Selasa, 5 Februari 2019

PENGALAMAN RUMAH DI PECAH MASUK

PENGALAMAN RUMAH DI PECAH MASUK | Hai semua! Selamat tahun baru Cina buat kawan kawan yang menyambutnya. Cuti ni Mimi duduk rehat di rumah kemas apa yang patut. Kawan kawan yang bercuti balik kampung pastikan sepanjang ketiadaan korang di rumah, jiran jiran tahu dan seeloknya maklum pada balai berdekatan untuk elakkan kejadian pecah rumah. 

Cerita pasal kejadian pecah rumah ni , Mimi sendiri alami perkara yang sama baru baru ni. Dijadikan cerita Khamis lepas Mimi keluar rumah seawal pagi sebab nak hantar anak anak sekolah dan pergi kerja. Sebelum keluar rumah memang Mimi dah pastikan keadaan rumah dalam keadaan selamat. Suis dan plug ditutup , sliding door dan gril dikunci. 

Keadaan atap rumah


Mimi sampai rumah pukul 6 petang. Bila buka pintu Mimi tengok bilik Mimi terang tau . Jadi pelik pula macam mana boleh terang sedangkan suis lampu dah tutup . Bila masuk bilik ,Mimi terkejut sebab atap dan siling bilik utama pecah. Lantai penuh bertaburan dengan atap genting yang pecah dan air. Mimi assume pecah sebab hujan lebat dan angin kuat. Langsung tak terfikir pasal pecah rumah. Terus snap gambar send whatsapp dekat suami. 

Malam tu suami minta tolong jiran tutup atap sebab Mimi bagitahu dia hujan petang tu  air masuk. Gigihlah Mimi dan anak anak tadah dengan baldi . Dahlah diuji atap pecah sekali diuji dengan area rumah blackout pula. Bayangkan jiran Mimi pasang atap dalam gelap.


Keadaan lantai kotor dengan air plus seepihan atap yang pecah


Mesti korang tertanya kan macam mana Mimi syak rumah dipecah masuk sedangkan Mimi cakap punca sebab hujan dan angin kuat. Malam kejadian tu, Mimi dapat whatsapp daripada pengasuh Adhwa. Dia beritahu kejadian yang berlaku di rumah Mimi sama macam kejadian berlaku jiran depan rumah dia. Pengasuh Adhwa ni tinggal di lorong belakang rumah Mimi tau .Kira kitorang satu taman tapi berlainan loronglah . Dia cakap jiran tu dah siap buat report polis sebab risau akan jadi benda yang sama. Masa tahu tu hati dah rasa tak tentu arah .

Malam tu tidur dengan anak anak, Mimi tawakal je dan bergantung pada Allah. Mimi tahu Allah ada lindung kitorang anak beranak . Alhamdulillah kitorang dapat tidur dengan tenang .

Keesokkannya, Mimi kerja macam biasa  Anak anak ke sekolah macam biasa. Mimi tunjuk gambar atap pada pegawai Mimi dan minta pendapat. Dia cakap atap tu bukan kesan hujan atau angin tapi kesan pecah. Terus dia suruh Mimi pergi buat report. Nasib baik kerja dekat IPK, balai pun dekat jalan kaki je. Mimi ajak kawan temankan. Lepas buat report, Mimi terus drive balik sebab sarjan incharge nak datang rumah buat pemeriksaan dan ambil statement. 

Hasil pemeriksaan memang ada cubaan pecah rumah. Anggota polis pun pesan jadi apa apa cepat cepat call gerakan atau balai berdekatan. Mimi difahamkan, sarjan incharge ada juga datang di taman perumahan beberapa minggu lepas untuk kes yang sama. Rumah Mimi ni kira rumah ke 6 tau korang.  Sebelum ni ada beberapa rumah jadi benda yang sama. Dan yang buat Mimi terkejut rumah jiran Mimi jadi benda yang sama seminggu sebelum berlaku di rumah Mimi. Jiran satu lorong tau.

Lepas ni memang kena hati hati sebab zaman sekarang ni manusia yang negatif ni semakin hilang kewarasan bila buat sesuatu perkara asalkan hati mereka puas  tanpa fikir kesan yang bakal berlaku. 

27 ulasan:

  1. Ya allah..nasib takde perkara lebih teruk berlaku...hati-hati ye mimi

    BalasPadam
  2. Adoi seramnya.. Apa2 pun hati2 kak mimi dan family..

    BalasPadam
  3. Nasib baik tak ada brgan berharga hilang dan semua selamat.

