery. Contoh birthday korang 15 Mei ni korang boleh tuntut kek free di Isma Bakery dengan syarat korang bawa ic original atau fotostat untuk tujuan pengesahan ya. Tapi sekiranya masa tarikh hari lahir korang nak tuntut kek tu bakery tutup korang boleh je datang keesokkan hari untuk tuntut. Faham?

5) buat giveaway

Isma Bakery ni suka buat giveaway bagi kek free atau kek harga RM0.10 untuk followers di Facebook. Belum pernah lagi Mimi tengok bakery lain buat macam ni. Ni first bakery yang Mimi tengok buat macam ni tau.

Isma Bakery ni bukan untuk orang Port Dickson atau Seremban sahaja ya. Yang duduk di luar kawasan pun boleh datang beli atau tempah kek kat sini. Nak tuntut kek free pun boleh (sila rujuk point no 4 di atas)

Kalau korang masih tak percaya atau was was hah pergi terjah FB Isma Bakery follow rapat rapat    atau korang guna je waze atau maps taip "Kedai Kek Isma Bakery" memang korang akan sampai betul betul depan bakery. Oh ya lupa nak beritahu korang, Isma Bakery ni terletak di kawasan perumahan tau. Isma Bakery ni betul betul di corner lot.

Info lanjut mengenai KEK VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON layari :

Facebook: Is Ma

Post a Comment

50 Comments

  1. Kat sungai buloh pun ada kek RM10 macam ni tp dia x jual kat bakery, dia homemade, sedap la..1/2kg gak RM10..

    ReplyDelete
  2. WOW BESTNYA KALAU DEKAT DAH TERJAH

    ReplyDelete
  3. Mak aiii murahhh. Buka 1 branch kt kjg plssss

    ReplyDelete
  4. murahnya...jauh benor kat PD..kalau kat KL, dah terjah ni..hakak ni mmg peminat kek2, segala pencuci mulut cam brownies...dpt plak harga mur mur cam ni..mmg suka bebenor...

    ReplyDelete
  5. wah murah tu..seronok org2 kt area PD bole beli kek murah camni

    ReplyDelete
  6. sedapnya semua kek dia..puasa ni tak amkan kek lagi ni..sebab suami selalu beli kuih banyak..hahaa..tak pergi bazar lagi, sebab dekt bazar kan kadang ade org jual kek..

    ReplyDelete
  7. wow that's cheap and affordable price too. Good that you blog here as sure my friends sure like to know where to shop them. Wow in Port Dickson shall let niece to know of this too.

    ReplyDelete
  8. godaan betul tengok benda ni sekarang. pukul 12 tgh hari pun blm lagi. >.<

    ReplyDelete
  9. Those cakes look so appetizing. Yummy yummy

    ReplyDelete
  10. Wah! Bestnya kek murah RM10. Dahlah ada banyak pilihan. Kalau bawa anak² , mesti diorang teruja. Anak² cx dahlah suka makan kek. Hehe. Kenap jauh sgt? Takpelah, nanti cx ke PD, boleh try hehe

    ReplyDelete
  11. wow... looking so nice in design in all this cake with happy birthday . and it's so reasonable price to order as well. nampak sedap betul la... wanna try also.

    ReplyDelete
  12. terliyr tengok kek dia! Tapi jauh nau sampai ke PD sana. Kan best kalau ada dekat sini je

    ReplyDelete
  13. RM10?
    RM0.10?

    Apo nie?
    Terus Rawlins terasa nak pergi dan borong kek untuk kawan-kawan.
    Kalau dekat dah daku terjah dah. Nasib la jauh.
    Kalau tak, mau Rawlins borong 5-10 biji haha.
    Moga dimurahkan rezki Isma Bakery kerana berbuat baik sebegini.

    ReplyDelete
  14. kadang2 yg rm10 ni lah yg sedap, simple tp terasa berbaloi nk membeli nya

    ReplyDelete
  15. Wah murahnya Mimie.. nasib jauh kalau nak juga merasa dan membeli..

    ReplyDelete
  16. Wow sedapnya kek. Pernah makan kek viral harga rm10 ni tapi di kedai lain.. Sedap sangat walaupun harga dia murah. Sangat2 berbaloi

    ReplyDelete
  17. Semoga murah rezeki dieorang bila jual dengan harga yang murah macam ni. Sebenarnya ada yang tak mampu nak beli kek tapi ada satu satu masa tu mesti dieorang macam teringin nak beli. Especially untuk anak anak.

    ReplyDelete
  18. Perghhhh.... Sebiji kek RM10 memang murah! Mimi cakap. Sedap nina pun teringin nak order gak.
    Nanti bebila singgah rumah adek ipar kat PD wajib pi singgah borong kek Isma ni.