    BalasPadam
  4. Allahuakhbar.. Pecah rumah ke.. Ya Allah.. Semoga Allah lindungi akk sekeluarga. Risau benda macam ni kan. Harap harap dah takde la kes pecah rumah lagi. Atau cepat la tertangkap siapa punya kerja tu.

    BalasPadam
  5. Ya Allah.. risaunya bila kejadian macsm nj jadi kat kita kan. ada apa2 barang yang hilang tak mimie? zaman sekarang manusia negafif ni memang sanggup buat apa2 je nak dapatkan duit

    BalasPadam
  6. Omg... so scary. My friend's house also nyaris nyaris kena pecah. Take care ya

    BalasPadam
  7. Allahuakbar... Bahayanya sekarang. Semoga Mimi sekeluarga sentiasa dindungi.
    Saya dlu time umo 5 tahun pernah rasa umah dipecah... Huuu mujur amek brg je tak apa apakan kami

    BalasPadam
  8. sure terkejut bila masuk rumah tgk keadaan camtu..nasibaik ms kejadian tkde org kt umh..tp org yg wat kj tu masih berleluasa la tu sbb rmi kt kawsan umh mimi yg umh depa pn kena pecah juga...hati2

    BalasPadam
  9. Ya Allah..nasib baik laa Mimi tak bertembung dengan mereka. Lepas ni kena lebih berhati kalau boleh pasang cctv yang ada motion detection tu. Murah jer dalam lazada pon ada jual..semoga keluarga mimi dilindungi Allah

    BalasPadam
  10. yaallah mimi..takutnya,macam2 sekarang ni kan..kadang2 kita pun tak terjangka perkara2 begini..mujurlah tiada apa yyg serious berlaku...

    BalasPadam
  11. ya allah mesti trauma kan. semoga allah melindungi mimi sekeluarga

    BalasPadam
  12. Scary la. Better be more careful next time. Anytime apa-apa pun boleh berlaku.

    BalasPadam
  13. Memang risau bila part pecah rumah ni..lebih2 lagi kalau bayangkan kita ada dalam rumah tu..menakutkan sangat. Jiran sebelah rumah dan belakang rumah sis pun dah kena, sorang masuk melalui atap rumah dan sorg diaorg bukak jeriji besi tingkap.
    Moga dijauhkan lah dengan pekara2 yang tidak diingini cam ni

    BalasPadam
  14. pertamakali tengok bumbung pecah macam ini memang akan bermacam-macam soalan yang hendak ditanyakan! moga cepat dibaiki dan di buat segera.

    BalasPadam
  15. Allhuakbar, dasytnya sampai lecah syiking tu. .Nasib takde org dekt rumah. .Kene hati-hati lepas ni. .Semoga takde ape yang berlaku

    BalasPadam
  16. Syukur takde apa-apa yang hilang atau apa-apa yang buruk berlaku pada Mimi dan anak ye tak. Nowadays, orang semakin terdesak untuk buat macam-macam kan.

    BalasPadam
  17. Omg scarynya. Alhamdulillah tak pernah lagi alami kejadian macam ni. Tapi baru semalam emi mimpi rumah jiran kena masuk perompak dan satu family jiran kena bunuh kecuali anak dia sorang. Mintak jauh la benda2 gini.

    BalasPadam
  18. Wahhhh bahaya betul ya. Main pecahkan atap sekarangya. Hati2 lah ye kak mimi. Barang berharga bawak skali k tmpt kerja. Risau kalau pencuri dh masuk rumah nie . Mintak dijauhkn lah

    BalasPadam
  19. Ya Allah takutnya.. ada benda yang hilang tak? Bahaya betul sekarang ni. Moga tak ada apa2 la ye.

    BalasPadam
  20. Oh I am so sorry to hear this. Those ppl are so bad, karma on them! I wish you all the best and pls fix the house soon ok.

    BalasPadam
  21. Nasib baik takde lar perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Yanh penting sekuluarga selamat. Harap-harap pihak polis akan buat rondaan yang lebih kerap lagi sedangkan ini bukan kali pertama.

    BalasPadam
  22. so sorry to know what had happened to your place.this CNY, my friend house was also dipecah masuk. so bad for such things to happened on the festive season!

    BalasPadam
  23. Seram baca.. TB paling takut kalau kejadian macam ni. nak pulak time kita ada dekat rumah.. dan x sedar orang masuk rumah.. memang orang yang buat benda ni akan guna kekerasan untuk dapatkan apa yang diorang nak..

    BalasPadam
  24. masa mimi tunjukkan hari tu pun rasa bukan sebab angin ke ape..lepas ni kena hati² lah kan mimi...rumah kita pun berapa kali dah kena pecah masuk.Risau time masuk tu kita ada kat rumah je..lagi haru

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.