    ReplyDelete
  19. Serius ahh kek rm10.. Brpe berat punya ni.. 500g oklah.. Sesuai harga.sbb kt sini pun ada yg hrga rm10-rm15.. Tp kek cmni best sbb krim xkedekut kan

    ReplyDelete
  20. Murah yanga amat ni! Biar betik harga RM10 ja. Kalau dekat memang i dah pi beli dah ni, boleh beli sorang sebiji untuk anak anak hehehe

    ReplyDelete
  21. Ya Allah.. murahnya kak kek dia jual. Pastu tengok decoration dia pun menarik dan kemas je. Memang tak percaya kalau harganya Rm10 je tau..

    ReplyDelete
  22. Menarik ni. Kalau oergi PD boleh singgah membeli. Murah dan sangat berbaloi. Mihabowner dia terus dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  23. Wah sedapnye.. Harus pergi beli kalau ke Port Dickson harus singgah bakery ni

    ReplyDelete
  24. Woww murah gila ni..kat kl mana nk dpt kek harga murah mcm ni.
    Kalau dkt memang sis dah selalu kesana ni. Setiap kali birthday adik beradik or sedara mara leh belanja..hehehe

    ReplyDelete
  25. Sedap-sedap nampak kek nya Mimi...RM10 jer? Uishh berbaloi & murah sangattt

    ReplyDelete
  26. uikk 10 hengget jerk... mmg murah betul ni .

    ReplyDelete
  27. Murahnya kek dia rm10 je, boleh makan ramai2 ni beli 3 pun cukup dah

    ReplyDelete
  28. wah murahnya Isma Bakery jual kek, RM10 dengan corak kek cantik macam tu memang berbaloi, harini birthday zul, ingat nak beli tapi jauh pulak dari kl nak pergi PD untuk beli kek je

    ReplyDelete
  29. Serious lah kek harga rm10. Bukan senang nak dapat harga macam tu skrg ni. Nasib baik jauh kalau dekat dah order

    ReplyDelete
  30. Murahnya..... Tapi nak pergi port dickson jauh. Haha. Dah lama pun tak ke sana.

    ReplyDelete
  31. nampak sedap je semua makanan dalam entry ni, yela bulan puasa kan..... tapi serius nampak sedap dan menarik

    ReplyDelete
  32. rm10 sebiji ke macam mana tu? murah gilaa

    ReplyDelete
  33. Wah biar betul, kek RM10 jer. Omg nanti kelly pergi port dickson nak singgah kedai tu.

    ReplyDelete
  34. Wah memang best kalau dapat kek RM10 ni. If i go to PD i will singgah kat kedai ni.

    ReplyDelete
  35. murahnya kek ni dan nampak sedap la.. kalau dekat dah order dah

    ReplyDelete
  36. alaaa.. murahnyaaa,, kalau tiba2 teringin nak makan kek dengan harraz bolehlah order sini tapi jauh la pulak.. alahai.. sayang sangat.. TB teringin nak rasa cheese kek leleh tuu

    ReplyDelete
  37. Emmm klau jauh mcm mana nk tmpah tu

    ReplyDelete
  38. Kalu jauh mcm mna nk tmpah

    ReplyDelete
  39. Murahnya kek dia dan cantik2 belaka hiasan keknys. sgt menarik

    ReplyDelete
  40. Murahnya! Kalau ada kat kl kan bagus. Senang utk ibu-ibu macam saya nak celebrate anak-anak. Birthday, Menang Sport Day, Exam periksa nombor satu dan macam-macam lagi. Hehe

    ReplyDelete
  41. RM10 is really cheap for a cake. I doubt other bakeries are still selling at such a price. Good to know that there are still businesses who are very ethical. :)

    ReplyDelete
  42. Perghhhhhhh! Kenapa murah sangat kek dia? Murah rezeki dia kan. Biasa pun rm20 ke atas kalau besar macam tu. Bagusnya. Kan best kalau duduk PD, mudah nak beli kek viral ni ;D

    ReplyDelete
  43. Ni peniaga nk pelingkup namanya... Perosak pasaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik cakap owner macam tu. Rezeki Allah yang tentukan. Ramai je sekarnag ni jual kek murah dan sedap. Merata dah. Tak ada pulak tengok business orang lain lingkup. Percaya pada rezeki Allah. Jaga tutur kata tu ya

      Delete
  44. Angkut bakul sendiri...bersaing mcm org x mengaji je

    ReplyDelete
  45. boleh buat tempahan cupcake? mcmana nk contact ye?

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com